BAB 10

Mystery Completed 23452

SEPULANGANNYA DARI hospital tadi, Tuan Ismail terus masuk ke dalam biliknya lalu komputer dibuka. Data tentang sasaran atau saksi/bukti dicari.

Tiba - tiba matanya tertancap pada satu nama. AMELYA STEVEN YAP. Terus dia mengklik nama tersebut. Nah! Seperti yang dijangka, saksi yang diburu oleh dalang disebalik sindiket itu adalah Amelya!

Telefon meja diangkat. Nombor telefon pihak atasan ditekan. Dia harus berbicara dengan pihak atasan tentang saksi yang telah dijumpai tadi. Kerana selama ini mereka tidak tahu kedudukan sebenar saksi tersebut. Nyawa Amelya dalam bahaya!

AMELYA MENJULING matanya keatas melihat karenah mengada - ngada Billy. Elok - elok si Indra mahu jaga, dihalaunya pula pulang ke kem. Alih - alih sekarang Amelya jugak yang terpaksa menjaga Billy.

"Kau ni ambikkan air aku pun macam siput babi... Terkedek - kedek..." Hah! Mulalah tu nak cari pasal dengan Amelya!

Amelya yang mendengar itu hanya menjeling saja. Gelas berisi air putih dibawa ke arah Billy.

"Nah..." Air itu diletakkan di atas meja roda berhadapan Billy dengan sedikit kasar.

"Amboi kau... Main hentak nampak! Aku hentak kepala kau nanti baru tau!" Marah Billy. Amelya hanya diam sahaja. Malas nak menjawab. Karang ada lagi salah dia dekat mata mamat beku ni!

"Ada apa lagi tak? Amel nak pergi keluar beli makanan ni..." Tanya Amelya. Puan Meila dan Encik Zenrith Zen sudah pulang tadi. Mereka berdua akan kembali keesokannya. Pada mulanya, Puan Meila berat mahu melepaskan Amelya menjaga Billy sebab dia tahu Billy akan membuli Amelya nanti. Tetapi bila Billy menyakinkan mamanya yang dia takkan buat macam - macam pada Amelya, akhirnya Puan Meila membenarkannya.

Dan sekarang apa yang dikatakan pada mamanya tadi adalah palsu semata - mata. Naik meluat Amelya dengan perangai kuat membuli si Billy ni!

"Kau nak keluar beli makanan? Tak payah... Aku ada makanan lebih ni... Mari kongsi makan dengan aku..." Bantah Billy.

Membulat mata Amelya bila Billy berkata begitu. Dah buang tebiat ke apa si Billy ni sampai nak berkongsi makanan dengan aku? Mana pernah aku kongsi makanan dengan dia!

" Yang kau tercegat lagi kat situ dah kenapa? Dah... Mari sini... Ambik mangkuk tu... Aku nak isi makanan ni... Aku makan seorang tak habis nanti..."

Terus Amelya berlalu mengambil mangkuk dan kemudian mengambil makanan yang telah di asingkan oleh Billy itu.

"Apalagi... Duduklah makan... Kau ingat aku ni jahat sangat ke tak bagi kau makan?" Eh dia ni kan! Baru nak puji baik tadi terus tak jadi bila dah keluar ayat pedasnya itu! Fuh! Berasap telinga! Sabar Amel! Sabar! Bisik hati Amelya. Wajah Billy dikerling dengan pandangan tajam. Fuh ayat! Menusuk ke dalam hati betul!

Kita tengok kesudahan Amelya macam mana... Enjoy membaca... Love u all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience