SPECIAL BAB

Mystery Completed 23452

SEMPADAN MALAYSIA - INDONESIA

SUATU TEMPAT YANG TERPENCIL...

"Lau Pan... Barang yang Lau Pan suruh orang saya cari tu dah sampai..." Salah satu anak buah dari lelaki yang bernama Lau Pan bersuara lalu menyerahkan sampul besar berwarna coklat di hadapan lelaki ini. Di belakangnya kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam. Mungkin itu adalah orang upahan dari salah seorang anak buah Lau Pan ini.

Lau Pan memandang sekilas ke arah sampul besar itu. Dia masih asyik dengan hisapan cerut yang terkepit dicelahan bibirnya. Menderu asap cerut keluar dari celaan bibir serta lubang hidungnya.

"Semua benda yang aku suruh kau cari ada dalam ni?" Suara garau Lau Pan menyapa gegendang telinga anak buah Lau Pan serta orang upahan.

Mereka berdua mengangguk.

Setelah cerut habis dihisap, barulah tangannya mencapai sampul besar itu. Ikatan pada belakang sampul dibuka. Tangannya menyeluk ke dalam sampul setelah ikatan dibuka.

Beberapa keping gambar berada di tangannya kini. Dia menilik satu persatu gambar yang berada di hadapannya kini. Hinggalah matanya hinggap pada gambar seseorang yang berada di kelompok anggota tentera itu.

Jumpa pun kau... Bertahun - tahun aku cari kau... Akhirnya...

Lau Pan tersenyum sinis. Kali ini kau tak boleh lepas dari aku. Termasuk orang - orang di sekeliling kau!

Gambar itu diletakkan semula di atas meja. Sepucuk pistol dikeluarkan dari laci meja.

Muncung pistol itu di halakan ke arah orang upahan dan...

Panggg!!!

Pistol itu memuntahkan pelurunya lalu tepat mengenai dahi orang upahan itu. Terus orang upahan itu terlentang jatuh kebelakang.

Dia mati serta - merta di situ. Tanpa imbuhan yang dijanjikan. Hanya indah khabar dari rupa!

Anak buahnya yang mengupah orang upahan ini hanya mampu mendiam diri sahaja.

"Khidmat kau sebagai orang upahan tamat di sini sahaja..." Ujar Lau Pan tanpa rasa bersalah. Pistol kembali di simpan pada tempat asal.

"Hapuskan 'benda' ni..." Arah Lau Pan. Mayat orang upahan itu dilangkah lalu terus keluar dari tempat tersebut. Orang - orang bawahannya mengangguk sahaja. Pantas mereka membuat kerja.

Gambar - gambar yang berada di atas meja langsung tidak diusik. Kerana mereka hanya melakukan kerja yang disuruh sahaja.

Nampaknya, kali ini mereka yang berada di gambar tersebut harus berjuang sekali lagi kerana musuh yang mencari mereka ini bukan musuh sembarangan.

Ini kerana ia berkaitan dengan salah seorang daripada mereka. Kesetiaan, semangat setia kawan, pekerjaan dan keluarga akan terbongkar satu persatu di sini. Dan salah satu dari mereka harus berkorban.

Dan salah satu dari mereka harus menerima hakikat siapa Lau Pan sebenarnya...

Dia Amelya 2 : akan di tulis tidak lama lagi... Terima kasih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience