BAB 22 Part 1

Mystery Completed 23452

HATI RAYYAN TERASA rawan melihat gambar terakhir mendiang abangnya yang diambil bersama dirinya 5 tahun lepas.

Mendiang abangnya banyak berjasa pada dirinya. Tanpa bantuan abangnya, dia takkan berjaya sampai ke tahap sekarang. Imbasan silam kembali menjengah dalam fikirannya.

Rayyan dan Stapler Tee, adalah adik beradik dari pasangan suami isteri yang berasal dari lorong. Ibu mereka seorang gro manakala bapa mereka adalah ahli kongsi gelap. Hidup mereka dua beradik tidak seperti kanak - kanak yang lain.

Saban hari tubuh badan mereka di pukul oleh bapa mereka yang merupakan seorang yang panas baran. Kadang - kadang mereka disuruh bekerja untuk mencari pendapatan lebih.

Satu hari ibu bapa mereka bergaduh besar dan tanpa sengaja bapa mereka telah tertikam ibu mereka sehingga wanita itu meninggal. Melihat isterinya meninggal, bapa mereka juga turut mengakhiri hidupnya dengan mengelar lehernya sendiri.

Sejak dari itu, kehidupan mereka berdua berubah. Mereka menjadi gelandangan seketika sehinggalah abangnya menyertai satu kumpulan kongsi gelap. Dari menjadi menjadi ahli kongsi gelap, Stapler mula berjinak - jinak dalam dunia penyeludupan dadah pula. Seterusnya penyeludupan senjata api sehinggalah pemerdangan manusia.

Dia hanya di suruh belajar sahaja. Sesekali abangnya membawa dirinya ke kelas seni mempertahankan diri. Hari demi hari, akhirnya dia sudah mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

Rayyan mendapatkan tawaran belajar di luar negara. Abangnya beria mahu dia belajar walaupun dia membantah keras. Tetapi dia menuruti juga permintaan abangnya itu. Bertahun - tahun dia di luar negara, akhirnya dia kembali semula ke tanah air untuk membantu abangnya.

Pada mulanya, abangnya tidak mahu Rayyan terlibat dalam semua ini tetapi bila Rayyan lebih mahir dari dia akhirnya dia mengizinkan Rayyan untuk bersama - sama menyertainya dalam menguruskan sindiket yang sedang kumpulan dia laksanakan.

Pada mulanya penyeludupan sindiket kokain yang kumpulan mereka lakukan ini berjalan lancar sehinggalah markas mereka diserbu oleh pihak polis.

Salah satu anggota polis ingin menembak Rayyan tetapi telah diselamatkan oleh Stapler. Dan Stapler pun terkorban dalam serbuan itu.

Akhirnya sudah tahu kan siapa Rayyan sebenarnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience