Completed
23452
BILLY SUDAH SEMBUH sepenuhnya. Sekarang dia kembali bertugas seperti sedia kala. Hari ini, satu mesyuarat tergempar di adakan oleh Tuan Ismail di bilik operasi.
Semua anggota yang terlibat dalam operasi tempoh hari diarahkan hadir dalam mesyuarat itu.
Semua anggota termasuk Billy dan Indra sudah menunggu di bilik operasi. Hanya menunggu ketibaan Tuan Ismail sahaja.
Tuan Ismail tiba di bilik operasi dengan diikuti oleh seseorang yang amat dikenali oleh Billy.
Babah?
Kenapa babah ada dekat sini?
"Selamat pagi dan salam sejahtera semua... Terlebih dahulu saya minta maaf kerana memanggil kamu semua untuk hadir ke dalam mesyuarat kali ini... Sebelum itu, saya perkenalkan mantan Ketua Polis kita... Encik Zenrith Zen... Dan semua sedia maklum merupakan bapa kepada Kapten kita... Kapten Billy Zen..." Tuan Ismail memperkenalkan Encik Zenrith Zen kepada semua.
" Dan kali ini operasi yang kita jalankan sekarang amat mencabar kerana saya dapat inform dari pihak atasan yang kita telah menemui sasaran atau bukti/saksi yang sedang diburu oleh dalang disebalik sindiket ini..."
Lalu slaid dihadapannya dibuka. Alangkah terkejutnya Billy dan Indra bila wajah Amelya terpampang dihadapan mereka kini.
" Inilah dia saksi yang kita cari selama ini... Dia adalah Amelya Steven Yap... Anak kepada mendiang Inspektor Steven Yap... Mangsa pembunuhan tragis 3 tahun lepas..." Beritahu Tuan Ismail.
"Tapi apa kena mengena dia dengan sindiket yang sedang kita buru sekarang?" Tanya salah seorang anggota yang bernama Lawrence atau lebih senang dipanggil Law.
" 5 tahun lepas sebelum bersara dari unit polis, pasukan Inspektor Steven telah berjaya menumpaskan satu group sindiket kokain yang di gelar 'The Shark Tiger'... Ketua kumpulan ini, Stapler Tee telah ditembak mati oleh Inspektor Steven..." Lalu slaid seterusnya dibuka. Terpampang wajah ketua kumpulan' The Shark Tiger' yang telah mati.
Tuan Ismail menyambung semula bicaranya.
" Dan bukti berkenaan sindiket ini telah disimpan oleh Inspektor Steven sebelum beliau bersara kerana ini melibatkan institusi negara serta perniagaan berasaskan teknologi tinggi... Kerana mengikut informer dari pihak... Sebelum beliau meninggal, bukti itu telah diserahkan pada anaknya Amelya... Dan pada masa yang sama... Kita harus cari tahu punca kematian ahli keluarga Amelya kerana kami yakin itu pembunuhan yang dirancang... " Dan di sini terungkap sedikit demi sedikit tentang kematian ahli keluarga Amelya dulu.
Semua anggota tergamam dengan penjelasan yang dibuat oleh Tuan Ismail tadi. Lebih - lebih Billy. Dia masih tidak percaya dengan semua ini. Alana dan Uncle Steven dibunuh dengan sengaja? Tapi motifnya apa?
"Dan sekarang jangan risau... Saksi selamat bersama keluarga saya sekarang..." Encik Zenrith Zen pula mengambil alih untuk berbicara.
"Tapi saya nak minta tolong dari tuan - tuan semua... Saya mahu meminta izin dari Tuan Ismail untuk meminjamkan kepada saya seorang anggota yang berkaliber untuk melindungi Amelya di Universitinya... Dia sekarang dalam bahaya... Saya minta tolong jasa baik Tuan Ismail... "
" Boleh... Saya akan meluluskan... Tapi anak Tuan... "Soal Tuan Ismail merujuk kepada Billy.
" Anak saya biarlah dia menjaga Amelya dari jauh... Biar dia fokus pada operasi ini sahaja..." Bantah Encik Zenrith Zen. Dia tidak mahu si Billy menjaga Amelya di universiti. Nanti bercakaran pulak mereka berdua. Dahlah di rumah selalu sahaja si Billy ni cari masalah dengan Amelya. Dia tidak mahu di universiti nanti mendapat masalah pula. Bukan dia tak tahu yang anak tunggalnya itu panas baran dan suka mengarah orang mengikut kehendaknya.
Billy yang mendengar bantahan babahnya hanya mendiamkan diri sahaja. Ceh! Babah ni! Cakap ajelah yang tidak mahu dia menjaga Amelya di universiti. Berkias pulak!
"Lawrence..." Tuan Ismail memanggil nama salah satu anggotanya.
"Ya... Tuan..." Jawab Law dengan tangannya menabik hormat pada ketuanya.
"Saya arahkan kamu untuk menyertai misi penyamaran kali ini..." Arah Tuan Ismail.
"Siap Tuan..." Jawab Law dengan bersemangat.
Kali ini Amelya tidak akan terlepas dari mereka kerana gadis itu merupakan saksi penting dalam operasi kali ini.
Dan gadis itu masih tidak mengetahui tentang situasi yang melanda dirinya kini. Nyawanya kini dalam bahaya.
"AMELYA STEVEN YAP!!!"
Terus dia menjuling matanya ke atas apabila mengetahui siapa empunya diri memanggil nama penuhnya tadi.
"Kau ni kan Ira... Cubalah panggil nama aku tu perlahan sikit lain kali... Ni tak... Selamba badak aje kau panggil nama aku macam tu... Dah kau panggil nama penuh aku..." Marah Amelya kepada sahabat karibnya, Zabira atau orang panggil Ira mulut kepoh! Hahaha...
Ira hanya mencebik sahaja mendengar bebelan rakannya itu.
" Alah kau ni Lya... Bisinglah..." Rungut Ira.
Ira lebih suka memanggil Amelya dengan panggilan Lya kerana panggilan Amel itu sudah dipanggil oleh ahli keluarga Amelya. Jadi dia rasa lebih baik dia membuat kelainan pula.
Lantak kau lah Ira nak panggil aku apa pun... Jangan panggil aku dengan panggilan nama haiwan sudah! Kalau tak... Tak cukup tanah nanti Ira kena dengan Amelya!
Tiba - tiba dia teringat akan seseorang bila Ira memanggilnya dengan nama Lya. Indra! Ya.. Indra! Lelaki itu sering memanggil namanya dengan nama Lya kerana nama itu lebih indah. Hmm... Dah lama tak dengar khabar si Indra.
"Hoi... Mengelamun... Ingat pakwe erk?" Sergah Ira. Sepantas kilat Amelya melibas tangannya ke bahu rakannya.
"Aduh! Sakitlah gila!" Marah Ira sambil menggosok bahunya yang terasa perit akibat di libas oleh Amelya tadi. Gila tak perit. Libas bukan sebarang libas minah nih! Dari mana entah dia belajar bab libas melibas orang ni!
"Tu lah makannya bila kau suka sangat nak sergah orang... Kan mendapat!" Ejek Amelya.
"Eh... Jadi tak kita nak study group petang ni?" Soal Ira. Yelah... Amelya ini kan ibarat macam anak emas pada keluarga Zen. Kemana sahaja dia pergi mesti akan ada yang mengikutinya.
"Jadilah.. Aku dah inform dekat mama aku tadi..." Jawab Amelya.
"Cia... Cia... Dia panggil mama nampak! Ada apa ke dengan si anak bujang dia tu sampai panggil mama ni?" Mulalah si Ira ni nak menyakat! Dia tersengih kambing memandang Amelya.
"Yang kau pandang aku gitu dah kenapa? Aku bukan ada apa pun dengan mamat dingin tu... Kau jangan nak mengarut lebih sangat..." Bantah Amelya dengan cepat. Ada ke patut si Ira ni nak kenenkan aku dengan mamat singa tu? Oh no! Selisih malaikat 44!
"Habis tu? Yang kau panggil Untie Meila tu mama kenapa pulak?" Tak habis - habis si minah kepoh ni! Nak mengorek aje kerjanya!
"Dah mama suruh panggil dia macam tu... Ikut ajelah..."
"Betul ni?" Soal Ira dengan sengaja mendekatkan wajahnya pada wajah Amelya.
"Betul... Dahlah jom... Kejap lagi kelas Profesor Sally nak mula..." Bergegas Amelya bangun dari tempat duduknya lalu berjalan cepat ke depan.
"Wei... Lya... Tunggu lah aku..." Cepat-cepat Ira mengejar langkah Amelya yang sudah menjauh ke depan. Ceh si Lya ni! Boleh blah macam itu aje! Hampeh punya kawan!
Share this novel