Completed
23452
HARI INI ADALAH HARI terakhir Billy bercuti. Dan hari ini dia akan kembali semula ke kem tentera. Sebenarnya dia amat berat hati meninggalkan Puan Meila menjaga Amelya dengan emosi gadis itu masih kurang stabil. Memang ada Encik Zenrith Zen untuk sama menjaga tetapi bila babahnya ada urusan kerja di luar, babahnya kadang - kadang tidak pulang ke rumah. 2 - 3 hari jugak baru muka babah muncul di rumah.
Teringin dia ingin mengambil cuti lagi tetapi apakan daya. Dia akan menyertai operasi dalam masa 3 hari lagi memandangkan dia adalah ketua pasukan.
"Mama... Macam mana keadaan dia?" Tanya Billy bila perasan akan kelibat mamanya turun dari tingkat atas.
"Amel dah semakin ok... Don't worry..." Jawab Puan Meila lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
Billy hanya mengangguk sahaja. Dia bertanya bukan apa. Walaupun kadang kala dia dingin, kerek dan selalu menyakitkan hati gadis itu tetapi jauh di sudut hati dia amat kasihan dengan gadis itu. Rupanya gadis itu lagi masih trauma dengan kejadian 3 tahun lepas. Patutlah selama 3 tahun ini, gadis itu hanya dekat dengan dia, Encik Zenrith Zen serta Indra, sahabat Billy.
Selama ini, belum pernah dia melihat gadis itu rapat dengan mana-mana lelaki. Kawan perempuan tu tak usah cakaplah. Ramai.
"Pukul berapa kamu bertolak balik kem ni?" Soal Puan Meila bila melihat anaknya masih lagi duduk santai diatas sofa.
"Kejap lagi Bill bertolak balik... Tunggu babah balik dulu..." Jawab Billy. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu di komputer riba.
"Hmm... Yelah... Mama nak ke dapur dulu... Nak masak sarapan..." Billy hanya mengangguk sahaja. Puan Meila bangun lalu berlenggang menuju ke dapur.
MENU SARAPAN PAGI ITU adalah mihun goreng, ayam goreng serta sambal tumis udang. Encik Zenrith Zen baru balik dari luar turut menyertai ahli keluarganya di meja makan.
" Abang dan Billy makan dulu... Meila nak naik atas kejap... Nak hantar makanan dekat Amel..." Ujar Puan Meila. Tangannya bersedia mengangkat dulang berisi makanan itu. Belum sempat dia mengangkat dulang itu, Billy pantas mengangkat dulang tersebut dari tangan mamanya.
" Takpe ma... Biar Billy aje bawak ke atas... Mama teman babah sarapan... " Belum sempat Puan Meila bersuara, Billy sudah membawa lari dulang itu lalu bergegas menaiki anak tangga.
"Nanti kamu lambat balik kem pulak Billy..." Puan Meila bersuara.
"Alah... Balik kem tengahari nanti... Bukannya sekarang..." Sempat lagi dia menjawab sebelum menghilang di tingkat atas.
Menggeleng kepala Puan Meila dengan sikap anaknya. Jangan bergusti dengan Amelya nanti sudahlah! Dia berlalu ke ruang makan dan menyertai suaminya.
Billy mengetuk pintu dulu sebelum masuk. Bilik anak dara orang ni! Jangan di buat main! Karang tak pasal kena sebijik dengan babah dan mamanya! Haru nanti jadinya!
"Amel... Aku masuk ni..." Billy meminta izin dari Amelya. Pintu bilik dibuka perlahan dari luar. Terlihat sekujur tubuh milik Amelya sedang berbaring mengiring menghadap jendela. Suka sangat gadis itu memandang jendela. Apa yang dia suka pandang tu pun Billy tak tahu.
" Ni aku ada bawa makanan untuk kau..." Dulang berisi sepinggan mihun goreng bersama seketul ayam goreng di letakkan diatas meja sebelah.
Gadis itu bangun perlahan - lahan dari pembaringannya lalu menyandar pada kepala katil.
"Sini aku suapkan..."
Terkejut Amelya bila tiba - tiba Billy mahu menyuapnya makanan. Dah kenapa mamat dingin ni baik hati sangat hari ni?
"Tak payah buat muka terkejut sangatlah... Aku baik hati dengan kau hari ni pun sebab kau sakit... Kalau kau tak sakit... Takde maknanya aku nak suap kau..." Hah! Mulalah tu nak cari pasal!
Eleh! Padahal dia yang paling risau bila dapat tahu yang Amelya di masukkan ke zon kecemasan sebab demam panasnya terlalu tinggi. Sekarang nak ego pulak... Ceh!
"Bukak mulut kau luas-luas. Aku nak suap kau makan pun senang..." Ada saja lelaki ni mahu kenakan Amelya. Amelya hanya menurut sahaja. Malas mahu melawan. Padahal dia boleh aje makan sendiri. Tapi bila dah kena jeling tajam dengan abang askar, terpaksalah ikut. Mulut kecilnya dibuka. Pantas Billy menyuap mihun ke dalam mulut Amelya.
"Kau dah mandikan?" Soal Billy. Tangannya sibuk menyuap mihun ke dalam mulut Amelya. Amelya hanya mengangguk sahaja. Mahu menjawab, mulut penuh dengan mihun.
"Lepas makan... Kau makan ubat... Lepas tu rehat... Dan tolong jaga kesihatan... Jangan nak ingat benda yang lepas..." Amelya hanya menadah sahaja telinga mendengar nasihat dari Billy. Malas nak layan.
Amelya sudah siap makan. Bila gadis itu siap makan, dihulur ubat untuk dimakan oleh gadis itu.
" Aku nak tengok kau makan ubat depan aku... Kau ni bukan boleh percaya sangat... Entah -entah nanti bila aku keluar kau buang pulak ubat tu..." Eh mamat dingin ni! Ada pulak cakap kat aku macam tu?
"Amel taulah... Takkan Amel nak buat macam tu pulak..." Jawab Amelya perlahan. Tetapi masih lagi di dengar oleh Billy.
"Menjawab aje kerja kau... Aku jahit mulut tu karang baru tau..." Hish! Mamat dingin ni! Ada saja tak kena!
"Lagi satu..." Apa pulak lagi ni?
"Kau bila aku takde dekat rumah ni, kau jangan buat hal... Kalau aku tau kau buat hal... Siap kau aku kenakan..." Serentak itu dahi Amelya ditujal.
"Aduh! Sakitlah!" Mengaduh Amelya bila Billy menujal dahinya. Matanya menjeling ke arah Billy. Ada ke patut dahi aku ditujalnya sesuka hati? Menyakitkan hati betul! Rungut Amelya sambil menggosok dahinya.
"Dah... Aku nak balik kem hari ni... Jumpa lagi sebulan..." Ujar Billy lalu membawa dulang itu keluar dari bilik Amelya. Sengaja dia mahu memberitahu gadis itu. Bukan ada apa pun.
Sebelum keluar, sempat lagi lagi berpesan.
"Kau jangan lupa apa yang aku pesan tadi..." Aduh! Tak habis lagi dengan warning dia!
"Ya... Amel tau..."
"Macam tulah Amel yang aku kenal..." Ujar Billy bersama senyuman segarit. Tapi cuma hanya seketika. Dia berlalu keluar dari bilik Amelya kerana waktu untuk kembali ke kem semakin hampir.
Amelya memandang kelibat Billy yang sudah menghilang itu dengan pandangan pelik.
Dah kenapa mamat dingin boleh jadi baik hari ni? Kena sampuk ke apa? Atau ada wajar terputus di kepalanya? Pelik aku!
Dari memikirkan si mamat dingin tu, baik dia rehatkan diri. Selimut di tarik menutupi dadanya. Tidur lagi bagus!
Share this novel