Completed
23452
AMELYA MERASA PELIK sebaik sahaja sampai di rumah. Kelihatan beberapa buah kereta pacuan empat roda berada di hadapan banglo milik Encik Zenrith Zen.
"Babah... Kenapa banyak kereta depan rumah ni? Babah dan mama ada buat party ke?" Soal Amelya kepada Encik sebaik sahaja mereka memarkir kereta di tempat letak kereta.
"Takde... Mana ada babah dengan mama buat party... Cuma ada orang nak jumpa Amel..." Ujar Encik Zenrith Zen. Mereka berdua keluar dari perut kereta.
"Siapa orang nak jumpa Amel tu babah?"
"Alah... Nanti Amel tahulah siapa... Jom masuk..." Lalu tangan gadis itu ditarik menuju pintu utama rumah.
"Hah... Tu pun diorang..." Puan Meila bersuara dari dapur. Dia sedang menatang dulang bersama jag berisi air oren beberapa biji cawan menuju ke arah ruang tamu. Dibelakang Puan Meila, Billy muncul membawa beberapa buah pinggan berisi kuih yang dibuat oleh Puan Meila.
Amelya berada di sisi Encik Zenrith Zen terkejut bila melihat beberapa orang lelaki sedang duduk di ruang tamu termasuk Tuan Ismail.
"Eh... Rith... Amelya..." Sapa Tuan Ismail. Amelya hanya menunduk tanda hormat. 3 orang lelaki yang berada disitu termasuk Indra pun di tunduk hormat.
"Hei Mail... Lama dah tak kau..." Ujar Encik Zenrith Zen lalu kedua-dua lelaki itu berpeluk. Dia dibiarkan seketika.
"Amel... Mari duduk sini..." Ajak Puan Meila sambil menepuk tempat duduk disebelahnya. Dahlah sebelah tempat duduk tu ada si mamat singa duduk. Eeei... Tak nak aku nak duduknya! Kang tak pasal - pasal kena ngap dengan mamat singa tu! Terus jadi arwah aku!
" Mama... Amel naik atas dulu... Nak mandi... Badan melekit ni..." Amelya memberi alasan.
"Yalah... Pergilah mandi dulu... Lepas tu turun semula ok..."
Amelya hanya mengangguk sahaja. Kemudian dia meminta izin kepada kedua-dua lelaki yang sedang rancak berbual itu. Kena minta izin juga. Nanti tak naklah dicop sebagai gadis kurang ajar pulak! Lebih - lebih mata si mamat dingin asyik dok pandang dia aje dari tadi. Nak cari salah si Amelya lah tu! Kedua - dua itu hanya mengangguk sahaja memberi izin.
Ketika dia melintasi tempat duduk Billy,sempat lagi Amelya menangkap sindiran Billy pada dirinya.
"Patutlah dekat sini ada bau... Rupanya ada kambing tak mandi lagi..."
Eeiii! Dia ni kan! Kalau satu hari tak kenakan aku tak sah!
Dia kenangkan ada orang ramai aje ni... Kalau tak dah lama mulut si Billy dia tonyoh pakai berus dawai! Sakit betul hati!
Bergegas Amelya menaiki tangga menuju ke tingkat.
Puan Meila menjegilkan matanya pada Billy dengan isyarat memberi amaran jangan nak cari pasal dengan Amelya sekarang. Billy yang tahu akan amaran mamanya hanya buat muka tak bersalahnya sahaja.
TERKEDU AMELYA bila Tuan Ismail mahu mengambil keterangan darinya sekarang. Patutlah ramai - ramai datang ke sini. Rupanya nak ambil keterangan dari dirinya.
"Tapi nak ambik keterangan dari saya keterangan apa? Saya tak faham..." Soal Amelya. Wajahnya keliru serta bingung. Apa salah dia sampai nak ambil keterangan bagai?
"Amel... Babah harap Amel terima dengan hati yang terbuka ya apa yang kami bagitau nanti..." Dengan penuh berhati-hati Encik Zenrith Zen berkata. Dia tidak mahu emosi gadis itu terganggu lagi. Silap langkah, Amelya akan menjadi seperti Amelya yang dahulu. Yang suka duduk melutut di dalam kegelapan apabila emosinya terganggu.
" Bagitau apa ni? Amel tak fahamlah... Cuba bagitau Amel... Apa yang sebenarnya terjadi..." Desak Amelya tidak sabar.
"Ok... Calm down Amelya... Sebenarnya nyawa Amelya berada dalam keadaan bahaya sekarang..." Satu persatu Tuan Ismail menjelaskan.
Dan seperti yang yang dijangka, Amelya terkejut dengan penjelasan Tuan Ismail itu.
"Nyawa saya dalam bahaya? Apa yang saya buat sampai nyawa saya dalam bahaya? Tolonglah bagitau..." Nada suara Amelya berubah menjadi serak. Menahan tangis mungkin.
"Nyawa kamu dalam bahaya sekarang sebab arwah papa kamu, Inspektor Steven Yap menyembunyikan bukti pada kamu..."
Bukti? Bukti apa pulak ni? Tak faham langsung lah!
"Bukti? Bukti apa yang arwah papa sembunyikan pada saya?" Orang soal dia, dia soal balik orang!
"Kamu ingat peristiwa papa dengan kakak kamu dibunuh 3 tahun lepas?" Tuan Ismail sudah mula bermain dengan psikologi gadis ini.
Membungkam Amelya bila Tuan Ismail menyebut tentang peristiwa silam itu.
"Kamu ingat apa yang terjadi dekat diorang?" Soal Tuan Ismail dengan semakin berani. Puan Meila disebelah sudah tidak senang hati. Tetapi di sabarkan oleh suaminya.
"Saya tak ingat..." Jawab Amelya. Badannya sudah menggigil menahan rasa. Emosinya sudah tidak stabil.
"Kamu ingat tetapi sengaja kamu buat-buat tak ingat..." Makin berani Tuan Ismail memprovok emosi gadis.
Dan akhirnya gadis itu melepaskan emosinya.
"Ya aku ingat... Dia tampar kakak aku, dia sepak papa aku... Dia pukul aku... Puas hati kau?" Marah Amelya dengan matanya merah menyala menahan tangis.
"Korang tak tahu apa yang aku rasa... Cuba bayangkan kalau kakak atau adik korang kena rogol depan mata? Apa yang korang rasa? Sakitkan?" Luah Amelya dengan penuh emosi. Kenangan silam kembali menjengah ke kotak fikiran. Lelaki yang memakai mask kembali menghantui dirinya.
"Kakak aku kena rogol depan mata aku, kena bunuh depan mata aku... Aku tak dapat selamatkan... Papa aku kena pukul dengan besi, kena tikam... Aku tak dapat selamatkan... Aku... Hanya anak tak berguna yang hanya mampu pandang 2 ahli keluarga aku mati depan mata aku... Dan korang tau tak yang jadi dekat aku malam tu?"
Pipi Amelya sudah lencun dengan air mata. Puan Meila disebelah sudah tidak menahan kesedihan. Itulah pertama kali Amelya meluahkan segalanya sejak peristiwa hitam itu terjadi 3 tahun lepas.
Amelya menyambung kembali.
"Lelaki jahanam itu heret aku sampai bilik mandi... Air pancuran dia bukak... Dia rendam kepala aku dalam bathtub... Aku rasa hampir lemas masa tu... Dia bukak tali pinggang... Dia libas tali pinggang dekat belakang badan aku... Bukan sekali tapi berkali - kali... Dia cakap dia akan datang balik dekat aku... Sebab aku milik dia... Bukan milik orang lain... Hanya dia yang boleh sentuh aku... Aku benci semua ni!! Aku benci dia... Sampai mati pun aku tak maafkan dia!!! " Amelya kembali agresif lalu berlari laju menuju ke tingkat atas lalu pintu biliknya dihempas kuat.
" Amelya!! "Panggil Billy lalu dia pun sekali berlari menuju ke tingkat atas. Dia takut terjadi sesuatu pada gadis seperti kejadian lepas.
Amelya sudah menjadi seperti Amelya yang dulu. Duduk melutut didalam gelap. Pintu bilik dibuka dari luar. Muncul kelibat dari luar pintu itu.
"Jangan ganggu aku... Kau nak apa lagi? Aku bukan milik kau... Tolong lepaskan aku..." Amelya pada kelibat itu. Kelibat itu mencangkung dihadapannya. Dan kelibat itu adalah Billy bukannya lelaki yang disangka oleh Amelya tadi.
"Amel... Ni aku Billy... Aku bukan dia... Aku Billy..." Ujar Billy berhati - hati.
"Bil.. Billy?" Soal Amelya dengan nada tersekat. Billy membawa tangan Amelya kewajahnya.
"Ya... Aku Billy Amel.... Aku Billy..."
Bila menyedari orang yang berada dihadapannya kini ada Billy, terus tubuh lelaki itu dipeluk erat. Hampir terdorong Billy kebelakang akibat dari tujahan Amelya itu.
"Billy... Tolong aku... Aku tak nak jadi mangsa dia... Kau dah cukup terseksa dengan semua ni... Tolong aku..." Tangis Amelya dalam dakapan Billy.
"Ya... Amel... Aku akan selalu ada dengan kau..."
'sebab aku dah berjanji dengan Uncle Steven untuk jaga dan lindung kau untuk selamanya...' sambung Billy di dalam hati.
"Amelya... Pandang aku..." Muka Amelya ditarik menghadap mukanya.
"Kau kena kuat Amel... Dan sekarang kau harus bagitau dekat orang di bawah apa yang kau ingat sebelum hari kejadian tu..." Ujar Billy. Muka Amelya berubah bila Billy cuba memaksanya.
"Amelya... Look at me... Aku janji aku akan sentiasa ada dengan kau... Tak kira apa pun terjadi..." Tanpa sedar, Billy sudah mengikat janji bersama Amelya.
"Janji dengan aku?" Wajah Amelya penuh mengharap.
"Ya... Aku janji..."
"Jom... Ikut aku... Jangan risau... Aku akan selalu ada dekat dengan kau..." Billy cuba untuk meniupkan semangat pada Amelya. Perlahan - lahan Billy memimpin tangan Amelya keluar dari bilik itu lalu turun ke tingkat bawah. Mereka di bawah yang sedang duduk mendiamkan diri terkejut apabila Amelya bersuara dari belakang. Gadis itu kembali turun ke bawah semula. Tetapi kali ini dengan lebih yakin lagi.
" Uncle Mail... Saya akan bagitau semuanya..."
Semua di situ terkejut dengan kenyataan Amelya itu. Dengan berbekalkan semangat yang diberikan oleh Billy tadi, akhirnya Amelya menceritakan segala-galanya. Segala - laganya bermula sebelum kejadian hitam itu terjadi.
Maaf kalau bab ni ada hambar sedikit... Sis minta maaf...
Share this novel