Pagi keesokannya , Husna bangun untuk solat subuh . Dalam doa akhirnya dia terus berdoa agar di tunjukkan jodohnya jika benar kalau Syazwan tercipta untuknya .
" Aamiin aamiin ya Rabbal Alamin... " Husna meraup wajahnya . Cik Ziah yang mendengar doa Husna dengan teliti dari tadi lagi hanya terus memerhati hingga Husna selesai berdoa dan membuka telekungnya .
" Nana , sini jap... mak nak cakap... " Panggil Cik Ziah . Husna hanya mengangguk dan meletakkan kain sembahyangnya diatas kerusi yang ada .
Husna duduk disamping ibunya . " Apa mak ?" Soal Husna penuh kelembutan sambil memegang tangan Cik Ziah .
Cik Ziah memandang mata anaknya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang . " Nana dah ada jawapan kan untuk Jumaat minggu depan ?" Wajah Husna langsung berubah , menatap kearah lain .
Suasana ruangan yang sudah dingin semakin mendingin . Suasana hening sejenak .
Husna menghembuskan nafas berat ." Dah... " Sambil mengangguk kepala .
Cik Ziah tersenyum lega mendengar jawapan Husna . " Apa jawapannya ?" Kening Cik Ziah terangkat .
SKIP
Kakinya disilangkan , menunggu lelaki didepannya mula bicara . " Apa yang kau nak ?" Soal suara itu penuh dengan dingin membuatkan orang didepannya ketar ketir .
Wajah lelaki itu cuba untuk bertenang . " King... aku nak mintak tolong King carikan sorang mamat ni... " Dia ragu namun sudah tiada pilihan lagi .
Satu file hitam dihulurkan . Salah satu anak buahnya yang berada di sebelah kiri mengambil file itu dan mula memeriksa semua dokumen seseorang yang dicarinya . Didalam dokumen itu tercatat tentang sekumpulan ' mafia ' yang dikenali dengan panggilan ' Dead Squad ' .
Helaian itu diserahkan pada IK . " Wau... interesting..." Guman Ice King sambil tersenyum sinis .
Ammar mengangkat kepalanya memandang IK dengan tatapan sedikit gerun . Walaupun Ammar sendiri juga merupakan ketua dalam gengnya namun tetap sahaja ketika bertemu dengan orang yang beribu kali ganda lagi berkuasa dan hebat darinya dapat membuatkan dirinya bergoyang namun tetap cuba untuk tenang .
" Aku perlukan bantuan kau untuk cari Khai... Aku tahu dia ada simpan orang yang aku cari... " Mata IK terangkat melihat kearah Ammar .
Kertas itu letakkan diatas meja dihadapan mereka . Hembusan nafas dingin IK kedengaran . " Boleh tapi... aku nak tahu satu benda dari korang... " Suara dingin dan wajah yang memandang ke dua beradik itu sangat sinis .
Ammar dan Ammir saling bertatapan dan mengangguk tanda bersetuju untuk menjawap .
Dengan pandangan tajam . " Siapa Syahida Husna dalam keluarga kau ?" Soalan itu jelas membuatkan mata Ammar dan Ammir terbeliak . Sungguh mereka sangat menyimpan rahsia tentang keberadaan Husna . Namun bagaimana IK dapat mengetahui tentang dia ?
SKIP
Amarah Cik Ziah tak dapat lagi ditahan . " Takde ! Takde ! Mak tak kesah lah apa pun yang kamu nak... Mak nak kamu kahwin dengan dia jugak !" Wajah Cik Ziah sangat tak keruan apabila mendengar pengakuan dari Husna .
" Tapi mak , nana langsung takde hati dekat Syazwan... tapi hati nana ada pada abang Ammir... " Setelah sekian lama Husna memendam perasaan itu sendiri akhirnya terungkap juga .
Dengan kasar Cik Ziah menarik tangan Husna untuk mendekati dirinya . " Heh ! Nana tahu kan keluarga Ammir tu macam mana ?!" Mata Cik Ziah membulat , tangan Husna digenggam kasar .
Husna mengeluh kecil . " Nana tahu , mak . Tapi... " Belum sempat ayat Husna habis .
" Takde tapi tapi ! Mak tak setuju dengan pilihan Nana untuk bersama dengan Ammir ! No , Mak taknak anak mak terjerumus dalam kegilaan keluarga Ashim tu !" Wajah Cik Ziah jelas kerisauan .
" Mak... " Rayu Husna . Wajah Husna melembut meminta persetujuan ibunya .
" No ! Mak takkan pernah restukan Nana hidup dengan Ammir Alfian !" Tegas Cik Ziah membuat hati Husna hancur berkeping keping .
Tiba-tiba dada Cik Ziah terasa sakit . Sakit yang menusuk sama seperti yang terakhir kali dia rasakan . Susah untuk bernafas . Dadanya dipegang .
Wajah Husna bertukar panik . " Mak... mak ?!" Jerit Husna kepanikkan . Dengan cepat Nana memanggil beberapa nurse yang ada .
Tangan Husna ditarik kasar . " Nak atau tak , nana takde pilihan . Kahwin dengan dia atau mak murka dengan kamu ." Tatapan Cik Ziah tajam melihat kearah Husna . Husna kaku. Beberapa orang nurse masuk kedalam bilik itu dan melihat keadaan Cik Ziah. Husna diminta untuk menunggu diluar .
SKIP
Langkah kaki Syazwan laju menuju kearah Husna yang duduk didepan bilik ibunya dengan wajah terlihat tak keruan . " Husna... " Panggil Syazwan lembut .
Husna berdiri apabila melihat Syazwan datang . " Syazwan ." Balas Husna dengan penuh rasa kerisauan . Kepalanya yang tak gatal digaru berlapis kan dengan sehelai tudung . Husna dan Syazwan duduk bersebelahan . Husna menekup wajahnya dengan tangannya . Rasa bersalah dan
Syazwan melihat Husna dengan pandangan penuh rasa kasihan . " Bertenang... " Syazwan cuba untuk menenangkan Husna . Tangannya hampir menyentuh Husna namun dia tersedar kalau mereka masih belum mahram .
Syazwan menarik kembali tangannya sebelum sempat menyentuh Husna . Dia sedar dengan batasnya .
" Dah bagitau Abang Farhan ?" Soal Syazwan . Namun Husna menggelengkan kepala .
" Abang An tak boleh pegang fon sekarang . Ada hal katanya semalam . Tu pun sempat bercakap kejap je ." Jawap Husna . Syazwan hanya mengangguk kepala tanda faham .
Doktor dan nurse keluar dari ruangan itu dan memberitahu kalau Cik Ziah akan baik baik sahaja . Hembusan nafas kelegaan keluar dari mulut Husna dan Syazwan .
" Terima kasih doktor... " Husna tersenyum manis pada seorang doktor lelaki yang cukup muda itu .
" Sama - sama ." Balas doktor itu sambil membalas senyuman manis kepada Husna . Hal itu jelas membuatkan Syazwan yang berada dibelakang cuba menahan cemburunya namun dia sedar Husna masih belum miliknya .
Pandangan tajam Syazwan tertuju pada doktor itu semasa doktor itu memusingkan badannya dan berjalan pergi . Syazwan cuba kontrol wajahnya sebelum Husna berpusing kearahnya .
" Semua baik baik sahaja , Alhamdulillah... " Husna melabuhkan punggungnya diatas kerusi . Syazwan menyinsing lengan bajunya dan mengeluarkan hembusan nafas lega .
" Ya , alhamdulillah ." Balas Syazwan dengan senyuman walaupun dalam lubuk hati dia cemburu pada doktor itu kerana telah mendapat senyuman manis Husna .
Korang... jangan laju ngat.. seram syah bukak ii dah 11k views ૮₍ ˃̵͈᷄ . ˂̵͈᷅ ₎ა
Share this novel