Chapter 8

Drama Series 35153

" Ni haa bunga letak sini . Kau kan nak simple but elegant kan . Haa ni sesuai ." Terang Tasha kepada Adila . Manakala Husna , Raisya Syazlin hanya mendengar sahaja .

" Ohh... Cantik gak eh... Boleh la ." Balas Adila .

" Eh ko nak kahwin dengan Fadly ke ni ?" Tanya Syazlin iba tiba .

" Ye la , ke kau nampak nama sapa dekat kad jemputan tu ?" Bidas Adila pedas .

" Oh... kau Husna ? Bila ?" Tiba tiba soalan itu ditanya .

" Aku ? Bila ? Nanti lepas kerja HAHAHAHA !" Sakan Husna ketawa .

" Eish , aku doakan kau kahwin dulu sebelum Tasha !" Bahu Husna disiku oleh Syazlin .

" Eh , kau nak kahwin jugak ke Tasha ?" Husna terpaku seketika .

" Iya , In Sya Allah 2 tahun lagi ." Balas Tasha sambil tangannya ligat melakar pelamin untuk Adila .

" Kau pulak Raisya . Bila ?" Soal Syazlin .

" Lepas kau Innalillah . Kalut aje bila orang nak kahwin... " Setepek di beri oleh Raisya .

" Padan muka kau ." Jeling Husna .

" Kau tu , tanya orang . Kau bila ?" Tanya Raisya .

" In sya Allah lambat lagi HAHAHAHA !" Seakan tiada rasa bersalah dalam dirinya .

" Wah ramainya... Buat apa tu ?" Mak yang baru sahaja pulang .

" Ni haa tengah planing Adila punya pelamin ." Balas Husna .

" Ohhh... Nanti Husna pulak naik pelamin ." Jelingan bergurau dihadiahkan kepada Husna oleh maknya

" Uwuuu... Mak kau pun setuju dengan aku.... " Cuit Syazlin .

" Eish takdenya . Bukan ada orang nak pun . Takde takde . Lambat lagi ." Husna berdiri untuk pergi kedapur .

" Hahahaha !" Ketawa mereka bersama .

SKIP

" Nenek ! Mana dulang hantaran tu nenek letak ?" Sibuk Syazwan sendiri mencari keberadaan dulang hantaran di dalam stor rumah kampung itu .

" Ada atas tu haa !" Jerit Cik Doh dari luar .

" Mana nek ?!" Syazwan cuba mengalihkan beberapa barang .

" Kau jangan sampai nenek pergi , kalau nenek jumpa siap kamu !" Ugut Cik Mah .

" Okey , jumpa !" Pantas Syazwan menyelit .

" Tau takut... "

" Uish bang... Awal lagi nak prepared pun..." Syazwa masuk ke dalam stor yang berhabuk itu sambil menutup mulut dan hidungnya dengan tudung yang dia kenakan .

" Kau diam . Aku nak siapkan awal awal . Nanti boleh masuk minang terus... " Senyuman bahagia muncul diwajahnya .

" Haa tu ada . Bawak semua keluar , Cik Ziah cakap 5 balas 5 . Cukup ke 5 pa tu ?" Cik Doh datang dengan wajah yang serius .

" Cukup ni nek , sini ada 10 ni... " Syazwan membuka setiap dulang yang dibalut dengan surat khabar .

" Haa meh sini wawa bawak keluar separuh ." Syazwa mengangkat separuh dari pa yang ada .

Setelah beberapa dulang hantaran itu di bersihkan dan dijemur kan , Cik Ziah datang menjenguk .

" Assalamualaikum , wahh... lajunya... " Terkejut Cik Ziah melihat semua dulang hantaran itu tersusun rapi .

" Wa'alaikumusalam , ehehemm..." Syazwan menggaru kepalanya yang tak gatal dan hilang kata kata .

" Ye lah , Cik Ziah . Mana tak nya . Tak sabar sangat ni . Awal awal dulu punyalah lama nak pikir ." Sindir Syazwa yang baru muncul entah dari mana .

Lengan Syazwa di siku Syazwan . Wajah Syazwan sudah memerah angkara malu .

" Hahaha... iyalah . Mana nenek ?" Tanya Cik Ziah mencari keberadaan sahabatnya .

" Ada tu kat dalam , masuklah ." Senyuman manis terukir di wajah Syazwa .

Setelah Cik Ziah masuk . Pantas tangan Syazwan mencubit lengan adiknya .

" Aaww... Abang sakit... " Syazwa cuba melepas cubitan abangnya .

" Kau... sekali lagi kau perli aku... lebam tangan kau !" Geram Syazwan .

" Nenek abang cubit..."

"Shuttt diam !" Pantas Syazwan menutup mulut adiknya .

" Apa dia Wawa ?" Nenek yang hanya melaung dari dalam .

" Takde apa pun nek !" Balas Syazwan kemudian melepaskan mulut adiknya .

" Siap kau kalau sekali lagi kau buat macam tu !" Syazwan mencubit pipi adiknya .

" Errhh... yeee !" Pasrah Syazwa kakinya dihentak masuk ke dalam , kesal dengan kelakuan abangnya .

" Haih... pasrah dengan adik sendiri ." Keluhan Syazwan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience