Completed
23452
MEREKA BERDUA DALAM PERJALANAN pulang ke banglo. Indra sudah pulang bersama Law tadi.
"Kita nak ke mana ni?" Soal Amelya bila Billy membelok ke arah jalan lain bukannya ke arah jalan menuju ke rumah.
"Adalah..." Jawab Billy bersama kenyitan matanya.
Tersipu malu Amelya dibuatnya. Nak menggoda ke apa di si Billy ni?
Mereka sampai di sebuah kawasan yang berbukit yang terletak di pinggir bandar.
"Wah... Cantiknya..." Ujar Amelya dengan rasa teruja. Pemandangan bandaraya yang terletak di bawah bukit itu benar-benar memukau.
"Cantikkan..." Billy berkata lalu bersandar di kereta berdekatan dengan Amelya.
" Cantiknya... Macam mana abang jumpa kawasan berbukit ni?" Tanya Amelya. Dia juga turut bersandar pada kereta.
"Lama dah abang jumpa tempat ni... Masa awal - awal abang masuk tentera dulu..." Billy bercerita.
Amelya hanya mengangguk sahaja. Dia ralit memerhati ke sekeliling dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Melihat Amelya sedang ralit, Billy mengeluarkan sekotak baldu merah dari poketnya. Serta - merta dia melutut di hadapan Amelya. Terkejut Amelya dengan perbuatan Billy itu.
" Eh... Abang Billy! Abang buat apa ni? Bangunlah..." Ujar Amelya dengan cemas. Dia cuba menarik tubuh lelaki itu bangun dari melututnya tetapi Billy sengaja mengeraskan tubuhnya.
"Amelya Steven Yap..." Seru Billy. Terhenti tingkah Amelya seketika bila pertama kali Billy menyebut nama penuhnya.
"Boleh tak sayang jadi pemaisuri hati abang yang sah?" Lamar Billy. Kotak baldu merah dibuka lalu disua ke arah Amelya. Terkejut Amelya dengan lamaran Billy itu.
Apa? Billy lamar dia? Adakah ini mimpi?
Hatinya sudah berdegup tidak tentu arah. Dia kaget seketika. Otaknya masih belum menghadam sepenuhnya.
"Kenapa Amel diam? Amel tak sudi ke?" Tanya Billy bila melihat Amelya mendiamkan diri.
"Saya..." Tergagap bersuara. Dia tidak tahu bagaimana hendak bersuara.
Please Amelya... Jangan tolak... Please...
"Saya... Amel..." Amelya masih lagi tersasul. Billy pula menunggu penuh sabar.
"Amel terima..." Akhirnya Amelya memberi jawapan.
Fuh! Billy tarik nafas lega. Spontan tubuh kecil Amelya dicempung mengelilingi keretanya. Terjerit kecil gadis itu dengan kelakuan Billy yang persis kanak - kanak mendapat jajan!
"Abang... Turunkan Amel..." Jerit Amelya bila lelaki itu sengaja membawa tubuhnya berlari mengelilingi kereta. Dia merasa gayat bila dicempung begitu. Terasa dirinya berada di awang-awangan.
Setelah puas berlari mengelilingi kereta, barulah Billy meletakkan kembali tubuh Amelya ke tanah semula.
"Abang jahat!" Marah Amelya. Dada bidang lelaki itu ditumbuk perlahan. Billy hanya tersengih kambing sahaja. Tak sakit pun dengan tumbukan Amelya itu.
Jari jemari runcing Amelya dicapai lalu sebentuk cincin bertatahkan sebutir berlian disarungkan ke jari manis Amelya.
"I Love You Amelya..." Ucap Billy tulus. Ubun - ubun kepala Amelya dicium dengan penuh kasih sayang.
"Do you love me, Amel?" Tanya Billy. Matanya memandang ke arah mata Amelya. Amelya hanya memberi senyuman sahaja. Langsung tidak menjawab.
Billy merasa sedikit terkilan tetapi dia sabar menanti. Menanti tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Amelya.
Akan ada masanya nanti. Cuma perlukan kesabaran sahaja kini.
Tubuh Amelya dipeluk dari belakang sambil menikmati pemandangan indah dari kawasan berbukit ini.
Abang tunggu ucapan sayang...
Share this novel