Part 2

Mystery Completed 23452

HATINYA PEDIH bila teringat akan kisah silam itu. Abangnya terkorban dalam insiden serbuan pihak polis kerana ingin menyelamatkan nyawanya. Dan anggota polis yang menembak mati abangnya adalah Mr. Steven Yap. Sebab itulah dia berdendam dengan anggota polis itu.

Segala berkaitan lelaki itu di cari. Dan ternyata lelaki itu mempunyai dua orang anak perempuan. Malah, tentang tunang salah seorang anak perempuan lelaki itu juga turut dia cari informasinya.

Dia tahu, Billy sekarang bertugas sebagai seorang anggota ATM.

Dan kemuncaknya pada malam itu, seluruh ahli keluarga Mr. Steven dibunuh olehnya. Malah Alana, anak perempuan sulung Mr. Steven turut dirogol tanpa belas kasihan walaupun gadis itu berkali - kali memohon agar dia tidak melakukan itu. Akhirnya gadis itu tewas juga dalam tangannya.

Hanya Amelya sahaja yang terselamat. Dia sengaja membiarkan gadis itu selamat kerana dia akan mengambil gadis itu kembali.

Gambar abangnya yang sedang tersenyum diusap perlahan.

"Abang... Ray minta maaf kerana tak sepenuhnya balas dendam bagi pihak abang... Sebab Ray dah terpikat dengan Amelya... Dia lain bang... Dia lain... Dia bukan macam gadis yang Ray pernah tiduri sebelum ni..." Ujar Rayyan sendirian.

Sekali imbas, dah macam psiko dah si Rayyan ni!

Gambar abang bersama dirinya diletakkan kembali pada tempat asal. Kemudian gambar yang mengandungi wajah Amelya di ambil lalu dicium lembut.

" Tunggu aku ya sayang... Sekejap lagi kau akan jadi milik aku... Selamanya..." Sengih Rayyan pada gambar Amelya seolah - olah gadis itu berada di hadapannya.

Bingkai gambar dibuka. Gambar Amelya di keluarkan. Pen di dalam laci meja di ambil lalu dia menuliskan sesuatu dibawah gambar itu,

'... Dia Amelya yang ku cinta...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience