Completed
23452
KENAPA RAYYAN BOLEH terpikat kepada Amelya?
Dia terpikat pada gadis itu sejak dia mencari tahu tentang keberadaan ahli keluarga Mr. Steven yang lain. Walaupun gadis itu merupakan anak kepada musuh abangnya.
Perwatakan bersahaja gadis itu memikat hatinya. Hanya Amelya sahaja yang tidak tahu akan isi hatinya pada gadis itu.
Setiap gadis itu pulang sekolah, dia akan mengintip pergerakan gadis itu. Segala - gala tentang gadis itu berada dalam poket seluarnya. Kemana sahaja gadis itu pergi, akan ada dia mengikuti dari belakang.
Tapi lama kelamaan, gadis itu menyedari yang ada mengikutinya. Sehinggalah satu hari, dia mula perasan Mr. Steven mengambil alih menjemput anaknya dari sekolah. Dan pengintipannya itu telah diketahui oleh lelaki itu.
SEKARANG DIA berada di hadapan universiti Amelya. Sengaja dia datang ke universiti Amelya kerana ingin bersua muka dengan gadis kesayangannya itu.
Hampir 20 minit dia menunggu, akhirnya kelibat Amelya bersama Ira keluar dari dari kawasan universiti. Setelah berpamitan dengan Ira, Amelya menunggu seseorang untuk menjemput dirinya.
Dia pantas mendekati gadis itu.
"Halo miss..." Rayyan sengaja menyapa Amelya.
Amelya pantas berpaling bila menyedari ada seseorang menyapanya.
Dia memandang wajah lelaki tinggi di hadapannya. Macam kenal!
"Saya penceramah yang terlanggar miss tempoh hari..." Rayyan memberitahu supaya gadis itu mengingati kejadian tempoh hari.
"Ooo..." Itu saja yang dijawab Amelya. Tak tahu nak jawab apa dengan orang yang baru dia kenal.
"Hari tu kita tak sempat berkenalan... I'm Rayyan Lee... And you..." Rayyan memperkenalkan diri. Tangan di angkat lalu di sua ke arah gadis itu.
"Saya Amelya..." Amelya menjawab. Tangan lelaki itu di pandang sepi. Dia tidak betah bersama orang yang baru dikenali.
"Ooo... Ok..." Jawab Rayyan. Tangan di turunkan semula. Dia malu sendiri.
"You tunggu siapa? Boleh I hantarkan..." Soal Rayyan cuba memancing bicara gadis itu.
"Tak payah Encik Rayyan susahkan diri... Saya boleh balik sendiri... Lagipun saya baru kenal encik kan... Saya tak tahu niat encik apa..." Fuh! Straight to the point Amelya berkata. Membuatkan Rayyan tercengang di situ.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan mereka berdua. Keluar Billy dari kenderaannya lalu pantas mendekati Amelya.
Cepat - cepat Billy keluar dari kereta bila menyedari ada lelaki asing bersama Amelya.
"Siapa ni Amel?" Tanya Billy. Wajah lelaki asing itu dipandang tajam. Tak pernah di lihat wajah lelaki itu.
Belum sempat Amelya menjawab, lelaki itu bersuara.
"I 'm Rayyan Lee... Penceramah yang dijemput oleh pihak U tempoh hari..."
"Ooo... Ok... I see... Tapi you buat apa dekat sini?" Tanya Billy semula agak kurang senang. Wajah Rayyan dipandang ralit. Macam aku pernah tengok muka mamat ni. Tapi kat mana ya?
"I datang sini nak minta maaf dengan Miss Amelya sebab terlanggar dia waktu hari ceramah tempoh hari..." Rayyan menjawab dengan nada bersahaja. Wajah Billy juga dipandang ralit.
Baru hari ini dia bersua muka dengan anggota tentera yang berpangkat kapten ini. Dia sudah lama mengenali Billy. Hanya Billy sahaja yang tidak mengenali dirinya.
"You siapa pulak?"
"Oo.. I... I 'm Billy Zen... Tunang kepada Amelya..." Spontan pinggang Amelya di tarik mendekati dirinya. Terkejut Amelya dengan tindakan Billy itu. Muka Billy dipandang tajam. Sejak bila aku jadi tunang mamat singa ni pulak?
Berubah air muka Rayyan bila Billy menyebut perkataan tunang. Tetapi segera dikawal air muka agar tidak ketara.
" I see... Congratulations both of you... Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput I... "
"Harus... Oklah... I pergi dulu... I nak bawak tunang I jalan - jalan kejap... Ada rezeki jumpa lagi..." Lalu tangan Amel digenggam menuju ke arah kereta miliknya.
Lagak mereka berdua persis sepasang kekasih yang hangat bercinta.
Rayyan hanya memandang sahaja kereta Billy sudah menghilang itu. Hatinya sakit bila Billy mengakui gadis kesayangannya sebagai tunang.
Kau tunggu Billy... Giliran kau akan menyusul nanti. Amelya bukan milik kau... Dia milik aku!
Share this novel