Chapter 9

Drama Series 35153

Husna asyik menonton movie itu dikejutkan dengan panggilan telefon , Ammir .

" Assalamualaikum ? Ye abang Ammir , ada apa ?" Soal Husna . Ammir Alfian merupakan abang angkat Husna yang menjaganya ketika dia masih kecil .

" Wa'alaikumusalam , takdelah saja je ni ha call... Nak dengar khabar adik abang sorang ni haa... " Senyuman terukir di bibir Husna .

" Ahaha... alhamdulillah sihat je ni . Abang kat mana tu ? Riuh rendah betul suasana ?" Soal Husna kerana dari tadi lagi asyik mendengar pelbagai bunyi dari Ammir .

" Takde la , ni duk majlis kahwin kawan isteri adik abang je ." Katanya yang berada di laman yang sedikit sepi .

" Ohh... Papa macam mana ? Sihat ? Abang Ammar tu ? Makin bahagia tak ?" Soal Husna bertubi tubi .

" Alhamdulillah , Papa sihat . Abang Ammar ko tu jangan di tanya . Makin lama makin bahagia . Hahaha ." Sindirnya .

" Alhamdulillah ." Balas Husna sambil tersenyum .

" Eh , Nana nak tahu tak ? Yang kahwin ni pun nama Husna jugak . Haaa..."

" Alah lain tu... Husna ni takde calon lagi bang... " Balas Husna sambil menutup laptop miliknya

" Takpe , abang ada kan... "

" Eish abang ni . Nana anggap abang ni macam abang Nana dah... "

" Alah sampai hati . Ni sebenarnya abang nak ajak Nana jalan jalan dekat Johor nanti . Papa ada tanya pasal Nana . Rindu agaknya . Oh yeah , Nana tengah cuti kan sekarang ? Haa why not kan ?" Senyuman Ammir terpasang di wajahnya .

" Ye , nana tengah cuti sekarang . Tapi Nana dekat Kelantan bang... Kalau abang nak datang ambil, takde masalah ." Gurau Husna .

" Iya abang tau . Kalau Nana nak datang , boleh je abang pergi ambil . Yang penting mintak izin mak dulu ." Pesan Ammir . Dalam hatinya terus berdoa kepada Allah agar Nana diizinkan oleh Ibunya .

" Iya bang , Nana nak . In sya Allah nanti nana tanya mak . Kalau mak bagi Nana bagitau abang balik ." Teruja Nana . Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke Johor .

" Iyalah Nana . Nanti kirim salam dekat Mak dengan abang Farhan kalau dia ada . Abang nak kena gerak dulu dah ni ."

" Iya baiklah , Hati hati tau bang ."

" Iya Husna , Assalamualaikum ."

" Wa'alaikumusalam ."

Husna menutup panggilan telefon itu dan bangun mencari keberadaan maknya .

" Mak ? Mak ?! Ooo mak ?" Husna mencari ke pelbagai tempat .

" Ye ! Sini dalam bilik ." Jerit Cik Ziah .

" Mak . Tadi abang Ammir call . Dia cakap dia nak ambik Nana balik Johor nanti ? Boleh ke ?" Husna duduk disebelah Cik Ziah yang sedang asyik melipat kain .

" Tapi jauh kan ? Kalau dia nak datang ambil boleh . Tapi kalau nak pergi sendiri, no . Mak tak bagi !" Tegas Cik Ziah .

" Dia kata dia nak datang ambil . Jadi boleh eh ni ?" Husna semakin teruja . Wajahnya di sinari dengan senyuman keterujaan .

" Ye boleh . Tapi berapa lama ?" Balas Cik Ziah .

" Tak lama pun , paling tak 4 hari je kat sana . Sebab nanti kan ada majlis kahwin Dila . Nak kena tolong dia jugak nanti ." Terang Husna .

" Oh iyalah ."

" Yes ! Terima kasih mak !" Tubuh Cik Ziah dipeluk erat dan Husna berlari ke biliknya .

SKIP

Malam menjelma . Nana yang asyik berbaring diatas katil sambil membaca novel miliknya dikejutkan dengan panggilan telefon . Ammir .

" Assalamualaikum , nana ?"

" Wa'alaikumusalam, ye abang ?"

Husna merubah posisinya kepada duduk .

" Macam mana ? Dah tanya mak ?" Soal Ammir sambil duduk di buaian di rumah mewahnya .

" Dah , mak bagi . Bila abang nak datang ambil ?" Teruja Husna .

" Kalau macam tu... Esok abang datang ambil ? Boleh ?" Ammir tersenyum manis .

" Emmm boleh ! Malam ni Nana siapkan barang . Abang datang dengan apa ?" Soal Husna .

" Private jet . Jadi tak lama la Nana tunggu abang . Pukul 12 pagi esok abang sampai sana ." Jawap Ammir sambil mengangguk kepala .

" Alright . Nana tunggu ." Balas Nana teruja . Setelah mereka berbual dan ketawa bersama .

Setelah panggilan itu berakhir , Husna mengemaskan pakaiannya . Setelah selesai Husna tidur dengan penuh keterujaan dihati . Ketidaksabaran nya untuk bertemu dengan
Tepat pada pukul 12 tengah hari , Ammir tiba di rumah Husna .

" Assalamualaikum !" Suara seorang lelaki .

" Wa'alaikumusalam , abang Ammir! Naiklah dulu ." Ajak Husna dengan penuh gembira .

Ammir melangkah kaki masuk kedalam rumah Husna .

" Abang rest la dulu tau ." Senyuman manis terukir di bibir Husna . Lesung pipit di pipinya menaikkan seri wajahnya .

"Okey , Nana ." Mata coklat muda milik Ammir menatap lembut wajah Husna . Hatinya berdegup kencang , entah kenapa rasanya tidak dapat dinyatakan .

" Nana pergi dapur dulu ." Kaki Husna melangkah ke dapur . Walaupun didalam rumah , Husna tetap mengenakan stokin .

Ammir duduk diatas sofa yang ada . Tidak pernah dia merasa tinggal dirumah kampung .

SKIP

Bau makanan yang yang menggugat selera itu dihidu oleh Ammir membuatkan di tersedar dari tidur lenanya diatas sofa . Kakinya melangkah kearah dapur.

"Eh , abang dah bangun . Jom la makan . Nana masak simple je ni haa... Harap abang boleh telan la ye ." Senyuman manis Husna terserlah.

" Susah susah je Nana ni . Abang ni bukannya macam abang Ammar kamu tu memilih makanan . Abang boleh je telan semua ." Balas Ammir sambil melangkahkan kaki masuk ke dapur . Mata hitamnya tepat tertumpu pada Husna yang sedang menghidangkan nasi kepadanya .

Rasa ingin memiliki Husna semakin bergejolak dalam hatinya . Entah kenapa namun dari kecil lagi Ammir telah memendam perasaan kepada Husna .

" Aa... Abang ? Kenapa pandang Nana macam tu ? Seram tau tak ." Husna yang baru sedar dengan tenungan Ammir itu langsung berubah riak wajah .

Ammir tergelak kecil . " Ahh... takdelah . Abang rindu adik abang sorang ni je . Ye lah lepas nana masuk tingkatan satu langsung tak jumpa dah . Papa pun sejak jemenjak ni asyik tanya pasal Nana tau ." Dia cuba menutup perasaannya .

" Assalamualaikum , eh ? Ammir ?" Cik Ziah yang baru pulang terkejut dengan kehadiran Ammar .

Pantas Ammar berdiri menyambut kehadiran Cik Ziah . " Wa'alaikumusalam , mak . Ni bukan Ammir mak . Ni Ammar ." Terang Ammar sambil tersenyum .

" Ohh ye ke ? Maaflah tak boleh nak bezakan sangat ." Cik Ziah tergelak kecil menyedari kesalahannya .

" Ohh takpe ." Balas Ammir .

" Mak , jom la makan sekali . Nana masak simple je ni haa..." Sampuk Husna sambil bangun dan mengambil pinggan untuk ibunya .

" Iyalah . Ni lepas makan nak gerak terus ke ?" Soal Cik Ziah .

" Ye , mak . Lama tak balik Johor . Entah apa lah jadi kat bilik Nana kat sana tu . Ntah ntah jadi stor dah ." Jawap Nana dengan senyuman.

" Takdenya . Papa paling pantang ada orang masuk bilik Nana tau . Sayang dia kat nana ." Balas Ammar . Husna hanya membuat muka teruja lalu mereka menjamu selera bersama .

SKIP

Setelah makan , Husna dan Ammar bergerak terus ke airport dan menaiki jet peribadi milik Family Ammar .

" Ya Allah , lamanya tak naik kapal terbang... " Kata Husna sambil matanya ligat melihat ke luar jendela kapal terbang .

" Lah , ye ke . Dah , enjoy the view ." Balas Ammar yang berada didepan Husna . Matanya terus memerhatikan wajah nana yang teruja layaknya seorang budak kecil . Senyuman kecil muncul dibibir Ammar . Setelah sekian lama akhirnya dia bertemu semula dengan Husna .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience