Part 2

Mystery Completed 23452

SELESAI MENGHADIRI MESYUARAT, Rayyan terus pulang ke villa mewahnya.

Sekarang dia sedang berendam di dalam bathtub. Terasa segar tubuhnya bila berendam di dalam air. Bila terasa puas, dia bangun dari bathtub dan menampakkan tatu bercorak harimau di belakang badannya.

Dia menyarung seluar jeans warna hitam. Tubuhnya yang sasa dibiarkan terdedah. Pintu bilik tidurnya diketuk dari luar. Dia memberi isyarat masuk. Masuk seorang lelaki berkot hitam yang diyakini pengawal peribadi ke dalam bilik tidur mewah itu.

"Bos.. Saya ada sesuatu nak bagi dekat bos..." Lelaki berkot hitam itu bersuara.

"Apa bendanya?" Rayyan bertanya. Kotak rokok jenama mahal dibuka. Sebatang rokok dikeluar lalu di kepit pada bibirnya. Lighter dipasang serta merta api pada batang rokok itu menyala.

Lelaki berkot hitam itu menghulur sampul surat berwarna coklat dihadapan Rayyan. Rayyan mengambil sampul surat itu dari tangan lelaki berkot hitam itu.

"Kau boleh pergi sekarang..." Arahnya. Lelaki berkot hitam itu mengangguk lalu keluar dari bilik mewah bosnya.

Rayyan membuka sampul surat itu. Dia menyedut dalam rokok itu. Berkepul - kepul asap keluar dari celah bibir dang hidungnya. Selebihnya, dia menghancurkan sisanya pada tempat abu rokok yang terdapat di biliknya.

Dia menarik satu kertas yang mengandungi wajah seseorang yang dia cari selama ini. Wajah Amelya!

Ya... Sekarang dia tahu keberadaan gadis itu. Kesemua maklumat gadis itu sudah berada di tangannya.

Bukti itu no 2. Yang paling penting, gadis ini harus menjadi miliknya kerana dia sudah lama tertarik dengan gadis sejak kali pertama melihat gadis ini dahulu.

Kau tak boleh lari dari aku lagi Amelya! Kau akan jadi milik aku!

Dia Amelya... Seindah bidadari... Kau yang ku cintai...

Seram kan dengan watak Rayyan... Macam psiko pun ada...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience