Dengan sabar Husna menunggu ditempat mengambil minumannya . Dia memesan segelas Capuccino kegemarannya seperti biasa . Cafe yang berada berdekatan dengan hospital itulah yang menjadi tempat kunjungannya ketika sudah mula merindukan Capuccino .
Seorang pelayan memberikan Cappuccino kegemaran Husna . " Ni ye , selamat menikmati ." Dengan senyuman manis lelaki itu berikan pada pelanggannya .
" Terima kasih ." Husna tersenyum lebar apabila capuchino miliknya sudah siap Husna mengambil dan baru sahaja berpusing . Tidak sengaja dia melanggar seorang lelaki yang bertubuh gah dengan berpakaian formal dan dilengkapi blazer hitam . Mujurlah cappuccino nya itu tidak tumpah ataupun terkena lelaki itu . Kalau tak naya Husna nak membayar pakaian seperti itu .
" Ehh , maafkan saya !" Panik Husna .
Lelaki itu terkejut dan mengambil langkah mundur . " Oh , takpe . Maafkan saya sebab terlalu dekat ." Suara itu sangat familiar ditelinga Husna.
Dengan kening yang terangkat , Husna dengan pantas melihat lelaki itu . " Luth Bryan ?!" Husna kaku seketika .
Mata Luth membulat seketika . " Husna ?!" Terkejut dengan sebuah pertemuan yang tak terduga . " Well , look like nature is on our side this time ." Luth tersenyum lebar .
SKIP
Mereka duduk di kerusi meja yang disediakan disana sambil berborak seketika .
Mata Luth yang berwarna hijau itu sangatlah menarik perhatian . " Kau memang tak berubah dari dulu . Mata kau tu kan... eeii nak je aku cungkil keluar . Sindir Husna lalu menghirup capuchino miliknya .
" Alah , kau memang dari dulu lagi suka dekat mata aku je kan ?" Luth menjeling matanya kearah Husna .
Ketawa Husna pecah . " Ye la , aku memang suka mata kau je , kau tak ." Dengan penuh confident nya Husna .
Luth menggelengkan kepalanya Husna pula tergelak kecil . " Ye la , kalau aku suka kau pun tak mungkin juga untuk kau jadi milik aku . Iman kita berbeza ." Mata hijau milik Luth Bryan direnung sekilas oleh Husna sebelum dia kembali meneguk airnya .
Luth tersenyum hampa seketika . Benar kata Husna bahawa mereka takkan mungkin bersatu . Luth meneguk airnya juga .
Langkah kaki itu terus melangkah mendekati meja Husna . " Assalamualaikum ." Tegas suara itulah menyapa Husna dan Luth .
" Wa'alaikumusalam , eh Syazwan ." Husna terus berdiri apabila melihat Syazwan disebelahnya dengan wajah yang seakan marah .
" Siapa ni , Na ?" Soal Luth kemudian berdiri untuk bersalaman dengan Syazwan .
Syazwan menyambut tangan Luth tanpa senyum langsung . " Aku Syazwan , tunang Husna ." Pantas Syazwan menjawap sebelum Husna menjawap . Husna kaku seketika . Padahal mereka belum bertunang pun lagi . Kenapa Syazwan jawap macam tu ?!
" Ouhhh ye ke ?" Luth memandang Husna yang sudah tertunduk di sebelah Syazwan .
" Eemmm.. Ye... " Husna tiada pilihan lain selain daripada menipu . Wajah Luth terlihat biasa namun dalam lubuk hatinya , dia agak hancur .
Hembusan nafas Syazwan yang agak berat membuatkan Husna menoleh sekilas kearahnya dan kembali berpusing kearah lain . Wajah Husna sedikit tertekan .
Suasana yang riuh angkara pengunjung yang terus datang itu membuatkan Husna kurang nyaman . Syazwan sedar dengan itu langsung melihat kearah Husna . " Jom balik hospital . Mak awak dah sedar ." Suara Syazwan agak dingin .
Hanya anggukan kepala yang dibalas oleh Husna . " Luth , aku gerak dulu ." Husna tersenyum sedikit hampa pada Luth . " Ohh , alright . Kirim salam dekat Mak . Cakap aku rindu dia ." Sengaja Luth mahu memanaskan keadaan .
Hati Syazwan semakin membara bara . Dengan cepat Syazwan menarik handbag ditangan Husna untuk keluar dari cafe itu . Husna yang tertarik hanya mampu pasrah .
Setelah keluar dari pintu cafe , Syazwan melepaskan handbag Husna dan berjalan kearah keretanya . Husna hanya mampu kaku didepan pintu cafe . Belum lagi sah menjadi tunang mahupun suami sudah cemburu seperti itu . Wajah Syazwan sangat jelas marah .
Syazwan melihat Husna yang hanya berdiri didepan pintu cafe itu . " Kenapa taknak masuk kereta ?" Soalnya dingin .
Husna hanya menghembus nafas pasrah dan berjalan kearah seat penumpang sebelah driver . Kereta mula bergerak , Husna hanya diam membisu sahaja .
Syazwan hanya memandang Husna sekilas sambil terfikir adakah tindakannya tadi telah berlebihan pada Husna ?
Hembusan nafas Syazwan berat . " Saya minta maaf... " Syazwan cuba meredakan suasana . Rasa bersalahnya pada Husna terus bermunculan dalam hatinya .
Husna tertunduk seketika melihat tapak tangannya . " Takpe ." Balas Husna singkat . Matanya memandang kearah luar tingkap kereta namun jarinya tidak habis habis mengutis kulit di ibu jari kuku tangannya . Itulah bad habit Husna ketika dia sedang tertekan ataupun panik .
Suasana kembali hening .
SKIP
Ammar dan Ammir dari semalam tak habis habis dimarahi oleh Papa angkara meminta bantuan dari IK tanpa izin dari Papa .
" Kau tahu kan bertapa bahayanya IK tu ?! Kalau apa apa jadi pada Husna dan Amanda macam mana ?!" Jerkah Dato' seri Ashim .
Ammar penuh rasa bersalah . " Mar tahu pa... tapi... "
Dengan Cepat Dato' sri Ashim memotong . " Tapi apa ?! Kalau apa apa jadi pada Amanda , Husna dan cucu ii Papa siap kamu berdua !" Jerkahnya lagi lalu berjalan menaiki tangga meninggalkan ruangan itu . Kebetulan Amanda pada waktu itu dibawa oleh Husna Kashmina untuk berjalan jalan berdua sedangkan Qays dan Qiysya berada di bilik mereka .
Suasana hening . Hanya hembusan nafas berat dari kedua beradik itu sahaja yang terdengar . Dato sri Ashim masuk kedalam bilik cucu cucunya untuk menenangkan hatinya .
Ammar berdiri melihat keluar sliding door . Pemandangan taman rumah yang dikelilingi oleh pagar tinggi itu terlihat jelas kemewahannya .
" Aku tak habis fikir lagi Mir . Otak aku dah tak boleh jalan... " Kedua dua tangan Ammar menyelup poket seluarnya . Wajahnya sudah pasrah .
Ammir melihat kearah adiknya , walaupun ini idea adiknya namun tetap sahaja dia terkena tempiasnya . Dia bangun dan berjalan kearah Ammar " Ni semua plan kau tau , jangan nak give up tengah tengah jalan . IK dan ready nak tolong kita ." Ammir menepuk kuat bahu Ammar .
Kepalanya diusap kasar . " Errh !" Teriak Ammar .
SKIP
Husna sudah mengemas semua pakaian mereka yang berada di Hospital kerana kata doktor mereka sudah dapat pulang petang itu juga . Cik Ziah sudah stabil sepenuhnya namun tetap harus dibawah pemantauan Husna .
" Mak , jom balik ." Ajak Husna . Husna fikir kalau Syazwan mungkin sudah pulang ke rumahnya terlebih dahulu setelah menghantarkan Husna ke hospital kerana dia tidak turun dari kereta ketika Husna turun.
Cik Ziah menangguk kepalanya . " Iyalah , jom ." Husna mengangkat beg itu . Agak berat namun masih boleh diangkat oleh Husna .
Baru sahaja membuka pintu bilik , terlihat Syazwan yang baru sampai . Husna sedikit pelik . " Berat tu , meh saya angkatkan ." Syazwan merampas beg pakaian dari tangan Husna . Cik Ziah hanya tersengih melihat mereka berdua . Husna hanya diam tanpa balasan .
" Mak pergilah dulu dengan Syazwan , nana nak bayar bil hospital ." Wajah Husna kelihatan biasa .
Syazwan tersenyum nipis . " Tak perlu , saya dah bayarkan ." Husna memandang Syazwan dengan keningnya tiba tiba berkerut . Kalau macam nilah kejadiannya . Maksudnya makin kuatlah rasa terhutang budi Maknya pada Cik Doh !
Cik Ziah tersenyum bahagia . " Ya Allah , terima kasih sangat sangat , Syazwan ." Mak terharu namun sebaliknya pula dengan Husna .
Syazwan ketawa kecil . " Takde hal lah mak , bukannya mahal sangat pun . Dah jom gerak ." Syazwan memandang kearah dua beranak itu . Cik Ziah mencuit lengan Husna yang seakan dilamun angannya .
Mereka pergi dari hospital dan pulang . Apabila di kereta pula , Husna ingin untuk duduk di seat belakang namun jelas saja tidak dibenarkan Cik Ziah dan Husna pasrah harus duduk disebelah Syazwan .
Haaaaaa... sapa ingat lagi dengan Luth ? Si takut dengan katak :> ANNOUNCEMENT ! Ada beberapa penukaran nama watak . Maafkan Syah kalau korang macam blur sikit ye :3 Dato' seri Luth - Dato seri Kamel Cik Mah - Cik Doh
Share this novel