Chapter 14

Drama Series 35155

Lamunan Husna terus dibuang diluar jendela biliknya dan berhadapan dengan sawah padi . Angin lembut bertiup menyentuh lembut kulit Husna .

Lamun nya semakin jauh dan jauh...

" Assalamualaikum ! Mak ! Kak Na !" Jeritan itu membuat Husna kembali pada dunianya .

Keningnya diangkat pelik . Seakan kenal dengan suara itu . Sebelum Husna keluar , tudung sarung hitam menjadi pilihan Husna untuk dipakai .

" Wa'alaikumusalam, Kejap . Sapa tu ?" Kaki Husna melangkah menuju ke pintu . Kelihatan sesosok tubuh budak lelaki yang berusia sekitar 13-14 tahun itu tercegat di tangga dengan senyuman teruja menghiasi wajahnya .

" Kak Na ! Ni Asyraf lah ! Tak ingat dah ke ?" Wajah Asyraf bertukar kecewa seketika .

" Lah , Asyraf ke . Ingat kan laki mana tadi nak masuk minang Kak Na . Naiklah ! Gurau Husna . Senyuman manis Husna terukir dibibirnya .

Mata itu membulat seketika . Wajah yang putih sempurna itu sedikit bertukar merah . " Eish Kak Na ni !" Asyraf menggigit bibir bawahnya . Segan silu kakinya melangkah naik keatas rumah itu .

Disitulah tempat Asyraf pernah membesar dibawah jagaan Cik Ziah . Kenangan yang lama sedikit sebanyak muncul dalam benak Asyraf setelah menjejakkan kaki masuk . Matanya ligat melihat kesekeliling ruangan itu .

" Eh , Asyraf ?" Muncul pula sesosok tubuh lelaki yang berbadan tegak dan berotot kekar itu dari arah dapur dengan hanya mengenakan tuala .

" Abang An ! Ye , ni Asyraf ." Pantas Asyraf mendekati Farhan yang terkejut melihat kehadirannya . Tangan Farhan digapai dan didalam lembut oleh Asyraf .

Farhan tersenyum dan membiarkan Asyraf menyalami tangannya. " Lama tak datang ! Makin semak ( handsome ) kau sekarang !" Tangan Farhan menepuk bahu Asyraf dengan lembut .

Husna tersenyum melihat kedekatan antara Asyraf dan Farhan . " Nana buat air kejap . Asyraf duduk la dulu . Buat macam rumah sendiri . Kan dulu duduk sini jugak... " Sempat Husna mencuit lengan Asyraf dengan telefon pintarnya lalu berjalan masuk ke dapur .

Asyraf tersenyum malu . " Ehehe... iya kak Na ." Dia hanya mampu mengangguk dan tersenyum .

" Eh , duduk lah . Abang An nak pakai baju jap ." Farhan menyelit dan menepuk belakang Asyraf .

Setelah semuanya melakukan kerja masing masing , Asyraf pula leka dengan suasana rumah kampung itu . Masih sama seperti terakhir kali dia tinggal disitu 5 tahun lalu . Tidak mungkin dia dapat lupakan pemandangan indah di kampung itu . Asyraf bersandar di jendela sambil menikmati pandangan suasana kampung yang sudah lama dia tidak merasa .

" Assalamualaikum ." Suara itu sangat familiar di telinga Asyraf . Dari sandaran tingkap , kaki Asyraf terus menuju ke muka pintu rumah .

Suaranya melunak seketika seakan ingin melepaskan rindu yang terpendam lama .
" Wa'alaikumusalam , mak... "

Kaku Cik Ziah melihat seorang pemuda yang berdiri didepan pintunya itu dengan tatapan tidak percaya . Matanya membulat dan tubuhnya kaku beberapa saat .

" A... Asyraf ? Ya Allah ! Asyraf !" Senyuman Cik Ziah menghiasi wajahnya . Tangisannya mengalir apabila melihat remaja itu .

" Mak ! Asy rindu mak... " Tangisan Asyraf pecah . Tak mampu lagi untuk menahan sedih dan rindu terhadap Cik Ziah yang telah membesarkannya .

Tangan Cik Ziah dicium oleh Asyraf . Airmata Asyraf yang membasahi pipinya dilap lembut oleh Cik Ziah .

Cik Ziah mendongakkan kepala ke dalam rumah seakan mencari sesuatu ." Asy datang sorang je ke ? Mana bonda ?"

Senyuman Asy menghiasi wajahnya yang sudah manis . " Ye , datang sorang je mak . Ni pun sebab boleh keluar asrama . Tapi takpe , dah bagitau bonda yang Asy nak datang rumah mak dulu ." Balas Asyraf dengan penuh kelembutan .

" Ouh , iyalah . Tidur sini ke malam ni ?" Mata Cik Ziah dipenuhi harapan .

Asyraf terdiam sejenak . " Boleh ke ?"

" Mestilah boleh ." Celah Husna yang baru sahaja keluar membawa kuih muih dan air .

SKIP

" Abah nak apa sebenarnya ? Tak cukup lagi ke dengan yang dah ada ? Perlu ke nak tambah lagi ?" Bertubi tubi soalan itu dituju pada seorang lelaki yang berusia sekitar 40+ itu yang berada dihadapannya .

" Abah tahu kau mampu , sebab tu abah nak kau yang ambil alih ." Tegas lelaki itu . Tubuhnya disandarkan pada kerusi .

Keluhannya berat didengar . " Tak , masalah sekarang ni... Anak lelaki Abah dengan Mama mana ? Takde function ke ?" Kesal Syazwan tak dapat lagi dipendam . Wajahnya sudah jelas tertekan .

Tak mahu kalah , Dato' seri Kamel menekan kembali . " Dia tu muda lagi ! Salah ke kalau abah mintak kau jaga ?! Susah ?" Tegasnya .

Wajah Syazwan penuh dengan kekesalan . " Abah cakap dia muda ? Abah sedar tak yang dia tu dah 27 ? Kenapa Wan yang 25 ni jugak nak kena handle semua ?!" Entah kenapa suaranya semakin meninggi .

Tanpa bicara , tangan Dato' sri Kamel menampar kuat wajah Syazwan . Tak mampu lagi menahan geramnya . Mungkin juga salah Syazwan yang tersilap meninggikan suara pada Abahnya .

Cermin mata heksagon miliknya jatuh menghempas lantai . Terpelanting cukup jauh angkara tamparan hebat dari Abahnya .

Suasana hening sejenak . Syazwan menggosok-gosok pipinya yang sudah bertukar merah . Bibirnya pula mengeluarkan cecair pekat yang berbau hanyir .

Hembusan nafas geram jelas kedengaran di ruangan yang hening dan sejuk itu . " Kau dah melampau Syazwan ! Aku ni bapak kau tau !" Langkah kaki Dato' seri Kamel dihempas kuat dan keluar dari bilik Syazwan .

Dia hanya melihat Abahnya melangkah keluar . Darah yang mengalir itu dikesat . Hanya mampu pasrah dengan baran ayahnya . Entah lah apa yang dia sayangkan sangat dengan anak dari bini nombor 2 tu pun tak tahu .

SKIP

" Mak , Asy nak balik rumah dulu ni . Kita jumpa nanti tau mak ." Tangan Cik Ziah ditarik untuk di salam .

" Iya lah . Hati hati tau ." Dengan lembut Cik Ziah menepuk bahu Asyraf .

Anggukan kepala Asyraf menandakan iya . Asyraf turun dan naik kedalam sebuah kereta Alphard . Lambaian tangan Asyraf mengakhiri pertemuan itu .

" Mak , nana nak keluar kejap ni dengan Adila . Nanti petang Nana balik ." Dengan terburu buru , Husna menyalami tangan Cik Ziah .

Perselisihan antara dua buah kereta didepan rumah jelas membuatkan kedua dua antara mereka memandang antara satu sama lain .

" Nak ke mana ?" Soal Cik Ziah dengan keningnya diangkat .

" Jalan jalan kejap sambil nak siapkan barang nak masuk UPSI nanti ." Balas Husna sambil mencium pipi kiri kanan Cik Ziah.

" Duit dah ada ke tak tu ?" Soal Farhan yang tiba tiba menyelit diantara mereka .

" Adalah sikit . Tak banyak la ." Jawap Husna .

Tanpa banyak bicara , Farhan membuka dompetnya dan menghulurkan sejumlah wang kepada Husna . " Nah , beli keperluan untuk masuk UPSI . Jangan beli benda bukan bukan sudah . Kalau tak cukup call abang . Nanti abang transfer dalam bank ." Wajah Farhan serius memandang Husna .

Husna tersenyum seketika . Tangannya pantas mengambil uang itu dan kepalanya di angguk . " Iyalah , Nana gi dulu Assalamualaikum !" Tangan Farhan di salam oleh Husna sebelum langkah kaki Husna turun dan masuk ke dalam kereta Honda Jazz milik Adila yang dipandu sendiri oleh nya .

Pintu kereta dibuka . Adila memandang sahabatnya yang baru masuk itu ." Assalamualaikum . Jom ." Kata Husna tanpa melihat Adila .

" Wa'alaikumusalam , sapa tadi yang naik Alphard tu ? Tunang kau ke ?" Soal Adila .

Seketika Husna memandang Adila dengan pandangan pelik namun setelah beberapa saat Husna sedar . " Ohh... tu budak yang pernah aku jaga dulu . Asyraf . Kau ingat kan ?" Mata coklat gelap milik Husna tepat memandang Adila .

" Ouhh , budak tu... Okey , jom ." Sebelum berangkat , Husna dan Adila bersama membaca doa naik kenderaan dan mereka pun pergi ke destinasi yang dituju .

Maaflah kalau ayat tunggang langgang ૮₍ ˃̵͈᷄ . ˂̵͈᷅ ₎ა . Syah tengah demam ehehee... ;3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience