Dingin malam yang ditambah pula dengan esak tangis seseorang membuat suasana semakin mencengkam .
" Baik kau cakap... mana Zariff Zafran... " Senyuman ngeri Ammar jelas terpasang diwajahnya .
Tangan yang diikat di belakang . Wajahnya sudah dibanjiri darah . " Aku tak tahu !" Jerit lelaki itu .
PLAK !
Satu tamparan hebat hinggap diwajahnya . Darah yang tersembur keluar dari mulut lelaki itu membasahi lantai ruang tamu rumah gah itu .
" Aku dah kata kan jangan buat bising... Isteri dengan anak aku tengah tidur kat atas !" Bisik tegas Ammar pada lelaki itu sambil menghalakan pistol silence gun kearah kepala lelaki malang itu .
Suara dan wajah yang mirip dengan Ammar itu tiba tiba bersuara ." Aku rasa an... dia takkan bagitau kat mana sampai... " Langkah kaki Ammir mendekati lelaki itu .
Debaran lelaki itu kian terasa . Kembar psychopath !
" Su... sumpah... aku tak tahu... " Rayunya .
Ammar duduk bercangkung didepan lelaki itu . Matanya melirik dengan sinis . " Kau fikir aku percayakan kau ? Dia lari dari penjara dua bulan lepas dan kau... " Pistol itu ditonyoh pada kepala lelaki itu .
" Kau ialah orang terakhir jumpa dengan dia sebelum dia menghilang ." Sambung Ammir tersenyum sinis .
" Sumpah aku tak.... " Belum sempat ayat itu dihabiskan kepalanya sudah dilubangi oleh tembakkan dari Ammar . Senyuman senget Ammar terserlah .
Tubuh yang sudah tidak bernafas itu tumbang . Hanya dengan gerakkan jarinya . Anak buah Ammar sudah faham dan melakukan tugas mereka . Tubuh itu diheret keluar .
" Now what ? Zariff masih terlepas lagi kat luar . Kalau Papa tahu... matilah kita ." Soal Ammir memandang dengan tatapan kosong pada adiknya .
Hembusan nafas Ammar berat . " We have no choice ." Ammar melirik abangnya .
" Kau yakin ?" Soal Ammir cuba untuk memastikan pilihan adiknya .
Ammar memusingkan tubuh dan berjalan kearah abangnya yang sedang duduk diatas sofa . " I don't know , but we don't have other choice ." Bahunya diangkat , pistol yang digunakan tadi diserahkan pada anak buahnya .
" Kau tahu dia siapa kan ? Kau yakin ke dia ? Dia bukan calang-calang orang ." Ammir cuba untuk mengingati sang adiknya .
Sedikit kesal . Pasrah dengan keadaan . Ammar berjalan dan duduk di samping abangnya . " Ye aku tahu , tapi benda ni untuk keselamatan Amanda , bang . Kalau tak dia... sapa lagi ?" Keningnya hampir sahaja bercantum .
" IK ... Kau yakin ?" Kening Ammir naik sebelah . Ammar terdiam sejenak . IK ( Ice King ) bukanlah orang biasa biasa .
Hembusan nafas pasrah Ammar tak lagi dapat ditahan . " Entahlah . Tu je satu satunya cara yang aku nampak ." Ammar membuka jaket kulit hitam miliknya .
Terdengar langkah kaki turun dari tangga ." Kau yakin ke Mar ? Aku boleh je suruh budak aku jaga kawasan rumah ni dulu . Lagipun yang penting sekarang ni keselamatan Amanda dan anak anak kau jugak ." Suara itu jelas kedengaran . Tubuh itu bersandar pada dinding melihat kearah dua beradik yang sedang bingung .
Ammar semakin tertekan ." Ye Husna , aku tahu kau mampu tapi... "
Suaranya diperlahankan namun agak geram . " Tapi apa lagi Ammar ? Amanda tu pun BFF aku tau . Kau yang seharusnya menjaga keselamatan dia pun buntu macam ni , aku ni macam mana ?" Tegas Husna Kashmina .
" Tah lah . Nanti aku fikir balik . Anak anak aku macam mana ? Tidur dah semua ? Amanda pulak ? Okey tak ?" Bertubi tubi soalan dituju pada Husna .
Husna mengeluh kecil . Tangannya disilang . " Semua dah tidur dah . Amanda macam tu la , berkeras nak tidur berbaring . Last last dia jugak yang sakit belakang ." Husna menjeling matanya keatas .
Satu tangan menempel pada bahu Husna Kashmina . " Sayang... " Sapa lembut suara itu pada telinga Husna .
" Eh , abang... dah settle kerja ?" Lembut Husna menyentuh pipi suaminya . Anggukan kepala Ilham menjadi jawapan pada isterinya .
Jelingan kesal Ammir tak dapat ditahan . " Tak payah bersemut dekat sini . Hormat sikit orang single ." Tegas Ammir lalu membuka tabnya . Tawa perlahan mereka memenuhi ruang .
Ammar bangun dan mengambil jaket kulit hitam yang dia letakkan di sebelahnya . Sengaja dia mendekatkan mukanya pada abangnya . " Okeylah , aku nak naik dulu . Nak tido dengan BINI !" Sengaja Ammar tekankan perkataan itu untuk memanaskan suasana hati abangnya .
Wajah Ammir bertukar geram . Matanya memandang atas bawah adiknya . Bantal segi empat dibaling kearah Ammar . Tawa Husna dan Ilham terdengar perlahan .
Ilham menggengam erat tangan Husna . " Jom SAYANG , masuk tidur SAMA SAMA ." Niat Ilham sama seperti Ammar . Saja mahu sakitkan hati Ammir . Pandangan Ammir bertukar semakin jijik .
" Jom ABANG . Orang SINGLE tidur ruang tamu je kan ." Husna menjeling kearah Ammir dan mereka berjalan masuk ke dalam bilik .
" Semoga semua kena kacau dengan hantu malam ni !" Doa Ammir pada semua . Tawa Husna dan Ilham terdengar di jalan menuju ke bilik .
SKIP
Ammar melangkah masuk ke dalam bilik Qays , melihatnya tidur dengan lena . Ammar mengusap lembut kepala Qays , walaupun Qays bukan anak kandungnya namun Qays sudah menjadi abang kandung pada Qisya . Senyuman Ammar menghiasi wajahnya . Ciuman di dahi Qays diberikan sebelum melangkah keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik isterinya pula .
Ammar melangkah perlahan berjalan ke samping isterinya dan duduk . Tangan isterinya digapai . Dengan penuh tekat di matanya dan kasih sayang . " Abang janji abang akan jaga sayang... " Tangan Amanda dicium dan diusap lembut .
Ammar berdiri dan mencium pula dahi dan pipi isterinya sebelum masuk ke tandas dan mandi .
SKIP
Syazwan duduk di meja makan dirumahnya sambil menjamu selera bersama Syazwa . Otaknya masih belum dapat berfikir macam mana Syazwa dapat menceroboh masuk rumahnya tanpa sebarang bunyi penggera atau kerosakan .
Syazwan menatap pelik adiknya . Sudu nya diletakkan sebelum mula bicara . " Baik kau jujur dengan aku , macam mana kau boleh masuk rumah aku ?" Pandangan Syazwan serius pada adiknya yang sedang bermain telefon sambil makan .
Hembusan nafas kesal Syazwa tak dapat lagi ditahan . Dia meletakkan telefonnya dan menggaru kepalanya yang tak gatal . " Kau ni lupa ingatan ke apa ?"
Syazwan mengangkat kembali sudu dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya . " Apadia ?"
" Errhh !" Dengus kesal Syazwa . " Kau mesti lupa kau pernah bagitau aku kalau kau ada letak kunci rumah dalam pasu pokok dekat rak kasut kau tu . " Jelingan tajam Syazwa tertuju pada abangnya .
Tersentak seketika . " Ye ke ? Aku tak ingat pun ."
" Kau kan memang benak . Tu la Ibu dah cakap dari dulu lagi jangan makan semut tapi kau tetap juga telan semut !" Jengkel Syazwa .
" Amboi mulut kau ! Aku gantung jugak kau kat lampu kang !" Ugut Syazwan namun Syazwa langsung tak endahkan nya .
Syazwa tahu betul perangai abangnya . Jadi dia tidak pernah kisah dengan kata kata abangnya .
Baca novel lain sambil ambil laki Husna Kashmina ;)
Share this novel