BAB 29 Part 1

Mystery Completed 23452

SEMUA MARKAS PENYELUDUPAN DI bawah kendalian orang bawahan Rayyan atau nama samarannya 'Bos' telah di serbu oleh pasukan Bravo dengan bantuan pihak polis.

Malah kilang tempat pemprosesan dadah dan senjata api yang telah di klonkan juga telah diserbu oleh pihak polis.

Syarikat milik Rayyan juga telah disita oleh pihak polis kerana tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan. Kali Rayyan tidak akan terlepas.

"PIHAK POLIS DAN PASUKAN TENTERA MASIH MENGESAN KEBERADAAN RAYYAN TEE, SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG TERLIBAT DALAM SINDIKET PENYELUDUPAN DADAH, SENJATA API SERTA PERMERDANGAN MANUSIA... DIA JUGA DI SYAKI PEMBUNUH YANG MEMBUNUH MR. STEVEN YAP, MANTAN ANGGOTA POLIS YANG BERPANGKAT INSPEKTOR SERTA ANAK SULUNG MANTAN ANGGOTA POLIS ITU, ALANA STEVEN YAP... MOTIF MEMBUNUH MASIH DALAM SIASATAN..."

Bergenang air mata Amelya bila melihat berita yang terpapar di televisyen itu. Akhirnya, terbongkar juga siapa pembunuh yang membunuh ahli keluarganya.

Masuk Billy dengan dulang berisi nasi ayam bersama dua gelas. Satu gelas berisi air sirap dan satu lagi gelas berisi air putih.

Gadis itu masih tidak menyedari kehadirannya disitu kerana masih ralit dengan berita yang terpampang wajah Rayyan. Dulang diletakkan di atas meja. Dia mendekati gadis itu. Remote control dicapai lalu punat off ditekan. Serta - merta televisyen tertutup.

Terkejut Amelya dengan kehadiran Billy itu.

"Abang Billy... Sejak bila abang ada dekat situ?" Tanya Amelya. Air mata dikesat pantas. Tidak mahu lelaki itu mengetahuinya.

"Abang dah lama masuk... Amel aje yang tak perasan..." Ujar Billy. Panggilannya pada Amelya sudah berubah sejak dia meluahkan perasaannya pada Amelya tempoh hari.

"Kenapa Amel menangis ni?" Soal Billy lalu duduk di sebelah gadis itu.

"Takde apalah... Mata masuk habuk..." Dalih Amelya.

"Amel jangan nak tipu abang... Abang nampak Amel menangis tadi... Amel menangis sebab tengok berita tadi tu ke?" Kepala Amelya diusap lembut. Hatinya benar-benar sudah jatuh sayang pada gadis ini.

"Abang... Amel nak tanya satu soalan boleh?" Amelya mengubah topik.

"Boleh... Amel nak tanya apa?" Wajah gadis kesayangannya dipandang.

"Kenapa abang boleh suka Amel?" Soalnya secara tiba-tiba.

"Kenapa Amel nak tahu?" Sengaja Billy main tarik tali dengan amelya.

" Sebab Amel rasa Amel tak layak untuk abang... Amel hanya akan menyusahkan hidup abang nanti... Sebab Amel, orang sekitar Amel terima padah... Mula papa, Kak Lana... Lepas tu mama dengan arwah abang Dami... Amel tak nak nanti abang pulak yang terima padahnya... " Luah Amelya dengan mata yang sudah bergenang kembali. Mukanya di tunduk ke bawah.

Billy yang mendengar itu perlahan - lahan mencapai kedua - dua belah tangan Amelya.

"Hey... Pandang abang..." Lalu perlahan - lahan Amelya memandang wajah Billy.

"Jangan pernah Amel cakap begitu... Dalam hati abang... Amel tak pernah susahkan abang... Abang ikhlas jaga Amel selama ni... Dan satu lagi... Jangan cakap yang Amel ni penyebab semua ni terjadi... Kematian Uncle Steven, Lana dan abang Dami itu adalah takdir Tuhan... "

Wajah Amelya yang sudah lencun dengan air mata diusap perlahan dengan tangan kasarnya.

" Abang ikhlas sayangkan Amel... Abang ikhlas cintakan Amel... Jangan pernah pertikaikan lagi..." Ucap Billy tulus dari hati. Dahi Amelya dikucup lembut.

" Dah... Mari makan... Abang suapkan..." Ujar Billy kembali ceria. Pinggan yang berisi nasi ayam dicapai.

" Alah... Biarlah Amel makan sendiri... " Amelya berkata dengan nada manja.

" No... Biar abang suapkan..." Sudu disuakan ke arah mulut Amelya. Nak tak nak, Amelya membuka mulutnya lebar. Nak buat macam mana dah si mamat dingin dah menggunakan kuasa vetonya.

" Lepas makan ni... Amel pergi bersiap... Sebab hari ni Amel ada appointment dengan doktor dekat hospital..."

Amelya hanya mengangguk sahaja. Nak menjawab, mulut penuh dengan nasi.

"Abang tak boleh ikut Amel pergi... Abang ada hal kena selesaikan dengan team abang... Nanti yang iring Amel pergi hospital Indra dengan Law..."

"Law?"

Tanya Amelya tiba - tiba. Macam pernah kenal aje nama tu!

"Alah nanti Amel tau jugak siapa dia nanti..." Ujar Billy bersama senyuman.

Si Billy ni saja betul nak main tarik tali dengan dia pulak!

Amelya tertanya - tanya siapa Law... Nanti kita tengok terkejut beruk tak si Amelya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience