Chapter 6

Drama Series 35153

Setelah pulang dengan hasil keputusan SPM yang cemerlang . Kini Husna mendapat puluhan peluang sambung belajar termasuklah sambungan belajar ke Universiti impiannya iaitu UPSI .

" Mak , Nana nak sambung belajar kat UPSI boleh ?" Tanya Husna untuk meminta restu dari ibunya .

" Boleh... Nana nak ambil kos apa ?" Balas Puan Rodziah sambil melipat pakaian .

" Pendidikan ." Jawap Husna .

" Boleh tapi dengan satu syarat ." Balas Maknya .

" Apadia ?"

Belum sempat Maknya menjawab soalan Husna . Mereka dikejutkan dengan seseorang yang memberi salam .

" Assalamualaikum ! Husna !" Jerit Dila .

" Wa'alaikumusalam ! Kejap !" Balas Husna yang terus berlari mengambil tudung dan turun .

" Haa asal ko ni ?" Husna terus bertanya kepada sahabatnya itu setelah melihat wajah sahabatnya yang ceria .

" AKU DAPAT PANGGILAN KAT UPSI !" Jerit Dila kebahagiaan .

" SAMA !" Balas Husna . Mereka berdua memang mempunyai cita cita yang sama iaitu menjadi seorang guru .

" Jom naik ! Kau bawak laptop kau tak ?" Soal Husna dengan teruja .

" Bawak bawak !"

Rasa bahagia antara mereka tak dapat digambarkan dengan hanya sekadar tulisan . Cita cita mereka untuk masuk ke U. yang sama akhirnya berjaya . Keputusan yang cemerlang memudahkan mereka untuk tetap bersama .

" Alhamdulillah , baguslah kalau dua dua tak berpisah ." Mak yang menyelit seketika .

" Itulah mak , alhamdulillah . Rezeki untuk sekali ." Balas Dila .

" Ye , eh kau nak makan apa apa ke ? Aku masakkan ?" Soal Husna .

" Eish tak payah lah . Aku tak rasa lapar pun aku sekarang ni rasa happy je ni ha ." Balas Husna .

" Hahahah , kamu berdua duduk la situ . Mak masuk dapur jap ." Balas Ibunya .

Setelah memastikan Mak Husna betul betul berada di dapur barulah Adila membuka cerita .

" Weh , kau nak tahu... " Bisik Dila .

" Eemm ?" Balas Husna malas .

" Firdaus dng girlfriend dia an dua dua fail SPM auh ." Husna terus memandang kearah wajah sahabatnya .

" Kau serius lah ?" Husna seakan terkejut .

" Bukan dia ke yang terpaling BIJAK dulu ?" Maksud Husna ialah Firdaus .

" Eemm biasalah , berlagak sangat . Betullah weh , kifarah tu wujud ." Termenung Dila seketika .

" Dia doakan aku agar terkena karma namun dia lupa untuk doakan agar dirinya dijauhkan daripada kifarah yang aku doakan kepada dia ." Balas Husna santai .

Entah rasa berpuas hati atau kesian tak dapat Husna rasakan .

" Wauu... that's my girl !" Balas Dila .

" Husna , Dila meh makan ! Mak buat ayam masak kicap ni !" Jerit Mak Husna yang berada di dapur .

" Eh , jom makan !" Ajak Dila .

" Lahh terbalik ! Sepatutnya aku ajak kau ." Pelik Husna .

" Ehehehe... tetiba rasa lapar bau ayam masak kicap ni... " Muka tak bersalah Dila tayangkan .

" Eleh , tadi cakap x lapar... " Perli Husna .

" Eish ko ni !"

" Ye la ye la , dah jom masuk dapur ." Ajak Husna .

SKIP

Setelah sekian lama berfikir akhirnya Syazwan menetapkan jawapannya .

" Hmmm , Ibu... Wan setuju ." Jawapan yang Syazwan berikan melegakan hati Ibunya .

" Betul ni ?" Soal Ibunya untuk memastikan anak lelaki satu satunya betul betul siap .

" Yeap , Wan setuju ." Balas Syazwan dengan penuh keyakinan .

" Good job bang ." Bisik Syazwa pada abangnya .

" Dia mungkin tercipta untuk aku dan mungkin takdir untuk aku ." Jeling Syazwan kepada adiknya .

" Uish... bersemut... " Ejek Syazwa .

Apa kata 2 chapter seminggu ? ♡ ૮˃̵֊ ˂̵ ა

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience