Petang harinya , Amanda pulang ke rumah bersama Husna setelah penat berjalan jalan .
Husna melangkah masuk ke dalam rumah yang gah itu dan melihat Ammar yang termenung jauh diatas sofa . Amanda tersenyum sejenak . Husna Kashmina berada diluar bersama suaminya .
Amanda melangkah perlahan kearah Ammar . " Assalamualaikum , abang ." Suara Amanda lembut sambil menyentuh bahu suaminya .
Dengan terkejut Ammar berpusing kearah Amanda . " Puspita abang... terkejut abang . Wa'alaikumusalam . Dah puas jalan jalan ?" Soal Ammar sambil menarik Amanda duduk sebelahnya . Tubuh Ammar dipeluk erat oleh Amanda .
"Ye , penat lah... " Amanda menyandarkan kepalanya didada Ammar . Dengan penuh kelembutan , Ammara mengusap kepala Amanda .
"Alololo... Puspita abang ni penat yee... " Ammar mengerutkan dahinya . Saja mahu bermanja . Amanda semakin mengeratkan pelukkannya pada suaminya itu . Maklumlah dah halal !
SKIP
Suasana ruangan yang sudah dingin itu ditambah mendingin apabila bertemunya dua manusia yang sangat digeruni . The Ice King ( IK ) . Namun tetamu yang hadir pada hari itu juga tak kalah hebatnya . Dikenali dengan The Lion Heart ( LH )
Pertemuan antara dua kuasa hebat membuatkan suasana disana semakin menegang . " LH... Apa yang kau nak ?" Suara dingin IK sangatlah jelas kedengaran .
Dengan senyuman sinis . " Aku taknak apa apa dari kau , IK . Aku cuma nak tahu... dari mana kau kenal Husna ." Mata LH mengecil memandang IK dengan tatapan tajam .
Sebatang rokok dihidupkan oleh IK . Asap rokok miliknya membuat suasana ruangan itu semakin tegang . " Which one ?" IK mengangkat keningnya sebelah .
HL tersenyum sinis . " Syahida Husna ." Jawapan dari HL membuatkan IK tertawa kecil .
Dia menghisap rokok itu sekali lagi . " Ahh... Syahida Husna... " Senyuman mengerikan IK diberikan pada LH .
Whiskey yang telah dituangkan ke dalam gelas kaca itu diteguk oleh IK . HL pula hanya terus memandang lelaki itu dengan tatapan sinis . " Sebaiknya kau jauhkan diri dari dia ." Suara LH seakan mencabar IK .
Senyuman IK pudar serta merta . " Why ? Cuz you want her too ?" IK memandang LH . Gelas kaca yang masih terisi dengan whiskey itu diletakkan diatas meja kaca . Anak buah diantara IK dan HL saling mengadap . Suasana ruangan semakin dingin apabila ditambah pula dengan pertemuan sengit itu .
" If i said yes... what are you going to do ?" Sinis LH memandang IK . Hati IK seakan meledak seperti gunung berapi apabila merasa seakan dicabar .
" Are you challenging me now , LH... ? Kening IK terangkat . Anak buahnya seakan sudah bersedia untuk menyerang jika perlu . Sama juga dengan LH .
Dua empayar besar itu seakan sedang beradu kekuatan . IK yang telah menaungi beberapa wilayah di Russia , Turkey dan Turkmenistan . Sedangkan LH pula sudah menaungi beberapa wilayah di Ukraine , Italy dan 3 lagi yang lain . Terlihat bahawa LH lebih kuat namun LH sangat jarang muncul berbanding IK .
LH tersenyum dan merasa bahawa IK seakan tercabar dengannya . " I need to go . But... Aku harap kau tahu siapa penjaga dia dan siapa yang akan memilikinya ." LH tersenyum sebelum menghulurkan tangan pada IK . Dengan wajah bengisnya , IK menepis tangan itu membuatkan pegawai LH bersedia untuk menyerang namun dengan hanya mengangkat dua jari , LH mengarahkan agar anak buahnya bertenang .
Kumpulan dibawah naungan IK dikenali dengan The Nightmare sedangkan kumpulan dibawah pimpinan LH pula dikenali dengan The Black Hole .
Senyuman sinis itu diberikan sekali lagi sebelum LH pergi dari tempat itu . LH keluar dari lif dan berjalan ke depan pintu utama bangunan itu . Kereta mewah yang telah menunggunya itu dikawal oleh beberapa orang . LH masuk ke dalam kereta dan Farah menghulurkan telefon padanya .
Telefon ditangan LH itu ditekan dan seseorang dihubungi senyuman kepuasan bermain di bibirnya . " Boss , semua dah settle... " Senyuman tipis orang dihujung talian itu muncul . " Good job ." Balas orang tersebut kemudian mengakhiri perbualan itu . Cukup singkat namun mereka baru bermula .
LH mengarahkan agar kereta itu bergerak dan meninggalkan bangunan yang megah itu .
SKIP
Husna duduk diatas katil rumahnya . Kepenatan setelah beberapa hari asyik ulang alik dari rumah ke hospital . Cik Ziah pula telah dipaksa tidur oleh Husna .
Husna meletakkan semua barangannya dan mula melakukan tugasan seperti membasuh baju dan lain lain . Setelah hampir dua jam dia menyiapkan semua tugasan itu Husna melabuhkan punggungnya diatas sofa rumah . Kadang kala sempat juga dia masuk kedalam bilik ibunya untuk melihat kondisi Cik Ziah .
Husna mengeluh kepenatan . " Ya Allah , penatnya... " Keluh Husna lalu menyandarkan diri disofa .
Baru sahaja duduk tak sampai lima minit , seseorang datang . " Assalamualaikum ." Suara itu telah berada di pintu rumah . Dengan panik Husna menoleh ke belakang .
" Wa'alaikumusalam . Abang An ni ! Terkejut nana ! Ingatkan sapa la datang lepas tu naik macam rumah mak dia punya tadi... " Keluh Husna lalu bangun berjalan kearah abangnya . Tangan abangnya disalam . Farhan hanya tersenyum seketika .
" Bukan ke abang an kat Russia sekarang ? Kata 5 hari lagi baru balik ?" Soal Husna pelik kearah abangnya .
Farhan tersenyum . " Ye , sepatutnya macam tu tapi sebab abang buat kerja cepat sangat , boleh la balik awal ." Riak takbur Farhan pada adiknya dengan menjeling kebanggaan .
Sebelah bibir Husna naik . " Hek'eleh ! Perasan ! Dah la naik cepat pergi mandi , nana masak dah tu tapi simple je la ." Ujar Husna lalu kembali duduk diatas sofa .
" Iyalah , Mak mana ?" Soal Farhan apabila tidak melihat kelibat Cik Ziah .
" Ada tu dalam bilik . Nana suruh rehat ." Jawap Husna seakan tak bersalah . Memang tak bersalah pun . Suruh rehat je .
Farhan hanya mengangguk dan berjalan masuk ke dalam bilik Cik Ziah . Husna hanya membiarkan sahaja . Penatnya masih belum hilang . Setelah beberapa minit Farhan keluar dan pergi membersihkan diri .
Husna pula sudah tertidur lena diatas kerusi angkara terlalu penat . Tak sanggup pula Farhan untuk mengejutkan adiknya . Jadi dia terus mendukung tubuh Husna dan membawanya kedalam bilik Husna . Jika dibiarkan diatas sofa , nanti sakit pula badan budak tu lepas tu membebel .
Hah ! korang an suka teka teki :3 . Syah rasa cerita ni agak panjang , mungkin kalau tak sempat nak habiskan masa cutinya... jawapnya syah sambung lepas SPM 2024 lah ye :3
Share this novel