Completed
23452
Imbas kembali
3 tahun lepas...
AMELYA MEMANDANG wajah keruh papanya disebelah. Entah mengapa hari ini papanya rajin mahu menjemputnya disekolah. Biasanya, Alana yang selalu menghantar dan menjemput dia tiap kali ke sekolah.
Mr. Steven?
Hmmm... Boleh dibilang dengan jari kekerapan lelaki itu menghantar dan menjemputnya dari sekolah.
Sampai waktu pulang sekolah, hanya kelibat Alana sahaja yang selalu muncul mengambilnya. Kelibat Mr. Steven langsung tak kelihatan. Bila di tanya, alasannya hanya sibuk banyak kerja mahu dibuat.
Kerja apa pun Amelya tak tahu. Padahal Mr. Steven sudah bersara awal dari PDRM. Malas Amelya mahu mengambil kisah. Karang dicop sebagai penyibuk pulak! Maklumlah dia kan budak sekolah lagi. Mana boleh ambik tahu hal orang dewasa.
"Berapa kali dah papa pesan... Balik sekolah... Tunggu depan sekolah... Jangan merayap ke sana ke sini... Bahaya tahu tak... Susah ke Amel nak faham?" Tanpa mukadimah, Amelya terus disembur.
Bagai orang gila dia mencari kelibat anak gadisnya disekolah. Di tanya pada pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan memberitahu Amelya sudah keluar awal. Dia mencari pula di sekitar bandar. Nah! Kelibat anak gadisnya dilihat sedang berjalan menyelusuri deretan kedai di sekitar bandar tersebut. Berseorangan!
"Kan Amel dah bagitau tadi... Amel cuma pergi ke kedai buku aje... Bukannya Amel merayap ke mana pun..." Jawab Amelya tak puas hati bila disembur begitu oleh papanya.
Apa masalah papa ni? Sembur orang tak tentu pasal! Rungut Amelya sendirian.
"At least... Bagitau papa dulu... Boleh papa hantarkan Amel ke kedai buku..."
Tiba - tiba Amelya tertawa sinis.
"Sejak bila papa care pasal Amel ni... Selama ni pun papa tak pernah pun ambik kisah pasal Amel... Pasal Kak Lana... Tetiba pulak nak baik hari ni dah kenapa?" Hentam Amelya.
Aduh! Amelya ni! Boleh pulak dia berkata macam tu dekat papa dia! Amelya... Amelya...
"Siapa cakap papa tak ambik kisah pasal kamu berdua? Siapa cakap?" Mendidih hati Mr. Steven bila Amelya menghentamnya begitu. Tapi di sabarkan juga hati ini.
Anak gadisnya ini jangan dibuat main. Sifat keras kepala serta melawan cakap itu membuatkan dia kadang kala terasa semput juga. Dulu Amelya bukan begini sifatnya. Tapi berubah sejak kematian isterinya. Semakin hari semakin menjadi sifat keras kepalanya.
"Tak payahlah papa cakap yang papa care pasal kami berdua... Setiap kali Amel atau Kak Lana ada program dekat sekolah atau dekat U... Muka papa langsung takde... Papa janji papa cakap nak datang... Tapi sampai program habis pun muka papa langsung takde... Itu yang papa cakap papa care pasal kami... Simpan ajelah care papa tu... "
Dan buat pertama kalinya, hati seorang bapa tersentap bila mendengar luahan dari anaknya.
" Papa minta maaf... " Itu saja yang mampu diucapkan.
" Papa tak payah minta maaf... Simpan aje maaf papa tu... " Terus Amelya keluar dari kereta lalu bergegas menuju ke dalam rumah. Alana yang baru keluar dari dapur dipandang sepi oleh Amelya lalu gadis itu bergegas menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Berdentum pintu bilik ditutup.
Panggilan papanya dari bawah langsung tak dihiraukan.
"Apa dah jadi ni pa?" Soal Alana dengan cemas. Wajah murung papanya dipandang.
"Amel bergaduh lagi ke dengan papa?" Tebak gadis itu. Ya... Tepat sekali tebakan gadis itu.
Mr. Steven tidak menjawab. Dia berlalu ke sofa lalu merebahkan tubuhnya disitu. Walaupun usia nya sudah menghampiri ke angka 50, tubuh badan lelaki ini masih lagi tegap. Tak hairanlah jika dia sangat cekap sewaktu masih bertugas di PDRM dulu.
"Papa nak air ke? Alana boleh ambilkan..." Mr. Steven hanya mengangguk sahaja. Alana berlalu ke dapur. Kemudian dia keluar semula dari dapur dengan tangan memegang segelas air putih.
Dia berjalan semula ke ruang tamu. Kelihatan Mr. Steven sedang memicit dahinya.
" Nah airnya pa... " Alana menghulur gelas berisi air putih kepada papanya.
"Thank you Lana..." Ucap Mr. Steven. Gelas itu disambut lalu diteguk perlahan. Terasa lega sedikit bila air menuruni tekaknya.
Alana melabuhkan punggung disebelah papanya.
"Apa yang Amel dah buat kali ni papa?" Tanya Alana.
"Takde apalah... Ada salah faham sikit aje..." Dalih Mr. Steven kerana tidak mahu Alana mengkhuatirkan dirinya. Sifat lemah lembut Alana mengingatkannya pada arwah isterinya. Anak sulungnya itu mewarisi sifat mamanya.
Amelya?
Tidak tahu sifat siapa yang diikuti oleh anak bongsunya itu. Mungkin mewarisi sifatnya.
"Amel ni kan... Tak habis - habis lagi dengan sikap dia tu..." Alana mengeluh. Amelya sering sahaja mahu mencari salah dengan papa mereka. Berkali - kali dia menasihati adiknya itu. Tetapi tetap juga sama. Masuk telinga kanan. Keluar telinga kiri. Adiknya tidak peduli langsung apa yang dikatakan olehnya. Tetap dengan pendiriannya.
"Alana... Papa minta maaf sangat-sangat sebab abaikan kamu dengan adik kamu... Papa betul - betul minta maaf... Tapi papa buat semua ni untuk memastikan keselamatan kamu dan adik kamu terjamin..."
Berkerut dahi Alana bila Mr. Steven berkata begitu.
"Apa maksud papa? Alana tak fahamlah..."
Mr. Steven masih mendiamkan diri. Bila melihat papanya masih senyap, Alana bersuara lagi.
"Kenapa papa diam? Apa maksud papa dengan memastikan keselamatan kami terjamin? Apa yang papa dah buat?" Desak Alana. Hatinya sudah tidak keruan. Fikirannya sudah fikir yang bukan-bukan.
Nak tak nak, Mr. Steven memberitahu juga apa yang berlaku sekarang.
" Keluarga kita dalam bahaya sekarang Lana... Adik kepada ketua sindiket yang berjaya papa tumbangkan dulu kembali buru papa..."
"Apa??" Hampir terjerit Alana saat mendengar ayat yang keluar dari mulut papanya. Mereka dalam bahaya? Papa cakap apa ni?
"Betul ke ni papa? Papa tak main-mainkan?" Alana masih lagi tak percaya.
"Betul Lana.. Papa tak bohong..." Mr. Steven mengiakan.
"Tapi kenapa dia buru kita papa? Apa yang papa cuba sembunyikan ni..." Alana sudah mahu menangis. Apa dah jadi dengan keluarga mereka ni? Kenapa jadi macam ni?
"Sebab papa dah ambik barang bukti dari markas 'The Shark Tiger'..." Lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sesuatu berbentuk segi empat kecil.
Pendrive?
Alangkah terkejut Alana ketika melihat benda itu. Apa yang papa dah buat ni?
Apa yg jadi pada keluarga Amelya??
Share this novel