Chapter 28

Drama Series 35155

Komputer didepannya ditatap . Beberapa data dan maklumat seseorang terpancar jelas di depannya . Farhan menghela nafas panjang . " Ya Allah... macam mana la boleh terlepas... " Monolog farhan .

Dia menggosok dahinya memikirkan sesuatu yang mungkin agak berat . Sekilas dia melihat jam dia tangan . Tertanya sudah masuk waktu rehat . Farhan bangun dan meninggalkan mejanya .

Ketika dia keluar dari biliknya beberapa pegawai disana memberi tabik hormat . " Tuan !" Farhan hanya mengangguk dan pergi meninggalkan tempat itu menuju ke sebuah cafe .

" Coffee Latte satu ." Kata Farhan pada penjaga counter itu . Setelah pesanannya selesai , Farhan duduk di satu kerusi di cafe itu dan mula membelek belek telefon pintarnya . Wajahnya tampak sangat serius meneliti semua detail .

" Hello , Tuan Farhan ." Sapa seorang wanita yang tiba tiba berdiri tepat didepan Farhan . Wanita yang memakai skirt pendek paras lutut , baju kemeja lengan panjang dan sebuah handbag berjenama dipegang olehnya , jelas kalau dia bukanlah orang yang bekerja dibawah company yang besar .

" Eh , Farah ?! Duduklah ." Farhan berdiri dan melihat Farah . Senyuman manis farah terukir dibibirnya . Dia mengambil bahagian untuk duduk didepan Farhan .

" Setelah sekian lama ye . How about you ?" Farah tersenyum lebar kearah Farhan .

Farhan tertawa kecil ." Yeah , All good . Alhamdulillah . How about you ? Dah kahwin ?" Sengaja Farhan memerli Farah .

" Ohhh... jauh lagi... " Farah membulatkan matanya .

Farhan tersenyum puas dapat memerli Farah setelah sekian lama tidak bertemu . " So... kerja apa sekarang ? Nampak macam business woman je ." Mata mereka saling bertatapan .

" Takdelah . Kerja bawah orang je . Tapi alhamdulillah , rezeki ." Jawap Farah .

Mereka berborak untuk beberapa lama dan kemudian Farhan menghantar Farah ke tempat kerjanya .

Maklumlah , Farah dan Farhan sudah kenal cukup lama lagi sejak zaman persekolahan . Farah memang dikenali dengan cara pemakaian yang agak seksi . Sudah ditegur beberapa kali namun tiada yang dapat mengubahnya . Tunggu sahaja bila jatuh ditangan yang tepat , mungkin nanti bakal menjadi penurut .

SKIP

Husna masih bingung untuk menghias dulang hantarannya walaupun telah dibantu oleh Tasha , Raisya , Syazlin dan Adila .

" Ya Allah , Apasal yang ni senget sebelah ! Sama macam otak kau , senget sebelah ." Geram Tasha pada Raisya .

Jelingan maut Raisya jelas dituju pada Tasha . " Apa ?!" Marah Tasha .

Husna mengeluh berat . " Dah dah la tu . Korang ni kalah tikus dengan kucing tau . Pantang jumpa ." Tegur Husna . Mereka berdua saling bermasam muka namun tidak lama . Kalau sudah namanya sahabat takkan lama kalau bergaduh pun. Tau tau baik sendiri .

Husna menyusun beberapa bunga diatas dulang hantarannya . Adila pula sibuk menyiapkan door gift .

" Husna , masin kan mulut aku dulu ehehe... " Syazlin menyela tiba tiba memecah kesepian .

Husna melirik Syazlin dengan hujung mata . " Eish !" Husna sengaja menepuk peha Syazlin . Mereka ketawa bersama .

Adila menggelengkan kepalanya melihat tingkah dua sahabatnya itu . " Husna , kau tidur awal malam ni . Malam esok dah malam berinai ." Selit Adila .

Husna mengeluh berat . " Ye lah ." Balas Husna mahu tak mahu .

" Eh , abang kau bila balik ? Taknak bawak balik bakal bini ke ?" Soal Raisya tiba tiba .

Syazlin tersenyum jahat . " Kalau abang Husna bawak balik bakal bini , kau pulak nanti yang menangis hujung katil... " Sengaja Syazlin membongkar rahsia .

" Eish mana ada !" Cepat Raisya cuba mengelak .

Dahi Husna berkerut . " Kau ada perasaan kat abang aku ke ?! Jangan woi jangan... aku taknak ber kakak iparkan kawan sendiri !" Marah Husna .

" Mana ada ! Syazlin tu je pepandai !" Hampir bertauk kening Raisya . Husna , Adila dan Tasha hanya mampu pasrah sahaja .

SKIP

Adila memilih untuk tidur dirumah Husna pada malam itu . Tambahan suaminya juga outstation ke luar negara selama beberapa hari jadi tiada masalah bagi Adila untuk menjaga kesihatan Husna sebelum hari pentingnya .

" Weh... kau rasa... betul ke keputusan aku ni ?" Husna masih ragu .

Adila terkejut seketika . " Ya Allah , Husna ! Kau ragu lagi ke ? Okey , biar aku bagitau kau something . Kalau kau ragu dengan hati kau , cuba kau bertanya pada otak kau . Kau buta ke tak ?" Kening Adila di angkat .

Husna bingung . " Maksud kau ?" Seperti meminta jawapan langsung dari Adila .

Adila menghela nafas . " Kau buta ke ? Kalau dia bukan jodoh kau , semua benda takkan berjalan selancar ni . Aku pernah bagitau kau kan if Allah tu nak satukan dua hamba dia yang telah dia tulis di atas . Bukan sahaja melalui mimpi tau tapi melalui setiap perjalanan hari kau . Dari setiap persiapan yang kau dengan dia lakukan ." Ujar Adila membuatkan Husna diam sejenak . Mulutnya seakan dikunci .

Husna hanya tertunduk . " Betullah tu ." Jawap Husna seakan terpaksa .

Pandangan Adila bertukar sayu . " Na... kalau kau rasa kau tak mampu untuk laksanakan majlis ni... fikirlah pasal mak kau yang dah bersusah payah tu . Majlis tinggal lagi 2 hari Husna ." Lembut Adila memujuk Husna .

Husna hanya mampu mengangguk pasrah .

SKIP

Malam berinai yang dijalankan oleh Adila pada malam itu semuanya berjalan lancar .

" Assalamualaikum ." Suara Farhan yang baru sahaja sampai membuatkan Raisya sedikit gelabah namun cuba untuk bertenang .

Husna melihat kearah Raisya dan tersenyum nipis . " Wa'alaikumusalam , abang an ." Jawap Husna . Farhan tersenyum melihat kearah Husna yang telah diukir inai oleh Adila .

Farhan meletakkan bagnya di dekat pintu rumah dan berjalan kearah Husna ." Cantiknya adik abang sorang ni ." Pipi Husna dicubit lembut . Adila dan yang lain hanya tersenyum melihat gelagat kedua beradik itu . Raisya pula mukanya sudah hampir merah kerana terlalu dekat keduduknya dengan Farhan .

Saya cuba ye tapi tak janji . Btw janganlah rendahkan rate hm... sian saya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience