BAB 34 Part 1

Mystery Completed 23452

USAHA MENCARI AMELYA DI GIATKAN LAGI. Indra dan Law dikecualikan dalam menyertai operasi ini kerana kecederaan mereka dalam kemalangan tempoh hari.

Law sudah sedar. Syukurlah dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Sekarang dia ditempatkan di hospital dimana yang menempatkan Puan Meila. Puan Meila lagi 2 hari akan keluar dari hospital.

BILLY MASUK KE WAD mamanya. Sebentar tadi dia sudah melawat rakannya, Law di wad lain. Hanya Indra sahaja tidak dimasukkan ke dalam hospital kerana dia tidak mengalami kecederaan serius. Hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Tetapi tetap dikecualikan dari operasi.

"Mama..." Panggil Billy. Wajah murung mamanya dipandang.

"Billy..." Panggil Puan Meila dengan suara seakan serak. Pantas tubuh namanya dipeluk erat.

"Mama... Billy minta maaf sebab tak jaga Amelya elok - elok... Billy minta maaf..." Dia melutut dihadapan mamanya. Kedua - dua belah tangan mamanya dikucup bersama tangisan.

"Dah... Jangan menangis... Mama tak salahkan Billy..." Ujar Puan Meila dengan nada lembut. Kepala anaknya diusap lembut.

"Yang penting sekarang... Mama harap Billy bawa Amelya pulang dengan selamat... Selamatkan dia dari orang yang tidak berperikemanusiaan itu..." Pesan Puan Meila. Sungguh hatinya terlalu risau dengan keadaan Amelya sekarang. Lebih - lebih lagi ada bukti yang mengatakan Amelya berada di bawah pengawasan Rayyan.

" Billy janji Billy akan bawak balik Amel... Billy janji... " Janji Billy.

" Babah harapkan kamu sekarang Billy... Bawa pulang anak sahabat babah dengan selamat..." Encik Zenrith Zen menyampuk dari belakang.

Billy menoleh ke belakang. Babahnya masuk ke dalam wad yang menempatkan mamanya.

" Billy janji Billy akan bawa pulang kesayangan kita semua... " Janji Billy. Tubuh babahnya dipeluk erat.

Amelya... Tunggu abang... Abang akan datang untuk selamatkan Amelya dari lelaki itu... Abang janji sayang... Abang janji...

Ya Tuhan... Kau lindungi lah Amelya dari segala bahaya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience