Aroma ubat ubatan dan udara dingin bilik itu terus menusuk kulitnya . Dia menghela nafas berat . " Ya Allah... " Gumannya . Tangannya bersatu antara satu sama lain sambil menatap sayu sesosok tubuh yang tak sedarkan diri terbaring diatas katil hospital itu .
Berkali kali dia menghela nafasnya . " Maafkan I , Farah... kalau lah I tak libatkan you ." Gumannya . Suasana ruangan menjadi hening .
Knock knock knock...
Ketukan pintu bilik itu memecah kesunyian . " Masuk ." Arah Farhan .
Dua lelaki berbadan tegak masuk lalu memberi tabik hormat pada Farhan . " Alpha , Tuan Muda datang ." Kata Khaz . Mendengar sahaja kata Khaz , Farhan bangun dari duduknya dan keluar dari bilik itu . Sempat dia menoleh ke belakang sekilas untuk melihat keadaan Farah .
Farhan keluar dari bilik itu sambil diiringi oleh inspektor Hanif dan Inspektor Khaz . Sesosok tubuh berpakaian formal berjalan mendekati mereka sambil diikuti oleh dua lelaki yang hampir mirip wajahny .
Tubuh yang agak besar dan gah berbanding dua inspektor dibelakang Farhan . Keduanya saling menatap . " Kita kalah ." Bisik Hanif pada Khaz . Khaz hanya menatap Hanif dengan tatapan geram . Masa ni la dia nak bergurau pulak .
" Alpha , Ni Nazril dan Nazrin . Sepupu sekali gus penjaga kepada Farah ." Ujar Syazwan sambil menunjukkan Nazril dahulu barulah Nazrin . Wajah Nazril lebih tegas berbanding Nazrin yang kelihatan sedikit tenang .
Wajah bengis kedua lelaki yang berada dibelakang Syazwan itu menatap Farhan tajam . " Maafkan aku . Aku salah ." Farhan mengaku salah . Sehebat manapun dia , kalau berhadapan dengan orang yang menjaga seseorang itu tetap sahaja dia bakal mengaku kalah .
Nazril menatap Farhan dengan tatapan penuh dendam . " Aku kata jaga dia , bukan dia jaga kau !" Bentak Nazril . " Relax , Nazril . Aku tahu kau marah tapi adik kau selamat . Itu yang penting ." Syazwan cuba menenangkan Nazril .
Nazrin hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat tingkah abangnya yang memang keras namun berubah agak jauh apabila bersama Farah .
" Macam mana keadaan Farah ?" Soal Nazrin tenang . Nazrin bukanlah seperti abangnya yang panas baran .
" Dah stabil . Tadi takde bekalan darah... " Belum sempat Farhan menghabiskan ayatnya , kolar baju Farhan ditarik kasar oleh Nazril .
" Long ?!" Panik Nazrin . Takut pula jika abangnya menumbuk wajah Alpha .
Urat ditangan dan didahi Nazril keluar angkara terlalu geram . " Habistu macam mana kau boleh kata stabil ?!" Mata Nazril tajam menatap tepat mata Farhan . Hanif dan Khaz bersedia untuk mengeluarkan senjata api milik mereka namun dengan cepat Farhan menggelengkan kepalanya .
Hanif dan Khaz memandang antara satu sama lain dan berusaha untuk bertenang dan tetap berjaga jaga .
Farhan menatap tenang mata Nazril . " Aku dah ganti dengan darah aku . Jangan risau ." Nafas panas Nazril dapat dirasakan oleh Farhan sebelum Nazril melepaskan kolar bajunya .
Syazwan , Nazrin , Khaz dan Hanif menghela nafas lega . Mujurlah tiada kes tumbuk menumbuk disitu .
SKIP
Popcorn itu dikunyah satu persatu . " Habistu ? Kau still nak tidur bilik asing asing ke ?" Soal Adila sambil memasukkan popcorn ke dalam mulutnya .
" Buat masa sekarang... Maybe . Sebab aku belum bersedia lagi la weh . Aku takut... " Balas Husna sambil melihat sekilas kearah Adila dan kembali menonton TV yang sedang menayangkan movie zombie kegemaran Husna .
Adila memandang Husna atas bawah . Mahu saja dia hempuk . " Kau takut apa , setan ? Takut dia telan kau ke ?" Bidas Adila . Husna hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk .
" Tak baik tau cakap kasar kasar , sian baby ni... " Husna mengusap perut Adila . Adila hanya membiarkan sahaja sambil menatap tajam kearah Husna .
Mereka sambung menonton movie itu bersama .
Dring dring... dring dring...
Telefon milik Husna yang berada diatas meja itu bergetar . Husna mengambil telefon itu dan melihat nama yang ada . Husna kaku sejenak . " I... ibu... " Husna menatap Adila dengan wajah terkejut .
" Habis tu ? Angkatlah bongok !" Marah Adila . " Ibu mengandung memang kasar eh ?" Husna memandang Adila lalu menjelingnya . Husna mengangkat panggilan itu disebelah Adila .
" Wa'alaikumusalam , ye ibu ?" Suara Husna melembut . Adila memperlahankan suara TV yang agak kuat itu untuk keselesaan Husna .
Adila terus mengunyah popcorn itu sambil memerhatikan sahabatnya . " Aa... apa ibu ? Nak... nak tidur sini... ?" Mata Husna membulat sambil menatap Adila dengan tatapan terkejut . Adila membalas pandangan itu dengan riak yang sama .
" Ehh... bo... boleh... Ye... Ada satu bilik kosong kat atas... Haa ye bilik Wawa dulu..." Balas Husna gagap gagap . Mana taknya , tiba tiba mertua nak datang tidur kat rumah . Kalau dia tahu yang Husna dan Syazwan tidur terpisah mahunya kena bebel berbakul bakul .
Husna mematikan panggilan itu dengan salam yang diucapkan .
" Weyyyy ! Mak mertua aku nak datang tidur sini ! Tapi bilik yang dia nak tidur tu aku guna !" Husna panik sambil menggoncang bahu Adila .
" Weyy , relax... Tapi... Macam mana sekarang ?!" Niatnya mahu menenangkan Husna tapi dia pula yang panik .
" Aa... jap , aku call Syazwan... " Husna membuat panggilan pada nombor Syazwan . Setelah beberapa saat , panggilan itu diangkat .
" Assalamualaikum , awak... Eehnmm... ibu kata ibu nak datang tidur sini... kat bilik Syazwa... " Husna cuba meneangkan dirinya .
" Huh ? Pindah barang masuk dalam bilik awak ?" Nafas Husna semakin berat . Adila tersenyum nipis .
" Aaa... dia kata dia mungkin sampai sebelum pukul 10 malam ni... " Kata Husna lagi .
Setelah pembicaraan selesai , Husna mematikan panggilan . " Syazwan tengah sibuk... dia suruh pindah semua barang dalam bilik dia... " Husna semakin panik .
Adila meletakkan bekas popcorn itu diatas meja . " Macam ni , sekarang... Kita pindahkan je dulu semua barang kau masuk dalam bilik dia . Sekarang aku ada aku boleh tolong sikit ii yang mana aku larat ." Balas Adila .
Husna seakan pasrah angkara tiada pilihan lain . Mereka berdua naik keatas dan mula mengemas barangan Husna untuk pindah ke bilik Syazwan .
Setelah selesai , Adila pamit pulang terlebih dahulu angkara sudah penat . " Tidur elok elok dengan laki ko tu . Jangan pulak pergi tendang dia jatuh katil ." Usik Adila . Wajah Husna bertukar kesal .
" Eish , kau ni !" Husna memukul perlahan lengan Adila .
SKIP
Sebaik sahaja kereta Hilux miliknya masuk ke dalam kawasan rumah , dia melihat kereta Honda Jazz milik Adila keluar dan melihat Husna yang kelihatan tidak tenang itu berdiri di pintu rumah .
Syazwan turun dari keretanya . " Sayang ? Are you alright ?" Soal Syazwan sambil melihat Husna yang seakan tak keruan itu . Husn menggaru kepalanya yang tak gatal dan bersalaman dengan Syazwan .
" Saya okey... cuma... " Dahi Husna terus berkerut . Syazwan hanya tersenyum nipis .
" Takpe . Ada apa apa lagi yang saya boleh tolong ?" Soal Syazwan sambil sambil mengusap lembut pipi Husna yang gebu itu .
Husna hanya menggelengkan kepalanya . " Alright . Jom naik ." Ajak Syazwan . Husna tak mampu untuk berfikir apa apa dan hanya terus mengikuti langkah kaki Syazwan yang naik keatas .
Pintu bilik Syazwan dibuka olehnya . Kelihatan ruangan itu sudah kelihatan seperti orang yang sudah menikah . " Finally , bilik aku ada barang dia ." Getus hati Syazwan .
" Awak tukar cadar katil ke ?" Soal Syazwan sambil menatap lembut wajah Husna . Husna hanya mengangguk . Salah ke ?
" Oh , thank you , sayang ." Syazwan masuk dan meletakkan begnya diatas katil dan duduk diatas katil sambil membetulkan lehernya .
Husna hanya berdiri di bingkai pintu sambil termenung jauh . " Sayang ? Masuklah ." Ajak Syazwan membuat lamun Husna hancur .
Husna menghela nafasnya dan masuk . " Duduk sini ." Ajak Syazwan sambil menepuk ruangan katil disebelahnya . Husna pula hanya menurut perintah .
" Awak takut ke ?" Soal Syazwan . Husna hanya memasang wajah sayu sahaja .
" Sayang... saya dah janji yang saya takkan sentuh awak selagi awak belum bersedia . Awak jangan risau pasal tu . Tapi sekarang saya nak awak tidur sebilik je dulu dengan saya . Saya tahu awak masih takde perasaan pada saya . Tapi apa salahnya kalau usahakan perasaan tu untuk ada ? Saya suami awak . Suami yang sah ." Syazwan menarik tangan Husna yang mengenggam tangan itu secara lembut .
" Sa... Saya cuba ." Husna tertunduk seketika . Syazwan menarik dagu Husna sehingga mereka saling menatap .
" Saya sayangkan awak . Dan saya berkahwin dengan awak bukan kerana paksaan tapi saya percaya bahawa kau tercipta hanya untukku ." Balas Syazwan sambil mengusap pipi Husna .
Entah kenapa Husna tersenyum nipis .
SKIP
" Makan ni . Makan banyak banyak biar cepat sembuh ." Arah Nazril pada Farah sambil terus menyuapkan makanan ke dalam mulut Farah .
" Sabarlah , orang yang dalam mulut pun tak habis lagi tau !" Marah Farah namun dengan suara manja .
Farhan hanya menyaksikan adegan itu di luar bilik . Dia menghela nafas berat sebelah berpusing kearah dua lelaki dibelakangnya . " Korang boleh pergi . Kalau ada apa apa , aku call ." Arah Farhan . Hanif dan Khaz memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk faham dan memberi tabik hormat padanya kemudian berlalu pergi .
" Long , ngah nak tahu tak ? Perempuan yang aku lawan an kuat gak auh ." Teruja Farah bercerita pada kedua abang sepupunya yang sudah dia anggap seperti abang kandung sendiri.
" Iye ?! Wahhh nampaknya adik kita dah jumpa lawan setaraf ." Nazrin menyiku lengan Nazril sambil tersenyum .
" Setaraf ke tak setaraf , jangan lah sampai kena tembak . Along dari Russia cepat cepat balik sebab takut jadi apa apa ." Omel Nazril . Farah hanya tersenyum manis melihat kalau kedua abang sepupunya benar benar merisaukan dirinya .
" Farah okey . Takde apa yang serius sangat . Nasib ada Farhan ." Sebaik sahaja nama itu keluar dari mulut Farah , wajah Nazril berubah . Senyumannya hilang .
" Dah makan ." Arahnya tanpa senyum lagi .
Hi !
Share this novel