BAB 38

Mystery Completed 23452

PERKARANGAN HOSPITAL RIUH dengan kemunculan anggota tentera. Lebih-lebih lagi dengan terbaringnya seorang gadis yang memakai gaun pengantin keluar dari ambulans.

Tubuh Amelya sudah ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Maaf... Anda semua tunggu di luar..." Jururawat menghalang. Billy bersama anggota yang lain hanya mengganguk sahaja.

Wajah Billy sudah tidak keruan. Darah Amelya yang masih melekat di seragamnya tidak dihiraukan. Malah pandangan orang ramai terhadap mereka juga langsung tak diendahkan.

Billy tidak duduk diam. Dia masih mundar mandir di hadapan bilik pembedahan.

Tidak lama kemudian, muncul Tuan Ismail bersama Encik Zenrith Zen. Kelibat Indra dan Law juga turut bersama kedua - dua lelaki itu.

Ketiga - tiga lelaki itu sudah sampai di hadapan Billy dan anggota yang lain.

"Tuan..." Tabik mereka semuanya. Tuan Ismail mendabik semula.

" Resman..." Panggil Tuan Ismail.

"Tuan..."

"Saya arahkan kamu bawa pulang semua anggota pasukan Bravo dan dan Beta ke kem semula..." Arah Tuan Ismail.

"Arahan diterima Tuan..."

Lalu Man bersama beberapa anggota yang berada disitu beredar. Anggota yang selebihnya berada di luar hospital.

Tinggallah mereka berlima di situ.

"Bro... Aku ada bawak baju salin untuk kau... Kau salin baju kau tu..." Ujar Indra lalu menghulurkan beg kertas berisi pakaian ganti kepada Billy. Billy masih tidak mempedulikan kata rakannya.

Encik Zenrith Zen pula mengambil alih bersuara.

"Billy... Jangan macam ni... Tolong dengar cakap Indra tu... Pergi tukar baju..."

Nak tak nak, akhirnya lelaki itu pergi juga untuk ganti pakaian. Beg kertas di capai lalu menuju ke arah tandas.

HAMPIR 3 JAM, barulah lampu merah di bilik pembedahan dimatikan. Keluar seorang doktor dari bilik itu.

Meluru kelima - limanya menuju ke arah doktor.

"Macam mana keadaan anak perempuan saya doktor?" Tanya Encik Zenrith Zen.

" Anak perempuan you selamat... Dia dah lepas tahap kritikal... Peluru tidak tembus mengenai organ dalaman dia..." Terang doktor pertengahan 40 - an. Semua yang berada di situ menarik nafas lega. Syukur pada Tuhan.

" Your name?"

"Ooo... Sorry... I'm Zenrith Zen..."

"I'm doktor Raymand..."

"And you?" Mata doktor Raymand mengarah ke arah Tuan Ismail yang memakai pakaian tentera.

"Oh... I'm Ismail Said..." Tuan Ismail memperkenalkan diri.

"Boleh kami lawat dia doktor?" Billy bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.

"Buat masa ni tak boleh lagi... Cik Amelya masih dalam pemantauan kami... But don't worry... Esok dah boleh melawat dia..." Terang doktor Raymand bersama senyuman.

"Ok... Kalau ada apa - apa nanti... You all boleh jumpa saya di bilik saya... Saya pergi dulu..." Doktor Raymand meminta diri.

"Saya nak pergi beli makanan... Ada nak kirim tak?" Tanya Law setelah kelibat doktor itu hilang dari pandangan.

"Kamu belikan makanan untuk Billy aje... Untuk saya dengan Tuan Ismail tak payah..." Jawab Encik Zenrith Zen.

"Baik Tuan... Kami berdua pergi dulu..." Law dan Indra menabik hormat pada ketua mereka lalu bergegas pergi dari situ.

"Billy... Babah dengan Tuan Ismail balik kem dulu... Mama tinggal seorang dekat bilik tamu..." Beritahu Encik Zenrith Zen. Billy hanya mengangguk lalu memeluk erat tubuh babahnya.

"Babah balik dulu..." Pelukan dileraikan. Kedua - duanya berlalu meninggalkan Billy sendirian di situ.

Kini tinggallah Billy bersendirian di situ. Semoga esok dia dapat bertemu dengan gadis kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience