BAB 20

Mystery Completed 23452

MAYAT YANG DIJUMPAI TEMPOH hari disahkan sebagai Peter Wong, salah seorang dari 5 suspek yang hilang kurang dari tempoh 2 minggu lalu.

"Dia adalah salah satu ketua yang di arahkan untuk menjaga penyeludupan di sempadan... Tapi dapat maklumat dari infomer yang dia ni keluar dari markasnya dan tidak pulang setelah itu..." Beritahu Tuan Ismail.

Slaid yang memaparkan gambar Peter sebelum kematian dan setelah kematian di pandang oleh mereka yang berada di situ.

" Apa pun... Kita tunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital barulah kita buat kesimpulan... Ok boleh bersurai semua... " Taklimat operasi ditangguhkan dulu. Semua anggota yang terlibat dalam taklimat ringkas itu bersurai dari bilik operasi ini. Mereka semua mengeluh perlahan. Nampaknya kes yang mereka hadapi sekarang semakin hari semakin sulit untuk dirungkaikan.

UNIVERSITI TEMPAT Amelya belajar menjemput satu tokoh korporat untuk memberi ceramah berkaitan perniagaan kepada para pelajar ynag mengambil jurusan ini. Tidak terkecuali Amelya dan Ira. Mereka berdua juga turut menyertai sesi ceramah itu.

Ternyata tukang ceramahnya adalah seorang lelaki muda. Dia ingatkan tadi lelaki pertengahan umur tadi.

"Aduh... Hensemnya... Cair aku dibuatnya..." Mulalah si Ira ni menggeletis tak tentu pasal! Pantang nampak lelaki berupa sikit, mulalah nak jadi ulat bulu!

"Kau ni kan Ira... Boleh fokus tak?" Marah Amelya dengan nada perlahan kepada rakannya di sebelah. Ira hanya mencebik sahaja. Buku di tangan Amelya di pandang meluat. Lya kalau dengan buku, berkepit 24 jam. Maklumlah Lya dengan buku kan berpisah tiada! Habis perbahasa kau porak perandakan! Ira... Ira... Kepala tiga suku betullah!

Sesi ceramah selesai. Mereka keluar dari dewan lalu menuju ke kafeteria untuk mencari makanan. Tiba - tiba Amelya terlanggar susuk tubuh seseorang dihadapannya. Habis buku di tangan berterabur di atas lantai.

"Aduh!"

Amelya tersungkur jatuh di hadapan lelaki itu.

Aduh mamat ni! Kayu balak ke apa dia ni! Keras bukan main badan dia! Sakit bahu aku! Rungut Amelya di dalam hati. Bahunya yang terasa sengal di urut.

"Sorry miss... I tak sengaja... Are you okay miss?" Soal lelaki yang melanggar Amelya itu.

Bahu gadis itu mahu disentuh tetapi sepantas kilat gadis itu menepis dan sepantas itu juga gadis itu bangun walaupun pinggul dan bahunya terasa sengal.

"I' m so sorry miss... I tak sengaja..." Sekali lagi lelaki itu meminta maaf. Ira yang ketika itu sudah selesai membantu Amelya mengangkat mukanya untuk memandang siapakah gerangan yang melanggar Amelya tadi. Terlopong sekejap mulut Ira bila melihat tuan empunya badan. Tukang penceramah tadi!

"It's okay..." Jawab Amelya ringkas.

"Sorry encik... Saya minta maaf jugak... Saya pergi dulu..." Cepat - cepat Amelya mahu pergi dari situ kerana dia tidak selesa dengan pandangan lelaki itu pada dirinya. Amelya mengambil bukunya dari tangan Ira lalu terus pergi dari situ.

"Errr... Sorry encik..." Ira tidak tahu mahu memanggil lelaki itu dengan panggilan apa.

Pantas lelaki itu menjawab.

"Rayyan..."

"Sorry sangat-sangat Encik Rayyan... Kawan saya tu memang macam tu... Saya pergi dulu..." Ira meminta lalu pantas mengikuti langkah Amelya yang sudah menjauh ke depan. Hish minah ni! Kaki pendek jalan pulak laju! Lepas tu boleh blah macam tu aje! Bebel Ira.

Rayyan hanya memandang sahaja kelibat kedua - dua gadis yang sudah menjauh itu.

"Bos okay ke?" Tanya pengawal peribadinya.

"Aku ok..." Pendek Rayyan menjawab.

"Dah jom pergi..."

Mereka berdua berlalu keluar dari dewan itu lalu menuju ke arah kereta mewahnya yang sudah setia menunggu dirinya.

Amelya Steven Yap... Akhirnya aku dapat jumpa kau depan mata! Bersedialah kau Amelya!

Sorry... Sis lambat update sebab sikit...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience