Gaun putih bersih yang dikenakannya untuk akad nikah pada pagi itu terlihat sangat cantik . Tudung shawl yang dikenakan dilabuhkan hingga ke bawah dada . Dia masih duduk didepan cermin sambil tersenyum melihat dirinya yang secantik itu setelah di solekkan .
Husna menoleh kearah Adila yang duduk diatas katilnya sambil menunggu Husna ." Dila , tolong pakaikan stokin boleh ? Aku tak boleh tunduk lah ." Pinta Husna .
Tanpa banyak bicara Adila terus mengambil stokin dan berlutut depan Husna untuk memakaikannya stokin . Kalau dah nama sahabat , sanggup buat apa sahaja . Sama juga ketika Adila berkahwin , Husna lah yang jadi tangan nombor tiga Adila .
" Semua dah siap ." Ujar Adila . Dua buah kereta menunggu di hadapan rumah . Husna bangun dan berjalan diiringi oleh Adila untuk masuk ke dalam kereta dan bertolak terus ke masjid .
SKIP
Semuanya sudah siap bersedia , Syazwan memilih untuk menunggu Husna didepan pintu masjid . Dua buah kereta masuk ke dalam masjid , Husna melangkah turun dari kereta , matanya tertumpu tepat pada jejaka yang mengenakan baju melayu . Senyuman Syazwan jelas tertumpu pada Husna .
" Yang lain masuk dulu . Wan nak bercakap kejap dengan Husna ." Pinta Syazwan . Yang lain hanya mengangguk . Husna pula seakan tidak ingin ditinggalkan oleh Adila. Tangannya tidak ingin melepaskan pergelangan tangan Adila . Namun setelah dipaksa , akhirnya terlepas juga .
Syazwan tersenyum manis kearah Husna yang kelihatan agak cemas . " Saya nak jawapan akhir dari awak ." Pandangan matanya lembut memandang bakal isterinya .
Husna tertunduk . " Apa ?" Suara Husna hampir tidak keluar .
" Awak betul betul dah bersedia ?" Soal Syazwan . Keningnya diangkat lembut kearah Husna menanti jawapannya .
Anggukan kepala menjadi jawapan Husna dikala mulutnya seakan dikunci .
" Kalau macam tu , mari kita masuk ." Seakan sudah tidak sabar , Syazwan membuka pintu masjid kepada Husna .
Husna berjalan masuk terlebih dahulu sebelum Syazwan dan duduk di tempat pengantin perempuan . Sepatutnya sebelah kiri Husna ialah Datin Rahayu namun angkara Husna yang terlalu takut , maka kedudukkan itu diganti oleh Adila . Husna menggengam kuat tangan Adila . Berdebar bakal menjadi isteri seseorang .
" Bismillahirrahmanirrahim , semua dah sedia ?" Soal Ustaz setelah beberapa surat ditandatangani oleh Husna dan Syazwan .
" Dah... " Jawap para saksi .
Farhan menghela nafasnya sebelum menghulurkan tangan pada Syazwan bersedia untuk diangkat nikah . Sebelum Farhan melafaz akad , sempat dia menoleh kearah Husna yang kelihatan seperti tidak ingin namun seakan dipaksa . Ya , memang dipaksa .
" Bismillahirrahmanirrahim... Muhammad Syazwan Azim bin Muhammad Kamal . Aku nikahkan dikau dengan adikku , Nur Syahida Husna binti... dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ribu ringgit dibayar tunai... " Lafaz Farhan pada awalnya . Husna sudah mula sebak .
Syazwan mengambil nafas panjang . " Aku terima nikahnya Nur Syahida Husna binti... dengan mas kahwin 50 ribu ringgit dibayar tunai... " Mata Syazwan tepat kearah mata Farhan .
" Sah ?" Soal Farhan pada Ustaz . " Sah !" Jawap para saksi dan Ustaz maka dengan ini sahlah bahawa Syahida Husna isteri kepada Muhammad Syazwan Azim . Bacaan doa dan solat sunat lakukan oleh Syazwan .
Linangan air mata Husna membasahi pipinya . Entah mahu sedih atau bersyukur juga tidak tahu . Ditambah pula dengan kehadiran Dato' seri Ashim dan kedua anaknya semakin membuatkan Husna rasa serba salah .
Syazwan kini telah duduk didepan Husna . Cincin emas yang dihiasi oleh berlian itu telah dipegang oleh Syazwan dan bersedia untuk disarungkan . Namun Husna seakan ragu untuk menyentuh Syazwan . Beberapa kali dia menarik kembali tangannya sebelum menyentuh Syazwan .
" Takpe , kita dah halal ." Syazwan cuba menyakinkan Husna . Dan akhirnya Husna menghulurkan tangannya pada Syazwan untuk disarungkan cincin . Penuh kelembutan Syazwan menyentuh tangan Husna . Cincin itu disarungkan dan disaksikan oleh ramai sanak saudara .
Husna tunduk bersalaman dengan Syazwan , tangan Syazwan menyentuh kepala Husna . Entah apa yang berada di dalam hati Husna juga tidak dapat di ungkapkan . Kini giliran Husna pula menyarungkan cincin ke jari Syazwan . Setelah disarungkan Syazwan mencium dahi Husna dengan lembut . Entah kenapa Husna seakan susah untuk senyum .
Sudah beberapa kali ditegur oleh Adila namun senyuman itu hanya bertahan selama beberapa saat sahaja .
SKIP
Ammar cuba menenangkan Ammir di dalam kereta . Air mata Ammir tak henti henti mengalir . " Mir... redha je la . Dia tercipta bukan untuk kau ." Ayat yang Ammar lontarkan membuatkan Ammir diam sejenak . Mengingati lafaz tadi membuatkan hati Ammir seakan di hiris sembilu . Kedudukkan Ammir di bahagian memandu membuatkan Ammar sedikit gerun . Takutnya tiba tiba dia bawak kereta tak ingat dunia macam mana ?
Knock knock knock...
Cermin kereta itu diketuk seseorang . Sebelum menurunkan cermin kereta itu Ammir mengelap air matanya dan barulah menurunkan cermin keretanya .
" Ye ?" Soal Ammir . Sesosok tubuh wanita yang tak kalah cantiknya dari Husna sedikit membongkok kearah kereta .
Raisya sedikit kaku apabila melihat wajah tampan Ammir . " Encik , boleh tak encik alih kan kereta . Kereta encik ni halang laluan . Maafkan saya tau ." Suara Raisya sedikit gagap .
Ammir hanya mengangguk dan mengalihkan keretanya . Raisya berlari kearah Tasha yang sedang asyik makan tepung pelita dimeja . " Sha !" Jeritnya tiba tiba .
" Apa ?" Kesal Tasha kerana diganggu oleh Raisya .
" Tadi an... Aku jumpa sorang mamat ni auh... handsome gila !" Bisik Raisya pada Tasha sambil memukul perlahan lengan Tasha .
Wajah Tasha seakan pasrah . " Erhh kau ni . Lantak kau la ." Malas Tasha untuk melayan Raisya . Dia tahu jika terus dilayan makin tidak betul budak ni .
Ramai tetamu yang datang melihat sepasang suami isteri yang sangat serasi . Ramai kata kalau Husna dan Syazwan sangatlah sesuai bersama . Syazwan tersenyum manis sedangkan Husna pula tersenyum kekok . Syazwa terus menerus mengambil gambar Husna dan Syazwan yang berada diatas singgahsana .
SKIP
Husna duduk diam didalam biliknya termenung jauh setelah penat seharian menjadi raja sehari . Husna mengeluh berat . Namun belum sempat dia berbuat apa apa . Pintu bilik itu dibuka oleh seseorang . Ternyata itu suaminya .
" Assalamualaikum , Isteri abang ." Syazwan tersenyum manis kearah Husna dan mengambil bahagian duduk di sebelahnya . Husna sedikit menjauh dan memberikan ruang pada Syazwan . Wajah Husna seakan langsung tidak bahagia .
" Wa'alaikumusalam ." Jawap Husna perlahan tanpa memandang Syazwan . Dengan lembut , Syazwan menggapai tangan Husna dan menggengam dengan lembut . Syazwan tersenyum manis pada Husna , cuba untuk mencairkan suasana .
" Malam ni kita bertolak balik terus ke Perak tau ." Ujar Syazwan . Husna hanya mengangguk faham sahaja . Memang semua pakaiannya telah disimpan oleh Adila dan memang telah diletakkan didalam kereta Syazwan .
Husna tersenyum nipis kearah Syazwan . Entah apa rasa pun tak reti nak cakap . Yang dia tahu dia harus berusaha untuk mencintai Syazwan walau hakikatnya dia langsung tak pernah ada rasa pada suaminya itu .
Tahniah Syazwan dan Husna . Yang lain bila ?
Share this novel