Debaran didada Husna semakin terasa . Dua keluarga besar sudah bertemu di rumah tamu sedangkan Husna masih kekal didalam bilik menatap cermin solek dimejanya . Jangankan istighfar , segala surah semua sudah dibaca .
Husna yang sudah lengkap memakai baju kurung biru dengan tudung bawal yang dipakai rapi menutup auratnya .
Knock knock...
Pantas kepala Husna berpusing kearah pintu . " Abang an ?" Lega Husna apabila melihat abangnya yang datang .
Farhan melihat adiknya yang sedang dalam keadaan cemas . Kulit di kuku ibu jarinya sudah mengelupas angkara di kutis oleh Husna .
Farhan masuk dan berdiri dibelakang adiknya . Tangan Farhan diletakkan diatas kedua belah bahu Husna . " Bertenang... " Farhan tahu betul kalau jiwa adiknya sedang kacau . Farhan tersenyum nipis kearah cermin yang memantulkan imej mereka kembali .
Kening Husna berkerut . Tak tahu apa yang harus dijawabnya . Husna hanya menunduk melihat ibu jarinya yang telah terluka angkara ulahnya sendiri . " Nana tak tahu... " Mata Husna berkaca . Dengan lembut Farhan mengangkat dagu Husna melihat kearah cermin .
" Berilah jawapan yang kalau nana rasa nana dapat tenangkan diri . Jangan push diri ." Farhan mengusap lembut pipi adiknya .
Husna cuba menahan airmatanya . Mahu sahaja dia jujur kalau Syazwan bukanlah pilihannya namun jika dia jujur kemudian Cik Ziah yang terkena serangan jantung bagaimana ? Husna masih belum bersedia untuk kehilangan seorang ibu .
Farhan mengeluh . Dia faham dengan kerisauan adiknya . Farhan berjalan kesamping dan berlutut disebelah adiknya . Dia menggengam erat tangan Husna dan mengelap ibu jari Husna yang terluka dengan tisu . " Cinta akan wujud jika sudah kenal , suka akan hilang bila diabaikan ." Pesan Farhan tanpa melihat kearah Husna .
Husna cuba mencerna ayat Farhan . Ya Allah ! Dugaan apa lagi ni ?!
Pendarahan jari Husna telah berhenti . Farhan tersenyum seketika . " Jom keluar . Dah ramai yang tunggu ." Farhan memegang erat tangan adiknya . Husna hanya mengangguk sahaja .
Setelah keluar dari pintu , ramai yang terpegun dengan kecantikan Husna . Adila yang duduk disamping Cik Ziah itu langsung berdiri dan memberikan ruangan pada Husna .
" Masyaallah , cantiknya ." Beberapa makcik pakcik berbisik-bisik antara mereka . Memuji kecantikan Husna . Syazwan yang hanya tunggu di tangga rumah hanya mendengar desas desus sahaja .
Datin Rahayu mengambil bahagian sebelah kanan Husna sedangkan Cik Ziah duduk di sebelah kiri Husna . Farhan pula duduk berhadapan dengan Dato' seri Kamel .
" Bismillahirrahmanirrahim , saya harap kedua dua belah sudah mempunyai jawapan lah ye ." Farhan mula membuka bicara .
Farhan melirik kearah adiknya . Dia takut jika kejadian ini bakal membuatkan Husna tertekan .
FLASHBACK
"Abang An tahu mak nak balas budi Cik Doh , tapi kalau dengan paksaan tak jalan jugak mak... " Farhan cuba untuk membujuk Cik Ziah dengan penuh kelembutan . Ruangan bilik itu hening seketika .
Cik Ziah mengeluh berat . " Tapi mak dah janji ." Cik Ziah sudah tak keruan . Mundar mandir didepan pintu biliknya sendiri .
Syazwan berdiri memegang kedua belah lengan Cik Ziah . " Mak... " Lembut Farhan . Cik Ziah memandang kearah Farhan dengan pandangan kusut .
" Mak nak ke biar anak mak hidup dalam kehancuran ? Hidup dalam aturan 24/7 ? Mak suka ke tengok anak mak takde pilihan langsung ?" Nada Farhan sehabis lembut pada Cik Ziah .
Cik Ziah tertunduk seketika . " Mak tahu tapi... kita dah takde pilihan kalau bukan Syazwan... Sapa lagi yang boleh lindungi Husna ? Farhan tahu kan Husna tu siapa ? Aset penting !" Dahi Cik Ziah berkerut seribu .
Farhan juga bingung . Andainya dari dulu Farhan dan Cik Ziah tak melibatkan Husna dalam keluarga Ashim sudah pasti Husna akan baik baik sahaja . Namun semuanya terlambat .
" Mak... apapun yang jadi... Farhan akan jaga Husna... " Farhan cuba menenangkan keadaan . " Husna tak tahu apa apa pun mak..." Rayu Farhan .
" Tapi kita terpaksa , Abang An bukan boleh jaga nana 24 jam... " Cik Ziah tetap berkeras . Mungkin memang tiada jalan keluar lagi bagi mereka .
FLASHBACK END .
" Macam mana pihak perempuan ? Terima ?" Soal wakil dari pihak lelaki .
Suasana ruangan itu diam , semua menanti jawapan Husna . Adila yang berada dibelakang Husna terus menerus berdoa untuk Husna . Cik Ziah pula menggenggam tangan Husna dengan erat . Hati Farhan pula langsung tidak tenang .
Husna menarik nafas panjang dan melepaskannya sebelum menjawap soalan itu . " Saya terima ." Jawap Husna membuatkan pihak lelaki dan Cik Ziah lega selega leganya . Namun tidak dengan Farhan dan Adila yang mengetahui kenyataan .
Syazwan diizinkan naik untuk melihat Husna . Syazwan tersenyum manis apabila mendengar kalau Husna telah menerima lamaran itu . Cincin pertunangan itu disarungkan oleh Datin Rahayu kepada Husna sedangkan Syazwan pula disarungkan oleh Farhan .
SKIP
Ruangan itu disepahkan angkara amarah yang tak dapat lagi ditahan . Itulah kali pertama Ammir mengamuk besar setelah mendapat berita bahawa Husna telah rasmi bertunang dengan seseorang .
" Ahh !" Jerkahnya . Rambutnya di acak acak berkali kali . Bengang dengan pilihan Husna .
" Kenapa Nana pilih dia ?" Ammir duduk diatas katil sambil menekup wajanya dengan tangannya sendiri .
" APA KURANGNYA AKU ?!" Kerusi didepannya ditendang . Biliknya telah kacau sama seperti dirinya .
Amanda panik didepan pintu rumah menunggu Ammar pulang . Dia tak sudah sudah memikirkan keadaan Ammir . Kalau hilang kawalan, mungkin saja Ammir dapat membunuh siapa sahaja . Papa pula tiada di rumah ketika itu kerana outstation .
Pang !
Suara yang berasal dari bilik Ammir itu jelas membuatkan Amanda semakin panik . Mujurlah kedua anaknya semalam Husna Kashmina ambil bawa pulang ke rumahnya .
" Abang... cepatlah... " Amanda mundar mandir di taman depan rumah itu . Menunggu Ammar .
Terdengar rem motor besar Ammar sudah sampai dengan beberapa orang anak buahnya . Pintu gerbang rumah itu terbuka sendiri . Melihat sudah sampainya suaminya membuatkan Amanda tenang sedikit walaupun masih panik .
" Abang ! Ya Allah , abang !" Amanda berlari mendapatkan Ammar .
Pantas Ammar membuka helmet fullface itu dan berlari mendapatkan Amanda dengan wajah sama naik panik . " Sayang ! Sayang okey ? Sayang ada kena pukul ?" Soal Ammar kerisauan . Beberapa anak buah Ammar juga terlihat kerisauan . Ammar memeriksa tubuh Amanda dan memegang perut Amanda yang sedang hamil itu .
" Tak , saya okey je . Abang Ammir... pergilah tengok dia , saya risaukan dia je . Kalau apa apa jadi . Dari tadi lagi duk mengamuk ." Jelas Amanda . Ammar mengangguk faham dan bergerak masuk kedalam rumah itu menuju ke bilik Ammir dengan beberapa anak buahnya .
Amanda pula diambil alih oleh maid dirumah itu untuk dijaga seketika . Hati Ammir benar benar hancur . Tak pernah dia merasa sakit seperti itu . Cermin meja soleknya sudah pecah angkara ditumbuk berkali kali olehnya . Tangannya sudah mengeluarkan cairan merah pekat berbau hanyir itu .
Ammar dengan cepat menaiki anak tangga menuju ke bilik abangnya . Ammar tahu kalau Ammir sudah mengamuk maka takkan ada yang baik baik sahaja . Tepat didepan pintu bilik Ammir , Ammar cuba mengetuk beberapa kali .
" Mir ! Bukak pintu ni Mir ! Jangan jadi gila sebab sorang perempuan lah Mir !" Jerit Ammar . Biar padahal dulu dia juga sama ketika Amanda menjadi milik Zariff sebelum menjadi miliknya .
" Sir Fian , macam tak jalan je ? Lagipun dah takde bunyi dari dalam ." Soal salah seorang daripada anak buahnya dengan nada kerisauan . Ammar memandang sekilas . Benar juga .
" Tu yang aku takut , takut jadi apa apa ." Ammar mengambil langkah mundur dan bersedia untuk menendang pintu bilik itu .
DUSH !
Dengan satu tendangan pintu bilik itu terbuka . Terlihat sesosok tubuh yang terbaring tertidur diatas katil dengan darah dari tangannya tak henti henti keluar . Serpihan kaca dan perabot yang berselerakan dimana mana .
Ammar dengan pantas memeriksa denyutan nadi abangnya . Lega rasanya apabila masih dapat merasa denyutan nadi Ammir .
nah , idea datang tanpa dijemput .
Share this novel