Baju yang sudah dilipat rapi itu dibawa ke sebuah bilik . Tanpa mengetuk pintu itu Husna terus masuk begitu sahaja didalam bilik Syazwan dan meletakkan pakaiannya diatas katil .
Klik...
Pintu tandas dibuka . Syazwan keluar dari tandas dan mengesat kakinya di karpet didepan pintu bilik air itu tanpa melihat Husna yang sedang membetulkan cadar katilnya .
Husna mengangkat kepalanya dan melihat Syazwan yang tak berbaju dan hanya dililiti sehelai tuala dipandangnyanya membuatkan Husna kaku sejenak .
" Eh , sayang ? Buat apa ?" Soal Syazwan apabila sedar dengan kehadiran Husna dalam biliknya .
Husna dengan cepat menundukkan kepalanya . " Aa... ta... tadi saya letak baju awak atas katil tapi cadar katil awak tak kemas... " Husna berhenti bicara apabila Syazwan mendekati Husna .
" Kenapa ? Awak takut ?" Soal Syazwan . Wajah Husna bertukar merah .
" Aaaa... " Husna kaku sejenak sebelum menjauh dan berlari keluar dari bilik Syazwan . Entah kenapa rasa puas pula hatinya dapat mengusik Husna .
Husna terus masuk ke dalam biliknya . " Ya Allah , rasa berdosa pulak !" Gumannya kecil .
Hampir tercabut rasanya jantung Husna apabila melihat Syazwan seperti itu . Tubuhnya yang berotot kekar dan perut pula seakan disusun dengan roti itu makin membuatkan wajah Husna bertukar merah . Blushing !
SKIP
" Queen , LH nak jumpa ." Panggil salah seorang anggotanya .
Syazwa melirik sekilas . " LH mana satu ? Kalau Asyraf saya taknak ." Tegasnya . Pen ditangannya terus melakar butiran perkataan .
" Alpha LH , Queen . Dia tengah tunggu Queen ." Mahu tercabut nyawa Syazwa apabila mendengar kalau ALH memanggilnya . Meremang bulu romanya .
Syazwa mengangguk perlahan . " Baiklah ." Matanya seakan gerun , entah apa yang dimahukan oleh ALH .
SKIP
" Tuan ." Syazwa memberi tabik hormat kepada ALH yang berada dimejanya .
" Oh , My Queen . Have a seat . I want to ask you something ." Mata ALH memandang santai kearah Syazwa . Syazwa mengangguk sebelum duduk didepan ALH
Debaran makin terasa . ALH merenung wajah Syazwa . " Saya dapat tahu yang kamu ada keluar dengan IK semalam , betul ?" Kening ALH diangkat . Syazwa menghela nafasnya .
" Ye tuan ." Air liurnya ditelan terasa kelat .
ALH tersenyum manis . " Saya tahu niat awak baik , tapi awak kena ingat dia tu siapa . I don't want My Queen to get into trouble . Ingat mission sebenar kita . " Suara ALH lembut namun Syazwa tidak mudah terpedaya . Dia tahu ALH akan sangat baik dengan wanita namun agak kejam bila dengan musuh .
Syazwa mengangguk faham . " Baik Tuan ." Balas Syazwa .
" I nak tanya you satu soalan . Tapi ni personal sebenarnya... So... jika you tak keberatan , jawap lah dengan jujur ." Syazwa sekali lagi menelan air liur yang terasa kelat itu .
" Apa Tuan ?" Soal Syazwa .
SKIP
" SHIT !" Segala dokumen yang berada diatas meja itu berhamburan di lantai . Amarahnya langsung tak dapat ditahan .
" Master... " Pujuk Liya .
" You shut up , Liya !" Jarinya dirunding kasar pada Liya . Liya hanya mampu mengeluh kasar .
Dia berdiri di tingkap kaca . Melihat pemandangan . " All... all of it ! We lost it AGAIN !" Tengking Khai membuatkan seluruh ruangan bergema dengan hanya suaranya .
Dia terus termenung , ribuan idea jahatnya sedang menyelubungi fikiran . " Liya , aku nak kau cari apa aset penting bagi diorang dan siapa ." Dingin suara Khai .
" Aset penting diorang ialah Syahida Husna dan Amanda Melisha . Dua ni dikatakan aset paling penting kerana Amanda Melisha memegang 80% keuntungan atau aset utama dalam keluarga Ashim sedangkan Syahida Husna pula dikatakan memegang satu ' code ' yang dapat menyelamatkan mereka semua ." Ujar Liya . Dengan cepat Khai memusingkan tubuhnya kearah Liya .
Khai seakan bingung sejenak . " Keluarga Ashim ? Code ?" Dia bertanya seorang diri . Puzzle didalam otaknya cuba disusun .
Tiba tiba matanya membulat , seakan telah selesai menyiapkan puzzle . " Kita ambil mereka ." Senyuman sinis Khai diukir .
Liya menghela nafas . " Tapi master... Diorang dibawah jagaan IK dan LH . Kawalan terlampau ketat dan... Kemungkinan untuk dapat diorang tu mustahil ." Ujar Liya lagi untuk memastikan arahan dari Khai .
Khai tersenyum dingin . Langkah kakinya dibuka hingga dia berada tepat didepan Liya . " Aku belum tunjukkan pada kau siapa aku sebenarnya... " Hembusan nafasnya panas terkena kulit leher Liya . Suaranya yang betul betul berada disebelah telinga Liya membuatkan Liya kaku .
Khai menarik tubuhnya kebelakang . " Aku tahu kau pernah diratah oleh IK kan masa kau cuba untuk jadi ' Spy ' kepada Queen of The Black Hole . Tapi gagal ." Sinis Khai .
Liya hanya mampu menundukkan kepala kerana malu . " Tapi bagus kalau dia tak tahu yang kau dengan dia dulu satu sekolah kalau tak aku rasa dah lama dia bunuh kau ." Tambah Khai lagi .
SKIP
Pukul 5:30 pagi , Husna sudah bangun sama juga dengan Syazwan kerana pintu bilik Husna telah dibuka . Husna membuat permohonan untuk menyambung pengajiannya secara atas talian sahaja .
Husna turun ke bawah untuk memasak sarapan pagi . " Nak masak apa eh hari ni... " Gumannya sendiri sambil mengobek ngobek isi peti sejuk itu .
" Husna ? Buat apa tu ?" Panggil Syazwan yang baru sahaja turun .
Husna langsung berdiri dan melihat kearah Syazwan . " Oh , saya nak masak... Tapi tak tahu nak masak apa... " Balas Husna .
Syazwan mengangguk faham . Dia berjalan menghampiri Husna . " Kalau macam tu... "
Dring dring...
Telefon yang berada dalam genggaman Syazwan itu berdering . Syazwan terus memandang kearah skrin telefon miliknya . Dia terus meninggalkan ruangan dapur dan mengangkat panggilan itu .
Husna hanya melihat sahaja dari jauh . Memilih untuk membiarkan Syazwan menyelesaikan urusannya . Husna mengeluarkan ketulan ayam dari freezer dan diletakkan di dalam singki .
" Alright , I will be there ." Itulah kata terakhir Syazwan sebelum talian itu diputuskan . Syazwan kelihatan sedikit tergesa gesa .
" Sayang , saya ada kerja and i need to go now . Pukul 2 tengah hari baru balik . Awak masak untuk awak sorang je la dulu ye ." Suaranya seakan ingin cepat . Husna hanya mengangguk sahaja . Dia tak mahu bertanya lebih takut jika Syazwan terlambat dengan urusannya .
" Eh , dia tak nak tanya ke aku ke mana ?" Guman Syazwan dalam hatinya apabila dia baru sahaja melangkah naik beberapa anak tangga . " Dia tak kesah ?" Gumannya lagi . Dia mengintip Husna sedikit dari tangga itu .
Husna menyimpan kembali ayam itu ke dalam freezer . Husna bukanlah manusia yang jenis suka sarapan pagi sangat jadi bukan masalah besar baginya untuk bertahan .
Syazwan langsung menepis segala fikiran buruknya terhadap Husna dan dengan cepat naik untuk mandi dan menukar pakaian . Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam tandas , dia baru ingat kalau dia masih belum menggosok bajunya .
" Erhh ! Macam mana ni ?!" Dia mula panik sendiri . Husna yang melintasi bilik Syazwan itu melihat kekalutan suaminya .
Husna menolak perlahan pintu bilik Syazwan . " Awak ? Awak ada perlukan bantuan ke ?" Soal Husna lembut . Syazwan langsung menoleh kearah Husna . Ye lah ! dia lupa kalau dia ada bini ! Syukurlah .
" Aa... ye... Boleh awak tolong iron baju saya ? Saya tak sempat ." Dahinya berkerut minta simpati Husna . Husna mengangguk setuju . Syazwan langsung tersenyum lebar .
Dia langsung menghulurkan baju kemeja dan seluar slack hitam pada Husna . Tak lupa juga tali lehernya itu .
Husna masuk ke dalam bilik Syazwan dan mula menggosok pakaian itu serapi mungkin . Baju kemeja dan seluar slack itu sudah siap di seterika rapi oleh Husna dan diletakkan diatas katil segala pelengkapan yang perlu telah disediakan sebelum dia melangkah keluar dari bilik .
Sebaik sahaja Syazwan keluar dari tandas , dia sudah melihat segalanya rapi disediakan Husna . Dia tersenyum manis . " Sama macam Syazwa ." Gumannya . Dia langsung memakai pakaian itu .
" Awak... awak ni necktie awak . Yang awak bagi tu macam tak sesuai pulak ." Husna lembut menghulurkan necktie pada Syazwan yang sedang mengacing bajunya .
Syazwan melihat sekilas kearah Husna . " Boleh tolong pakaikan ? Saya takut tak sempat ." Sengaja dia mengambil kesempatan dalam kesulitan .
Ya Allah jantan ni ! Sabar je lah . Nasib baik suami . Husna hanya menghela nafas dan mendekati Syazwan yang sedang sibuk membetulkan semua pakaiannya dari butang baju hinggalah lengan bajunya .
Husna mula membuat lilitan tali leher di leher Sayzwan . Kedudukan yang agak dekat untuk kali pertama bagi mereka setelah akad . Syazwan sengaja maju selangkah . " Eh ?!" terkejut Husna angkara gerakkan Syazwan yang tiba tiba .
Syazwan tersenyum . " Saya ambil jam je . Jangan risau ." Syazwan memakai jam tangannya . Husna hanya mengangguk dan kembali melilit necktie pada Syazwan .
" Dah ." Kata Husna lalu mengambil langkah mundur .
" Saya nampak macam mana ?" Sengaja Syazwan bertanya . Hauskan pujian dari seorang isteri la tu .
" Okey , perfect ." Balas Husna . Dia tiba-tiba mendekati membuatkan Syazwan kaku sejenak . Husna terus memerhatikan leher Sayzwan .
" Hah sudah... jangan sekarang sayang... saya ada kerja ni... " Guman Syazwan dalam hatinya . Fikirannya sudah melayang ke lain .
Husna membetulkan kolar bajunya dan kembali berundur . " Semua dah okey ." Balas Husna .
Syazwan tersenyum . Wajahnya sedikit merah kerana malu dengan isi fikirannya sendiri . " Thank you , awak ." Husna hanya mengangguk dan melangkah keluar dari bilik itu .
Ehehehe...
Share this novel