Completed
23452
TEMPAT PERSEMBUNYIAN RAYYAN sudah diketahui. Dan Tuan Ismail mengumpul dua pasukan. Pasukan pertama iaitu pasukan Bravo diketuai oleh Billy manakala pasukan kedua iaitu pasukan Beta diketuai oleh Man.
Kedua - dua pasukan tentera itu akan menaiki trak yang disediakan.
Sebelum berangkat, Tuan Ismail memberi taklimat ringkas.
"Kita semua sudah tahu dimana keberadaan Rayyan sekarang... Saya nak kamu semua berhati - hati kerana Rayyan adalah penjenayah licik yang paling di kehendaki sekarang... Dan paling penting... Selamatkan saksi yang berada di dalam genggaman Rayyan sekarang... Faham semua? "
" Faham Tuan... "Jawab mereka serentak.
" Kalau dah faham... Kita bergerak sekarang... " Anggota yang sudah terbahagi pasukan tadi menaiki trak mengikut ketua pasukan masing - masing. Trak bergerak keluar dari perkarangan kem.
Amel tunggu... Abang datang selamatkan Amel... Bisik Billy di dalam hati.
TAK BERKELIP AMELYA melihat wajahnya dicermin. Wajah comelnya bertambah cantik bila dihias begitu. Tapi sayang wajah cantiknya hilang seri bila teringat akan bakal pengantin lelakinya. Si Rayyan psiko!
Dia ingin mencari jalan keluar dari situ tetapi tidak kesampaian bila dikawal ketat oleh kedua - dua mak andam ini. Lebih - lebih lagi dia melihat keluar jendela. Ramai orang - orang upahan Rayyan di bawa sana. Orang upahan Rayyan ini bukan sebarangan orang. Mereka semua ini adalah bekas tentera, tentera upahan dan polis yang terlatih.
Tempat persembunyian Rayyan ini adalah sebuah gereja yang agak usang yang sudah tidak digunakan lagi.
"Cantiknya kau nyah... Kalau malam pertama kau nanti mesti laki kau takkan puas dengan kau..." Mulalah dah si mak nyah ni nak mengarut.
Gila ke apa aku nak bermalam pertama dengan si psiko tu. Buatnya aku mati masa malam pertama tu, tak ke naya aje!
Tiba - tiba pintu dikuak dari luar. Muncul wajah Rayyan yang segak berpakaian berserta kot hitam dibalik pintu. Muka dah hensem tapi sayang seorang psiko!
"Dah siap ke belum?" Tanya Rayyan sambil mendekati Amelya yang sedang duduk menghadap cermin.
"Wow... You're so beautiful dear...." Puji Rayyan bersama senyuman psikonya. Bahu Amelya yang terdedah di usap perlahan. Memang bulu roma Amelya dengan perbuatan Rayyan itu.
"Aku jamin bila kau jadi isteri aku yang sah nanti... Aku akan bahagiakan kau dear..." Bisik Rayyan rapat ke telinga Amelya. Dan ayat Rayyan itu membuatkan Amelya ingin muntah hijau di situ.
Isteri yang sah? Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau, setan?
Mak nyah berdehem.
" Bos... Waktu dah tiba... " Beritahu mak nyah.
Rayyan menegak tubuhnya kembali. Dia menghulurkan tangannya ke arah Amelya.
"Jom dear..." Ajak Rayyan. Mulanya Amelya tidak mahu tetapi bila melihat pandangan maut dari Rayyan terpaksa juga dia mengikut rentak si psiko itu. Tangan si psiko itu di sambut. Tersenyum sungging Rayyan bila melihat hulurannya disambut. Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.
Amelya berharap ada keajaiban untuk menghalang pernikahan ini.
Macam mana jadi tak si psiko Rayyan kahwin dengan Amelya?
Share this novel