Completed
23452
ENCIK ZENRITH ZEN memberitahu yang dia akan bermalam di hospital. Jadi tinggallah Billy dengan Amelya berdua di dalam banglo itu.
Berbagai macam nasihat diberi oleh Encik Zenrith Zen kepada anak lelakinya. Dan seperti biasa Billy hanya mendiamkan diri sahaja. Karang kalau menyampuk, berjela lagi nasihat babahnya.
Malam itu hujan terlalu lebat. Pancaran kilat serta dentuman pintu jendela yang tak ditutup mengejutkan Amelya yang ketika itu sedang menyiapkan tugasan.
"Buat aku terkejut aje tingkap ni..." Bebel Amelya sendirian. Dada diurut perlahan. Laptop ditutup. Dia bangun menuju ke arah jendela lalu pintu jendela yang terbuka ditarik.
Tiba-tiba pergerakannya terhenti bila melihat kelibat seseorang di luar sedang berdiri dalam hujan. Kelibat itu memakai hoodie berwarna hitam dan sedang merenung ke arahnya.
Berdegup laju jantung Amelya bila melihat kelibat itu.
Dia lagi?
Amelya tidak jadi mahu menutup pintu jendela. Dia bergegas keluar dari bilik dan mencari kelibat Billy di bilik lelaki itu. Pintu bilik lelaki itu dibuka. Billy tiada dalam di dalam bilik. Dia terus turun ke tingkat bawah. Lelaki itu tiada di ruang tamu. Dia mencari di ruang dapur. Pun tiada.
Mana pulak si Billy pergi ni!
Amelya tidak menyedari bahawa kelibat itu sudah berada di belakangnya.
Mulut Amelya pantas ditekup dari belakang. Amelya tersentak dan dia meronta - ronta mahu melepaskan diri. Sekilas dia memandang. Kelibat yang memakai hoodie tadi!
"Hello dear... Miss me?" Meremang bulu roma bila suara garau itu bergema.
"Kau tak rindu aku ke Amelya?" Soal suara garau itu lagi. Peluh dingin sudah membasahi dahinya. Ya... Dia lagi! Lelaki yang telah membunuh keluarganya 3 tahun lepas telah kembali semula.
Badan Amelya sudah menggigil menahan ketakutan. Ya Tuhan... Mana perginya Billy! Billy... Tolong selamatkan saya! Rintih Amelya di dalam hati.
"Kau semakin cantik Amelya..." Rambut serta leher gadis itu di cium penuh nafsu walaupun mulutnya memakai mask. Amelya menangis dengan perbuatan lelaki itu pada dirinya. Dia merasa geli dan jijik dengan perlakuan lelaki itu.
Imbasan bayangan silam kembali menerjah fikirannya. Lelaki ini memperlakukan dirinya sekarang sama seperti dahulu.
Dia meronta - ronta lagi.
"Kau diam Amelya kalau kau nak orang yang rapat dengan kau selamat..." Ugut lelaki itu bila melihat Amelya meronta - ronta.
Mana awak Billy! Tolong selamatkan saya!
Bila tangan lelaki jahanam itu meliar ke arah yang tak sepatutnya, serta merta dia menggigit tangan lelaki yang memakai sarung tangan itu. Menjerit lelaki itu bila tangannya tiba - tiba di gigit oleh gadis itu. Tekupannya pada gadis itu terlepas.
Sebaik sahaja melihat lelaki itu menjauhi dirinya sedikit, terus Amelya menjerit nama Billy.
"Billy!!! Tolong saya!!!"
Serentak itu juga satu tamparan hinggap pada wajah Amelya sehinggakan gadis itu tersungkur dan dahi gadis itu mengenai bucu meja makan. Tangannya secara tidak sengaja tertarik sekali kerusi sehingga kerusi itu turut jatuh ke lantai.
"Kurang ajar kau Amelya... Aku dah cakap tadi... Jangan lawan cakap aku... Sekarang terima akibatnya..." Lelaki mendekati Amelya dan serta - merta baju gadis itu dikoyak. Amelya ingin menjerit tapi satu tamparan hinggap lagi pada pipinya.
Melihat Amelya sudah lemah, dia terus mahu membuka tali pinggangnya. Belum sempat dia membuka, belakang tubuhnya dihentam dan dia terpelanting ke tepi.
Dia mendesis kesakitan akibat hentaman itu.
"Binatang!!!" Sumpah Billy lalu menerkam ke arah lelaki itu. Mereka bergelut di sekitar ruang makan.
Ketangkasan kedua - duanya terserlah disitu. Mereka terpelanting apabila kedua - dua menghentam antara satu sama lain. Billy tersungkur di tepi Amelya manakala lelaki itu tersungkur ke arah meja makan. Lelaki itu tiba - tiba mengeluarkan pisau lipatnya.
Dia menghunus pisau ke arah Billy. Lelaki itu mengelak tetapi pisau itu berjaya melukai lengannya.
Billy mendesis bila mata pisau mengenai lengannya.
Lelaki itu ketawa sinis disebalik mask yang dipakai.
"Itu saja ke yang mampu kau buat Billy?" Ejek lelaki berhoodie itu. Billy terkejut bila lelaki itu menyebut namanya. Dari mana lelaki ini tahu namanya?
"Kau siapa hah?" Tanya Billy. Lelaki yang memakai mask itu di pandang tajam. Mata lelaki itu seperti pernah dilihat sebelum ini.
Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
"Kau..."
Belum sempat Billy menyudahkan ayatnya, lelaki itu kembali menyerang Billy. Billy mengelak dan tangan lelaki itu dicekup lalu di pulas kebelakang. Mata pisau mengenai perut lelaki itu. Menjerit lelaki itu bila mata pisau mengenai perutnya. Serta - merta Billy ditendangnya. Billy yang tak bersedia dengan tendangan lelaki itu terus terpelanting dan belakang kepalanya terhentak pada kaki kerusi.
Melihat Billy sudah terlentang, kesempatan itu diambil oleh lelaki itu untuk melarikan diri. Perutnya yang berdarah ditekup dengan tangan.
"Kau jangan lari..." Jerit Billy. Dia ingin mengejar langkah lelaki itu tetapi belakang kepalanya yang terasa sakit mematikan niatnya.
Dia teringat sesuatu. Amelya!
Bergegas dia bangun walaupun dalam keadaan sakit. Dia mencari tubuh Amelya di dapur. Amelya sudah terlentang tidak sedarkan diri dengan separuh tubuhnya dalam keadaan telanjang. Billy membuka T - shirtnya lalu di sarung ke tubuh Amelya yang terdedah. Tubuh sasanya dibiarkan tidak berbaju. Kepala Amelya di pangku.
Handphone dalam poket dicapai. Nombor telefon Indra di dail. Deringan telefon di talian sebelah kedengaran. Sebentar kemudian, kedengaran suara garau Indra menjawab.
"Halo..."
" Halo Indra... Kau datang rumah aku sekarang... Aku dengan Amelya kena serang..."
"Apa? Kena serang?"
Share this novel