Chapter 33

Drama Series 35153

Bilik air yang memang sudah tersedia ada didalam bilik itu Husna letakkan sabun dan shampoo nya . Helaian pakaian disusun rapi dalam almari . Meja solek yang lebih moden itu dilap bersih sebelum menyusun beberapa skin care basic miliknya . Husna bukanlah manusia yang suka sangat pakai skincare . Cukup yang basic sahaja .

Setelah selesai , Husna mendengar azan Maghrib dan memilih untuk mandi . Baju kebanggaan wanita Malaysia menjadi pilihan Husna , baju kelawar itu dikenakan sebelum keluar dari tandas . Husna melangkah keluar dari tandas dan menutup pintu tandas .

Setelah selesai solat maghrib dan Isyak , Husna menggapai Al-Quran miliknya dan tasbih digital . Helaian Al-Quran dibuka perlahan . Suaranya merdu mengalunkan alunan ayat suci Al-Quran .

Syazwan melangkah mendekati bilik Husna . Dia mendengar suara merdu lantunan ayat suci Al-Quran terus bergema .

" يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَـٰبِ ٣٩ "

Suara Husna berhenti seketika .Seakan ribuan persoalan yang bermain difikirannya terjawab dengan surah itu . Maksud surah yang berada dibawah ayat itu membuatkan Husna sayu seketika .

Maksud surah :

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan ." Surah Ar-Ra'ad ayat 39 .

Syazwan menolak sedikit pintu bilik yang memang terbuka kecil cuba untuk mengintip keadaan Husna yang tiba tiba terdiam . Syazwan masuk secara diam dan duduk diatas katil di belakang Husna tanpa sebarang bunyi .

Husna teruskan ayat itu hingga selesai surah itu . Dia mengakhiri bacaan Al-Quran . Husna memusingkan badannya ke belakang .

" A... awak... " Terkejut Husna melihat Syazwan yang duduk di atas katil itu sambil tersenyum manis kearahnya .

Syazwan tersenyum manis . " Sedap suara awak mengaji ." Puji Syazwan . Husna hanya diam dan tunduk .

" Bi... bilaa lagi awak duk situ ?" Husna gagap .

" Dari awak baca surah Ar-Ra'ad ayat 39 ." Jawap Syazwan . Tidak pelik kalau Syazwan dapat meneka ayat Al-Quran kerana dia juga merupakan Al-Hafiz Al-Quran .

Husna hanya tertunduk diam . Wajahnya seakan tiada perasaan apa apa namun ketidakselesaan yang menyelubungi diri . " Kenapa diam ? Awak okey tak hmm ?" Syazwan bangun dan mendekati Husna yang masih duduk diatas sejadahnya . Syazwan duduk didepan Husna .

" Awak ada hafal Al-Quran ?" Soal Syazwan lembut sambil mengambil Al-Quran ditangan Husna .

Husna hanya memandang Syazwan pelik . " A.. ada... " Jawap Husna kaku .

Syazwan memandang wajah Husna . " Berapa juzuk dah ?" Soal Syazwan lagi sambil membelek belek Al-Quran milik Husna .

" 23... " Jawap Husna malu . Tak mampu dia terus memandang Syazwan . Dia hanyalah bekas pelajar dari sekolah harian biasa . Yang mengajarnya mengaji juga Adila . Itupun kerana Adila pernah dimasuk kan di tahfiz selama 2 tahun lebih .

Syazwan memandang Husna dengan pandangan tak percaya . " Oh wauu... saya tak tahu pula isteri saya hafizah ." Syazwan tersenyum manis sedangkan Husna hanya tertunduk tanpa sebarang senyum .

" Sini , duduk elok elok . Saya nak dengar hafazan awak ." Syazwan membetulkan kedudukannya . Tangan Husna mula bertukar sejuk dan menggigil Husna cuba menyembunyikan tangannya didalam kain telekungnya . Wajahnya mula pucat .

Syazwan memandang Husna sekilas . " Ke awak dah lupa hafalan awak ?" Soal Syazwan sambil memandang tepat kearah mata Husna . Dia tahu kalau Husna ketakutan . Husna tak mampu bicara .

" I... ingta... " Jawap Husna . Jarinya mula mengutis kulit di ibu jari itu . Dia takut untuk memandang Syazwan .

Syazwan sedar dengan ketidakselesaan Husna . " Jangan takut . Saya tak marah pun . Saya nak mintak maaf sebab tengking awak tadi . Dan... saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa ." Dia menutup Al-Quran di tangannya dan menghulurkan semula pada Husna . Husna cuba mengambil kembali tanpa memandang Syazwa .

Syazwan tiba tiba mengeratkan genggaman Al-Quran itu . " Kenapa awak taknak pandang saya ?" Suara Syazwan lembut namun itu jelas membuatkan mata Husna membulat .

Husna memandang Syazwan dengan pandangan takut . " Maa... maafkan saya... " Husna melepas Al-Quran itu . Syazwan hanya mampu mengeluh kecil .

" Ambil lah . Saya kunci pintu awak pukul 10:30 . Jadi , tolong ada dalam bilik sebelum 10:30 atau awak tidur dengan saya ." Ugut Syazwan dengan nada bergurau .

Husna mengambil kembali Al-Quran itu dan mengangguk . Dia hanya mampu tertunduk . Syazwan bangun dan keluar dari bilik Husna .

SKIP

Dia menikmati pemandangan dari tingkap kaca bilik itu . Dia memerhati segala aktiviti anak buahnya dari tingkap kaca itu .

Pintu biliknya diketuk . " Come in ." Tegas suaranya . Namun dia langsung tak melihat kearah orang yang masuk .

" Queen , ada orang nak jumpa Queen ." Salah satu anak buahnya tunduk hormat padanya . Dia melirik sekilas anak buahnya .

" Who is ?" Soal Syazwa sambil terus memerhati di luar tingkap itu .

Sebelum menjawab , anak buahnya sempat menghela nafas . " Ice King ." Jawap anak buahnya membuatkan Syazwa tersenyum .

" Let him in ." Syazwa berjalan dan duduk diatas kerusi didepan mejanya . Anak buahnya itu tunduk dan keluar dari biliknya . Dua pengawal mengiringi Khai untuk masuk ke dalam .

" My Queen ." Senyuman sinis lelaki itu tertuju tepat pada Syazwa .

Syazwa menyandarkan tubuhnya di kerusi . " Apa yang kau nak Luth ?" Soal Syazwa . Wajahnya seakan malas .

Luth tertawa kecil . " If I say I want you , will you want me ?" Sinis Luth sambil duduk didepan Syazwa .

Syazwa tertawa sinis . " Huh ! tak dapat Husna , aku pun kau nak try ke ? Sorry Luth . Kita tak seagama ." Syazwa hanya tersenyum sambil meneguk segelas air kosong didalam gelas nya .

" Hahaha , I'm just kidding . Don't take it serious . I came just wanted to invite you to come with me for one party tonight . Jika you tak keberkatan la ." Syazwa memandang IK dengan tatapan tak percaya .

" Well... well... well... Look like someone in his mission... what is your mission ? And what is party for ?"Syazwa tertawa kecil .

" tonight's party invited many top people . So... I think we can cooperate to get information about them ." Luth memandang Syazwa dengan sebelah keningnya terangkat .

" Wait... me? for what ?" Syazwa menyengetkan kepala .

Luth tersenyum . " Because we have the same goal . And i know what you want . My Queen... " Luth memandang Syazwa dengan pandangan tajam . Syazwa menghela nafasnya .

Dalam kepalanya dia terus berfikir mahu atau tidak...

Huh , penat u...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience