" Assalamualaikum !" Suara yang sedikit garau dan kuat itu jelas membuatkan Husna terkejut .
" Wa'alaikumusalam, Ye kejap !" Jeritnya lalu mencari sesuatu yang dapat menutup kepalanya .
Akhirnya dia mencapai sehelai kain sarung dan melihat ke luar jendela .
" Ye cari sapa ?" Soalnya pada seorang lelaki muda yang berkacamata . Cukup tampan .
" Ohh , ni haa nak pulangkan bekas yang mak bagi semalam ." Senyuman manis lelaki itu menghiasi wajahnya yang sudah sedia kacak .
" Ohhh , kejap !" Husna berjalan ke pintu rumahnya . Memandangkan hanya dia seorang sahaja dirumah mahu atau tidak hanya dialah yang harus keluar dari rumah .
" Aa... okey terima kasih ." Husna hanya memerhatikan pada bekas makanan tersebut .
" Iya sama ii . By the way , ni Husna kan ?" Soal lelaki itu .
" Aa ye , saya Husna ." Balasnya canggung .
" Ohh , saya Syazwan . Mak awak ada cerita pasal awak dekat nenek saya . Saya pasang telinga je ." Canda nya .
" Ohh... ahaha... Malu pulak . Apa pun terima kasih lah ni . Bukan hantar bekas je ni . Sekali dengan isi pun ada ." Husna kembali tersenyum canggung kearahnya .
" Ahahaha , iya sama - sama . Saya pergi dulu . Assalamualaikum ." Dia meninggalkan Husna dan berjalan .
" Wa'alaikumusalam ." Jawap Husna lalu melangkah naik keatas rumahnya . Betul lah kata ibunya . Lelaki itu cukup tampan .
" Handsome gak mamat ni ." Guman Husna sambil melihat Syazwan yang berjalan pulang ke rumahnya .
" No Husna ! Fokus belajar !" Kepalanya digeleng . Mengingat kembali apa tujuan asalnya .
SKIP
" Weh , kau dah siap belum nota sejarah tu ?" Soal Husna sambil membelek belek buku notanya .
" Dah , asal ?" Dila yang baru sahaja mengeluarkan buku notanya dia letakkan atas meja .
" Takdelah , saja tanya ." Balas Husna sambil menulis .
" HUSNA ! HUSNA !" Jerit Syazlin yang berlari masuk ke kelas .
" Ehh ?! Kau ni asal ?" Terkejut Husna selepas Syazlin berlari dan berada tepat didepannya .
" Ada berita dho !" Terujanya .
" Apadia ?" Soal Husna dengan keningnya berkerut .
Dila pula mendekatkan dirinya untuk mendengar berita itu .
" Ada orang fitnah ko !" Husna dan Dila terpaku seketika .
" Fitnah apa pulak ?" Soal Dila . Husna hanya mengangkat bahu .
" Sapa fitnah Husna ?" Soal Tasha .
" Gini... Aku tadi pergi la koperasi... lepas tu aku dengar perempuan belakang aku dia cakap... yang kau ni fitnah dia rampas bf kau ." Jelas Syazlin .
" Sapa pulak... Takde masa la aku nak fitnah orang ni... " Kepalanya yang tak gatal itu digaru .
" Sapa yang cakap ?" Soal Raisya .
" Liya ." Jawap Syazlin yang membuatkan mereka berempat tidak lagi hairan .
" Ohh... Perempuan tu... " Balas Husna tanpa perasaan lagi .
" Kau ada bagi tau orang ke pasal tu ?" Soal Dila kehairanan . Mana taknya . Member tu selalu berdua kot .
" Memang tak la jawapnya . Aku tahu pasal tu pun dari orang lain ." Balas Husna .
" Tahu apa ?" Serentak Tasha , Raisya dan Syazlin .
" Macam ni ceritanya . Minggu lepas... Ada la sorang hamba Allah ni datang dekat aku... dia bagitau lah aku yang Firdaus ni dah couple dengan Liya dari bulan Julai lagi padahal aku dengan Firdaus break bulan Ogos... " Terangku .
" Buktinya ?" Soal Syazlin .
" Dia ada tunjuk yang Liya up status kat whatsapp dengan caption 15 / 7 . Orang tu screen shot lepas tu tunjuk dekat aku... Tapi aku takde pulak cerita dekat sapa sapa melainkan Dila ." Pandangan Husna beralih pada Dila .
" Asal aku lak ? Takdenya aku nak sebar benda yang tak penting tu ." Wajahnya terlihat meyakinkan .
" Ehhh perempuan ni... Sesedap nenek moyang dia je cakap kawan aku fitnah dia rampas bf dia . Ko ingat bf ko tu sem sangat ke ?" Marah Raisya sambil menjenguk ke luar .
" Tah... Saja nak playvictim la tu . Nak nampak yang dia tu baik la kononnya . " Sambung Tasha .
" Haa lepas tu... Tadi dia cakap jugak yang kau x leh move on ." Tambah Syazlin lagi .
" Lantak dia la Syazlin . Malas aku nak layan perempuan murahan macam tu ." Husna pun sambung menulis .
Dila pula seakan dibara dengan lahar gunung berapi . Marahnya dia sehingga segala makian dan cacian keluar dari mulutnya untuk perempuan murahan itu .
Dengan pantas gosip itu tersebar luas di kalangan pelajar batch Husna . Seketika dirinya dipandang rendah oleh pelajar lain namun sahabatnya sentiasa disisi .
" Husna , biarkan diorang anggap kau bukan bukan . Nanti kebenaran akan muncul sendiri . Karma itu ada ." Kata Dila ketika memasangkan topi keledar kepada Husna .
Senyuman manis terukir dibibirnya .
" Aku tak percayakan karma tapi aku lebih percayakan kifarah ." Balas Husna .
2 orang nama watak Syah terpaksa tukar . Harap faham ehehe...
Share this novel