Part 2

Mystery Completed 23452

AMELYA SUDAH JAUH KE DALAM HUTAN. Dia tidak tahu hendak kemana lagi. Tiba - tiba rambutnya ditarik kasar dari belakang.

"Kau nak lari ke mana hah?" Herdik Rayyan. Cengkaman pada rambut Amelya dikuatkan lagi. Hampir tercabut kulit rambut Amelya rasa saat ini.

"Tolonglah lepaskan aku..." Rayu Amelya bersama tangisan. Sungguh dia terasa terseksa saat ini.

"Ini akibatnya bila kau cuba lari aku..." Lantas satu tamparan hinggap lagi pada pipi mulus Amelya. Naik pijar pipi Amelya saat ini.

"Aku tak nak!" Jerit Amelya. Dia tidak mahu lagi menjadi mangsa Rayyan.

"Oh.. Kau degil lagi ya..." Satu lagi tamparan mahu hinggap pada pipi Amelya tapi tidak kesampaian bila tiba - tiba tubuh Rayyan dirempuh oleh satu tubuh lain dari arah belakang.

Pantas Amelya menoleh ke arah orang merempuh Rayyan tadi.

Billy??

Billy dan Rayyan sudah bergelut di atas tanah. Kedua - duanya tidak mahu mengalah. Satu tumbukan mengenai wajah Billy. Terpelanting lelaki itu kebelakang.

Billy terlentang kebelakang. Amelya menjerit dan ingin mendekati Billy tetapi pantas dihalang oleh Rayyan. Tubuh kecil gadis itu dipaut erat.

"Amacam Billy? Sedap tak kena buku lima aku?" Tanya Rayyan bersama gelak psikonya. Amelya masih erat dalam pautannya.

Billy menjeling ke arah Rayyan.

"Kau lepaskan dia..." Arah Billy. Dia perlahan - lahan bangun dari tempatnya. Bibirnya yang berdarah di kesat.

"Kau nak aku lepaskan dia ke?" Serentak sepucuk pistol diacukan ke arah kepala Amelya. Terjerit Amelya dengan perbuatan Rayyan itu. Dia sudah menggigil ketakutan. Air mata kembali mengalir di pipinya.

Serta-merta Billy mengarahkan senjatanya ke arah Rayyan.

"Rayyan! Letakkan senjata kau ke bawah! Sekarang...!" Arah Billy. Billy kasihan melihat Amelya sudah terketar - ketar menahan ketakutan.

"Kau nak aku lepaskan perempuan ni? Takkan Billy... Takkan..." Pistol di tangan diacukan lebih dekat dengan kepala Amelya. Terpejam mata Amelya menahan ketakutan.

"Biar aku bunuh perempuan ni... Biar kau dengan aku sama - sama tak dapat... Adil kan?"

Ya Tuhan! Apa nak jadi dengan Rayyan ni? Tak puas kah ragut nyawa orang selama ni? Tak takut dosa ke?

"Tolong lepaskan aku Rayyan..." Amelya merayu lagi.

"No dear... Kalau aku tak dapat kau... Dia pun tak dapat kau jugak... Betul tak?" Rayyan menjeling kepada Amelya.

Melihat Rayyan terleka sedikit, kesempatan itu di ambil oleh Billy. Dia cepat meluru ke arah Rayyan lalu menerkam ke arah lelaki psiko itu. Amelya terlepas dari pautan Rayyan.

Mereka sekali lagi bergelut di atas tanah. Senjata di tangan masing - masing terpelanting ke tepi. Bertalu - talu tumbukan Billy bagi kepada Rayyan. Kadang terkena kadang Rayyan mengelak. Dan keduanya tercampak apabila keduanya menujah antara satu sama lain.

Rayyan tercampak berdekatan senjata api manakala Billy pula tercampak di atas akar kayu.
Kedua-duanya mengaduh kesakitan.

Tangan Rayyan terpegang pada badan senjata api. Pantas dia mencapai benda alah itu. Lalu dia menghunus ke arah Billy. Picu pada senjata ditarik.

Billy tidak menyedari akan hal itu. Amelya yang melihat Rayyan yang sudah menghunuskan senjata ke arah Billy berlari pantas ke arah lelaki itu.

Panggg!!

Rayyan melepaskan tembakan. Dan tembakan itu mengenai perut Amelya. Rupa - rupanya Amelya menghadang Billy dari terkena tembakan. Dia rebah di dalam pangkuan Billy.

Tergamam Billy seketika. Amelya di dalam pangkuan di pandang sepi. Dia bingung seketika.

"Amel..." Panggil Billy perlahan. Wajah Amelya yang menahan kesakitan di usap.

"Ya Tuhan... Amel... Apa yang Amel dah buat ni?" Pekik Billy. Perut Amelya yang mengeluarkan darah ditekap. Kenapa kau perlu selamatkan aku, Amel?

Rayyan yang melihat Amelya yang ditembak olehnya tadi sudah tidak keruan. Dia mengacukan senjata ke arah Billy pula.

"Kau yang patut mati bukan dia..." Jerit Rayyan. Belum sempat dia menarik picu, satu tembakan mengenai lengannya. Rayyan menjerit dan senjata terlepas dari genggamannya. Rayyan terduduk di situ. Dia mengerang kesakitan.
Muncul Man bersama pasukan Bravo dan Beta di situ. Rupanya Man yang melepaskan tembakan pada lengan Rayyan tadi.

" Amel.... Bukak mata sayang... Jangan takutkan abang..." Pipi pucat Amelya ditepuk perlahan.
Amelya sudah semakin lemah.

Rayyan pula sudah berada dalam jagaan pasukan Man. Kedua - dua tangannya sudah di gari.

"Kau balut dengan kain ni dulu..." Ujar Man. Dia mengeluarkan first aid yang dibawa oleh anggota pasukannya tadi. Mereka memberi rawatan awal kepada Amelya.

Setelah selesai semuanya, tubuh kecil Amelya terus digendong pantas oleh Billy keluar dari kawasan hutan itu.

Amel... Please jangan tidur... Amel akan selamat...

Ya Tuhan... Kau selamatkan kesayanganku... Doa Billy...

Nak tahu.. Jom ke bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience