BAB 1

Mystery Completed 23452

KILAT SABUNG MENYABUNG diikuti hujan yang sangat lebat. Kebanyakan pemandu kereta serta penunggang motosikal menghentikan kenderaan mereka kerana penglihatan mereka terbatas akibat dari hujan yang sangat lebat. Kebanyakan dari mereka tidak mahu mengambil risiko meredah dalam keadaan hujan lebat begini kerana tidak mahu terjadi sesuatu perkara yang tak diingini.

Lain pula bagi seorang lelaki yang sedang memandu kenderaannya yang berwarna hitam meredah hujan yang lebat. Dia tidak gentar dalam situasi tersebut. Dia adalah anggota tentera yang terlatih dalam mengharungi rintangan dan halangan dalam pelbagai bentuk situasi. Dia adalah Billy Zen, seorang anggota tentera perwatakan garang dan tegas. Dan sekarang dia dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga tunangnya, Alana kerana hampir setahun dia tidak bertemu dengan mereka kerana dia sibuk dengan operasi khas.

"Lebat betul hujan ni... Patutlah banyak kereta berhenti pun..." Rungut orang di sebelah Billy. Indrawan atau mesra di sapa Indra melihat ke luar tingkap. Berderet kereta berhenti kerana tidak mampu untuk menerus perjalanan ke destinasi masing-masing.

Hanya rakannya sahaja yang masih setia memandu meredah hujan. Seriau juga dia dibuatnya walaupun tentera sama.

" Eh... Kau rasa diorang ada ke kat rumah sekarang... Takut nanti bila kita dah sampai diorang takde pulak..." Soal Indra. Yelah... Dari petang tadi sampailah nak menginjak malam ni panggilan telefon dan WhatsApp dari Billy langsung tiada balasan. Tak pernah si Alana ni tak jawab call atau tak balas mesej dari tunangnya.

" Entahlah... Aku pun tak tau... Kita cuba pergi ajelah... Aku rasa tak sedap hati ni..." Balas Billy semula. Indra hanya mengangguk sahaja. Hampir satu jam meredah hujan dari kem tentera mereka, akhirnya mereka sampai dihadapan sebuah rumah banglo berwarna putih satu tingkat.

Banglo itu merupakan kepunyaan babah Alana, Mr. Steven Yap. Mr. Steven merupakan seorang pesara polis. Sebenarnya bukan Alana seorang anak perempuan Mr. Steven. Lelaki pertengahan 40-an itu mempunyai seorang lagi anak perempuan yang bernama Amelya. Yang berperwatakan kasar seperti lelaki. Perwatakan gadis itu jauh berbeza dengan kakaknya lemah lembut dan sopan. Argh... Malaslah cerita pasal budak tengeng seorang tu! Buat sakit hati aje!

"Aik... Gelap semacam aje rumah ni... Tapi kat tepi jalan ada aje letrik..." Ujar Indra dengan nada curiga. Tangannya pantas memayungi tubuhnya serta tubuh rakannya kerana ketinggian mereka hampir sama. Mereka berdua melangkah perlahan menuju ke pintu utama. Mata kedua - duanya melilau melihat sekeliling rumah. Keadaan gelap di sekitar rumah tidak sedikit pun mematah semangat mereka.

Kecurigaan mereka berdua makin menebal bila saat tangan Billy cuba memulas tombol pintu utama rumah dan ternyata pintu utama itu tiada berkunci. Billy memandang Indra... Indra memandang Billy...

Dan mereka yakin bahawa sesuatu telah berlaku di dalam banglo ini. Sesuatu yang berada di balik pintu utama. Payung di tangan diturunkan. Payung itu akan dibuat senjata.

Dumm!!! Serta merta Billy menerajang pintu utama dan seperti yang dijangka oleh mereka tadi dua orang lelaki terjelepok di tepi pintu akibat dari tendangan padu Billy tadi. Kedua - dua lelaki yang bertopeng seperti ninja itu bangun menyerbu ke arah Billy dan Indra. Kedua - dua anggota tentera bersiap siaga dengan serangan kedua-dua lelaki tersebut.

Serangan itu dipatahkan dengan mudah oleh mereka berdua. Akibatnya kedua - dua lelaki ninja itu merengkot kesakitan.

"Korang siapa hah? Apa yang korang dah buat dekat orang dalam rumah ni?" Soal Billy dengan wajah bengis. Matanya tajam memanah kedua - dua lelaki ninja itu. Tanpa Billy sedari, lelaki ninja pertama menyeluk sesuatu di belakang seluarnya lalu dengan pantas mengacu benda tersebut ke arah Billy yang jarak kurang dari 3 meter dari mereka.

Panggg! Serta merta benda alah yang berada di tangan lelaki ninja pertama memuntahkan peluru menuju ke arah Billy. Sepantas kilat Indra mendorong tubuh Billy dan kedua mereka jatuh tertiarap di atas lantai. Peluru itu telah memecahkan pintu gelangsar.

Melihat kedua - dua tentera tertiarap, kesempatan itu diambil oleh kedua-dua lelaki ninja itu untuk melarikan diri.

"Hoi... Korang jangan lari..." Billy bingkas bangun untuk mengejar kedua - dua lekai ninja itu tetapi pantas dihalang oleh Indra.

"Sudah jangan kejar mereka... Lebih baik kita check kat atas..." Ujar Indra sambil mengurut bahunya yang terasa sedikit sengal. Tanpa banyak bicara, bergegas keduanya berlari menuju ke tingkat atas. Terus terduduk Billy disitu bila melihat sekujur tubuh yang tertiarap di atas lantai berlumuran darah.

" Alanaaa!!! "Raung Billy lalu merangkak menghampiri tubuh kaku milik Alana. Tubuh kaku itu dicapai lalu dipeluk dengan tangisan yang menghibakan. Indra yang baru sampai di muka pintu tergamam melihat tubuh kaku Alana yang berada dalam dakapan Billy. Gaun tidur milik gadis itu tersingkap hingga ke paras paha gadis itu. Sekeliling paha gadis itu penuh dengan darah. Leher gadis itu seperti ada kesan di kelar.

Di dalam bilik mandi itu kedengaran air pancuran dipasang. Bergegas Indra menuju ke arah bilik mandi. Dia terus membuka pintu bilik mandi tersebut. Dia menemukan sekujur tubuh milik Amelya, adik Alana tersandar di dinding tidak sedarkan diri. Muka gadis itu berlumuran darah. Pakaian gadis itu habis koyak rabak.

"Ya Tuhan... Amelya!!!" Jerit Indra lalu membawa gadis itu ke dalam dakapannya. Jaket yang membaluti tubuhnya di buka dan terus di selimut ke tubuh Amelya yang terdedah. Muka gadis itu ditepuk perlahan. Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Dia memeriksa pergelangan tangan gadis itu. Masih ada pergerakan nadi. Gadis ini masih hidup. Dengan pantas dia mencempung tubuh kecil gadis itu keluar dari bilik mandi itu. Dia terus meletakkan tubuh gadis itu dekat pintu bilik. Billy hanya memandang kosong ke arah Amelya.

"To... Tolong..." Kedengaran sayup suara minta tolong dari bilik sebelah. Perlahan - lahan Billy meletakkan tubuh kaku milik Alana lalu mengikuti langkah Indra menuju ke bilik sebelah. Pintu bilik sebelah dibuka. Wajah Mr. Steven terpampang dihadapan mereka berdua.

" Mr. Steven!!!" Jerit keduanya lalu bergegas mendapatkan lelaki pertengahan 40 - an itu.

"Call polis... Call ambulans!!" Arah Billy kepada Indra. Indra pantas mencapai telefon pintar lalu talian kecemasan didial.

"Uncle bertahan uncle... Ambulans on the way ke sini..." Ujar Billy dengan tangannya menekan perut Mr. Steven yang mengeluarkan darah yang begitu banyak. Mr. Steven telah ditikam sebanyak tiga kali di bahagian abdomen. Dengan kudrat masih bersisa, tangan Billy dicapai.

" Bill... Janji dengan Uncle... Tolong jaga Amelya untuk uncle... Dia tiada siapa lagi dalam dunia... Hanya Bill yang uncle harapkan..." Dalam kepayahan bertarung dengan kematian, Mr. Steven meminta sesuatu dengan Billy. Terkedu Billy seketika bila lelaki separuh abad itu meminta begitu.

"Please Bill... Masa uncle dah tak banyak... Janji dengan uncle... Yang Bill akan jaga Amelya untuk selamanya..." Tercungap - cungap Mr. Steven berkata. Dalam keterpaksaan, akhirnya Billy mengangguk. Mr. Steven tersenyum segarit tetapi tidak lama. Pernafasannya tidak stabil. Dia sudah tercungap - cungap disitu. Dan akhirnya, lelaki pertengahan 40 - an itu telah pergi jua. Terus terlepas pegangan tangannya dari Billy.

"Uncle... Uncle bangun Uncle... Jangan tinggalkan Billy uncle..." Raung Billy. Tubuh kaku lelaki separuh abad itu dipeluk dengan erat. Indra juga tidak dapat menahan air mata. Tubuh rakannya dipeluk erat. Hujan makin menggila di luar menambah lagi kesedihan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience