Completed
23452
PASUKAN BRAVO yang diketuai oleh Billy sudah mengenalpasti keberadaan suspek yang aktif dalam aktiviti penyeludupan ini.
Dan hari itu juga pasukan mereka telah menyerbu kesemua markas suspek yang telah dikenalpasti. Hanya 4 orang sahaja suspek yang dapat diberkas. Seorang lagi suspek tidak dapat dikesan sejak seminggu lalu. Pasukan mereka akan mencuba untuk mengesan lagi keberadaan satu lagi suspek yang masih gagal ditemui.
Dengan bantuan pihak polis, kesemua suspek yang telah berjaya diberkas akan dibawa ke markas polis dan akan disoal siasat nanti.
KELAS AMELYA HARI ini dikejutkan dengan kemunculan pensyarah baru. Pensyarah baru itu akan menggantikan posisi Puan Ramlah yang sedang cuti bersalin sekarang.
Kesemua pelajar perempuan di dalam kelas itu berbisik sesama sendiri dengan perasaan teruja kerana ketampanan yang dimiliki oleh pensyarah itu. Ira juga tidak terkecuali. Hampir meleleh air liurnya melihat wajah tampan itu.
"Halo everyone... My name is Lawrence Indy... You can call me Sir Law..." Law memperkenalkan diri.
Ya... Sekarang dia diarahkan untuk menyamar sebagai pensyarah di universiti tempat Amelya belajar. Nasib juga dia adalah graduan jurusan Fizik dan Biologi dari universiti tempatan. Taklah terlalu kekok nanti untuk mengajar para pelajar. Dan dia juga dikecualikan dalam operasi buat sementara waktu.
"Saya akan mengajar kelas kamu jurusan Fizik dan Biologi bagi menggantikan Puan Ramlah yang sedang cuti bersalin sekarang. Ok... Anything else?" Tanya Law sambil memandang satu persatu wajah pelajarnya. Dan matanya melekat pada wajah yang sedang menunduk sambil membaca buku itu.
" You... Dekat barisan no 3... Please stand up... "
Amelya terkejut bila pensyarah baru itu memanggil dirinya.
" Yes sir... Sir panggil saya ke?" Tanya Amelya blur.
"Yes... Saya panggil awak... Please stand up..." Terus Amelya bangun dari tempat duduknya lalu berdiri tegak di hadapan tempat duduknya.
Semua mata terutama kaum hawa di kelas tersebut memandang wajahnya dengan rasa tidak puas hati.
Dah kenapa pandang aku macam tu? Amelya merasa pelik bila rata - rata perempuan di dalam kelas ini memandang dia seolah - olah dia membuat kesalahan besar.
"Boleh saya tahu nama awak siapa?" Tanya Law dengan sengaja. Padahal dia sudah tahu dari awal lagi nama penuh gadis itu.
"Saya Amelya..." Jawab Amelya perlahan.
"Full name?" Soal Law lagi.
"Amelya Steven Yap..." Nah! Tepat sekali! Gadis yang sedang berbicara dengan dia sekarang ini adalah saksi yang perlu mereka lindungi.
"Umur berapa?"
"20..."
"Ok... Saya nak panggil awak apa? Amelya? Amel or Lya?"
"Sir boleh panggil saya Amel pun dah cukup..." Jawab Amelya.
"Ok... Thank you for your introduce... You can sit down now..."
Lahh... Tu aje nak tanya tadi? Ingatkan nak tanya benda apalah tadi... Buat penat aje berdiri! Rungut Amelya.
Dia menggangguk lalu kembali duduk di kerusinya. Sesi perkenalan diteruskan kembali.
PANDANGAN TIDAK PUAS HATI di lemparkan pada Law yang sedang membuka baju kemeja birunya.
"Kau cakap Amelya tu tengeng budak dia... Tapi sepanjang aku mengajar kelas dia... Kenal dengan dia selama seminggu ni... Tak tengeng pun budak tu... Ok aje aku tengok..." Ujar Law dengan rasa tidak percaya. T-shrit putih dibuka lalu menampakkan tubuhnya sasa.
Indra yang sedang menggilap kasut tiba - tiba menyampuk.
"Budak tu mana ada tengeng Law... Dulu aje dia tengeng, keras kepala... Perangai macam lelaki... Sekarang dah lain si Amelya tu... Dah lebih ke sifat keperempuanan dah sekarang ... Cuma yang selalu buat dia tengeng sekarang adalah ni..." Jari telunjuk Indra tepat di hadapan Billy.
"Asal aku pulak? " Marah Billy dengan rasa tidak puas hati. Aku dibabitkan dah kenapa?
"Eh, Billy... Kau ingat aku tak tau ke apa yang kau dah buat dekat Amelya selama ni? Kau selalu buli Amelya kan?" Tebak Indra.
"Kau buli dia Billy? Kejam sungguh kau ni... Kau tak kesian dekat budak comel tu ke?" Sahut Law. Tuala di selempang di lehernya. Bilalah mamat Sabah ni nak mandi? Dari tadi asyik dok kelek tuala ke hulu ke hilir.
"Mana ada aku buli dia... Aku just suruh dia buat kerja rumah aje lah.. Kot - kot nanti bila dah kahwin... Senang dah pandai buat kerja rumah... Tak lah terasa kekok nanti... Faham?" Amboi Billy! Pandai benar kau putar belit kan fakta!
"Kau jangan selalu marah dan buli dia Billy... Kot - kot nanti 'ter'jatuh sayang pulak..." Sakat Law.
"Orang tua-tua kata... Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang..." Mula lah dah kepala senget si Law ni dah keluar. Billy mengambil sebiji bantal lalu dibaling ke arah Law. Dan bantal itu tepat mengenai muka si mamat Sabah!
"Adoi! Sakit lah sial!" Marah Law sambil menggosok mukanya yang terkena bantal akibat balingan padu dari Billy tadi.
"Tu lah padahnya bila suka nak kenakan orang.. Kan dah makan bantal..." Ujar dengan sengihan jahatnya.
"Kalau suka pun apa salahnya... Betul tak Law?" Ujar Indra dengan matanya menjeling ke arah Law.
"Betul, betul, betul..." Jawab si mamat Sabah dengan meniru ayat upin dan ipin.
"Takde maknanya aku nak suka dia..." Jawab Billy dengan yakin. Aku suka Amelya? Mengarut lah! Takkan aku suka dia? Selisih malaikat 44!
"Dahlah layan kepala 3 suku korang ni... Aku nak pergi mandi dulu..."
Billy mengambil tuala di dalam almari lalu keluar dari bilik menuju ke arah bilik mandi.
"Woi... Tunggulah aku sekejap... Hish... Galah panjang ni... Boleh tinggalkan aku pulak!" Rungut Law bergegas mengikuti langkah Billy yang sudah berjalan ke hadapan.
Indra hanya menggeleng kepala dengan gelagat Billy. Billy... Billy... Sampai bila kau nak sedar tentang perasaan kau pada Amelya?
Adakah Billy akan sedar tentang perasaan dia pada Amelya... Sama-sama kita nantikan...
Share this novel