Completed
23452
AMELYA SEDANG MENAIP sesuatu di komputer ribanya. Memandangkan tahun depan dia sudah memasuki semester terakhir, dia harus bekerja keras dari sekarang. Dia menghentikan dulu taipannya. Leher diurut dan tubuhnya di pusing ke kiri dan ke kanan bagi meregangkan urat yang terasa lenguh akibat duduk terlalu dikerusi.
Rantai emas yang terkalung di lehernya diusap perlahan. Tiba - tiba hatinya terdetik mahu membuka loket rantai emas itu kerana di loket itu terpapar gambar arwah mama serta arwah papanya. Dia pun membuka rantai emas itu dari lehernya. Loket rantai emas dibuka. Terpapar wajah arwah kedua - dua orangnya yang sedang tersenyum itu.
Tiba - tiba tangannya tersentuh sesuatu yang keras disebalik gambar arwah mamanya.
Aik? Keras aje! Apa benda ni?
Dia membuka lagi. Alangkah terkejutnya dia bila menjumpai sesuatu segi empat kecil berbentuk seperti kad memori.
Memory card?
Dia memerhatikan lagi dengan lebih dekat. Takut tersalah lihat.
Ya! Betul! Itulah adalah memory card - bukti yang dicari selama ini. Dia memasukkan kembali bukti itu ke dalam loket rantai emas lalu membawa turun ke bawah. Dan kebetulan hari ini Billy dan Indra ada di banglo.
Sampai di bawah, dia mendapatkan Billy dan Indra sedang berbicara dengan Encik Zenrith Zen di ruang tamu.
"Babah... Amel dah jumpa bukti yang dicari selama ni..." Ujar Amelya lalu mengunjukkan rantai emasnya kepada kepada ketiga - tiga lelaki itu. Ketiga - tiga lelaki itu terkejut dengan kenyataan Amelya itu.
BILLY DAN INDRA membawa bukti itu ke kem tentera mereka. Turut diikuti Amelya, Encik Zenrith Zen serta Puan Meila.
Amelya dan Puan Meila diarahkan menunggu di bilik tamu manakala Encik Zenrith Zen mengikuti Tuan Ismail ke bilik operasi.
Semua anggota telah pun tiba. Setelah semuanya tiba, Tuan Ismail memasukkan kad memori itu ke dalam komputer riba lalu membukanya. Slaid dihadapan dibuka.
Ada dua fail dalam kad memori itu. Fail pertama dibuka. Terpapar beberapa senarai urusan jual beli penyeludupan senjata api, dadah serta permerdagangan manusia menerusi agen - agen tertentu dalam fail pertama tersebut. Urusan itu dilakukan oleh ketua 'The Shark Tiger' Stapler Tee bersama pemilik sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai 'Bos'. Tetapi tidak dinyatakan nama syarikat tersebut.
Fail pertama ditutup. Fail kedua dibuka. Ia adalah satu rakaman video. Rakaman itu dibuka.
"Dik kau memang hebat... Aku tak sangka aku hantar kau belajar tinggi - tinggi... Balik aje kau tolong abang kau dekat sini... Aku bangga ada adik macam kau..." Suara Stapler Tee gelak ketawa bergema di dalam video itu. Di lihat Stapler Tee sedang memeluk tubuh lelaki di hadapannya. Tapi sayang wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana dia membelakangi kamera. Rakaman video berdurasi 3 minit 20 saat itu ditutup.
"Ooo... Selama ni kita kena tipu lah yang mengatakan Stapler tu takde adik beradik lain..." Ujar salah satu anggota bernama Rezman atau Man.
Tuan Ismail hanya mendiamkan diri sahaja. Jadi benar telahannya selama ini. Stapler mempunyai seorang adik.
"Jadi apa rancangan kita seterusnya?" Tanya Billy. Tak sangka rupanya selama ini Stapler Tee mempunyai seorang adik yang hanya duduk di belakang tabir. Yang turut di panggil dengan panggilan bos.
"Sekarang... Paling penting keselamatan Amelya... Kedua... Kita harus siasat syarikat mana yang aktif dalam aktiviti ini... Dan yang ketiga... Kita cari tahu siapa sebenarnya 'bos'... Apakah dia ada kaitan dengan kematian keluarga Amelya 3 tahun lepas... Dan yang paling penting sekali... Kita kena siasat adakah dia ini adik kepada Stapler Tee..." Tuan Ismail memberi arahan.
" Faham semua?" Tanya Tuan Ismail.
" Faham Tuan... " Dan sebaik sahaja selesai mesyuarat, mereka semua keluar dari bilik operasi lalu ke destinasi masing - masing untuk mencari bukti.
Agaknya siapa ya adik Stapler Tee... Sama-sama kita nantikan
Share this novel