Completed
23452
AMELYA MERASA PELIK bila Billy muncul secara tiba - tiba di restoran milik Puan Meila. Biasanya Indra, si mamat bunga akan muncul. Tetapi hari ni lain pulak yang muncul. Si mamat bunga tak muncul. Yang munculnya si mamat singa!
"Mama mana?" Tanya Billy sebaik sahaja masuk ke dalam restoran.
"Mama keluar dengan abang Dam kejap..." Jawab Amelya. Tangannya sibuk menulis sesuatu di note book.
"Dah aku sampai ni... Tolong ambilkan aku air... Aku haus..." Mula dah si mamat singa nak menyuruh dia.
"Ambiklah sendiri..." Ujar Amelya semula. Malas nak layan.
"Ooo... Kau melawan kau ya... Kau jangan nak derhaka dengan aku... Teruk kau kena dengan aku nanti..." Hish! Mamat singa ni! Main ugut - ugut pulak! Tak boleh tengok aku senang sikit, mulalah nak suruh itu ini!
"Yelah... Yelah... Amel pergi ambik... Nak air apa?" Malas - malas Amelya bertanya.
"Fresh orange..." Ujar Billy bersama sengihan jahatnya.
Amelya hanya mencebik lalu pergi dari situ. Sengih-sengih! Siat mulut tu karang padan muka!
Amelya membuat air yang di suruh oleh Billy tadi.
Air yang sudah siap dibawa ke hadapan lalu diletakkan dihadapan Billy.
" Nah... Fresh Orange..."
"Thank you dear..." Jawab Billy dengan senyum kambingnya. Ceh! Ingat handsome sangatlah tayang senyum macam tu!
Billy mengambil gelas yang berisi air Fresh Orange ke mulutnya lalu diteguk perlahan.
Tiba - tiba handphone Amelya berdering. Pantas ikon hijau di gesek.
" Halo..." Amelya menjawab. Billy disebelah memasang telinga.
"Ya... Saya Amelya... Ada apa ya encik?" Tanya Amelya lagi.
"Ya... Puan Meila mama saya... Ada apa dengan Puan Meila?" Sekali lagi Amelya bertanya. Billy sudah berdiri tegak disebelah gadis itu bila Amelya menyebut tentang mamanya. Gadis yang hanya separas dadanya itu dipandang serius.
"Puan Meila dan pemandunya mengalami kemalangan dan telah dibawa ke hospital..." Jawapan dari pemanggil di talian sebelah mengejutkan Amelya.
"Apa???"
Terkejut Amelya dengan jawapan pemanggil si talian sebelah.
"Apa dah jadi Amel? Kenapa dengan mama?" Desak Billy. Bahu gadis itu dipegang erat. Hatinya sudah tidak senang.
"Mama... Dia... Kemalangan..."
Membulat matanya bila dengar ayat keluar dari mulut Amelya itu.
Apa?
Mama kemalangan?
Puan Meila kemalangan? Akan selamatlah dia? Jom kita pergi bab seterusnya....
Share this novel