Husna yang terlelap angkara terlalu penat dengan harinya tidak sedar dengan kepulangan ibunya .
" Amboi anak aku ! " Terkejut Husna setelah mendengar suara ibunya yang pulang .
" Aahh ! Mak... " Masih dalam mengantuk . Dia duduk sambil melihat kearah ibunya .
" Mak gi mana ?" Soalnya sambil menggosok biji mata yang masih mengantuk itu .
" Rumah jiran sebelah ni haa . Dia bagi laksam . Nana dah makan lom ?" Soalnya sambil meletakkan laksam itu diatas meja .
" Dah... " Jawapnya singkat lalu bangun untuk memeriksa makanan yang diberi .
" Mak nak makan tak ? Kalau nak , Nana panaskan ?!" Jeritnya kerana ibunya sudah masuk ke bilik untuk bertukar pakaian .
" Haa panaskan jelah , kita makan sekali . Buat rasa rasa je ." Balas ibunya .
Tanpa banyak songeh Husna terus membawa laksam tersebut ke dapur untuk dipanaskan . Ibunya muncul disebelah Husna untuk melihat kejadian laksam yang dipanaskan oleh Husna .
" Mak pergi rumah sapa tadi lama sangat ?" Soal Husna setelah melihat ibunya .
" Pergi rumah makcik Doh . Anak dia yang lebih kurang sebaya dengan Abang An dah kerja dah ." Cerita ibunya .
" Kerja apa ?" Tanya Husna sambil mengacau kuah laksam .
" Kerja dengan ayah dia . Company mana tah dekat Tanjung Malim . Nana kalau dapat dia untung tau... " Cuit ibunya sambil tersenyum .
" Eish mak ni , Nana muda lagi tau... Ntah ntah dia pun dah ada calon sendiri ." Kuah laksam yang sudah panas itu Husna tutupkan api .
" Alah... mak dah tanya, dia kata takde ." Teruja ibunya mengatakan sedemikian .
" Makkkkk !" Kesal Husna .
" Hahahah , ye ye tak . Kejarlah cita cita dulu baru fikir pasal cinta ." Akhirnya ibunya mengalah .
Husna terus mengisikan dua mangkuk kosong tadi dengan laksam yang baru sahaja selesai dipanaskan .
" Apa nama dia ?" Tanya Husna ketika ibunya sedang menceritakan tentang si adik lelaki yang tadi .
" Puteri Syazwa Aisya . Abang dia pulak Muhammad Syazwan Azim . Handsome abang nya . Adiknya pun cantik . Sama tua dengan Nana rasanya adik dia tu ." Jelas ibunya . Husna hanya mengangguk faham .
" Assalamualaikum Mak , Abang An dah balik ni !" Seseorang lelaki yang bertubuh tegak dan berpakaian lengkap uniform polis itu masuk kedalam rumah .
" Eh , balik dah ? Awal ?" Soal Husna yang melihat kelibat abangnya yang baru sahaja sampai itu .
" Ye , hari ni awal sebab kerja siap awal ." Sahut abangnya . Husna mencapai tangan dan menyalami tangan abangnya itu .
SKIP
Loceng yang berdering kuat disebelahnya membuatkan dirinya tersedar dari lena . Dia bangun sambil menggosok biji matanya itu . Melihat jam disebelah menunjukkan pukul 5:30 pagi .
" Erhhh , sekolah lagi... " Dengusnya .
Tanpa banyak songeh dia bangun untuk mandi dan solat subuh . Husna yang sudah siap berpakaian lengkap sekolah dengan tudungnya yang melabuh menutupi siku lengannya .
Kacamata yang berwarna rose gold dan berbentuk seperti heksagon membuatkan aura pelajar makin meningkat .
Beg galas dia pikul dibelakangnya . Dan keluar dari bilik tidurnya .
" Eh Nana , meh makan dulu ." Ajak Ibunya yang baru sahaja siap menghidangkan sarapan pagi .
" Okey !" Jawap Husna riang .
" Mak abang mana ?" Soap Husna yang baru sahaja duduk di kerusi meja makan .
" Ada ni haaa... " Sahut abangnya .
" Gi ngn sapa hari ni ?" Soal abangnya yang duduk disebelah Husna .
" Dengan Dila ." Jawapnya singkat sambil tanganya menggapai bihun goreng yang dimasak oleh ibunya .
" Balik ?" Soal abangnya lagi .
" Dila jugak . Abang tak kerja ke hari ni ?" Santai Husna .
" Kerja je , masuk lambat la sikit hari ni ." Sambil menyuap bihun kedalam mulutnya .
SKIP
Kaki yang baru sahaja melangkah masuk ke kelas itu terus dipenuhi dengan rasa benci apatah lagi jijik .
" Ya Allah , muka mamat ni lagi ! Bila la nak pindah kelas ?!" Guman hati kecil Husna . Dila pula terus memandang sinis lelaki yang mengenakan baju pengawas purple .
" Dila... Janganlah padang dia macam tu . Nanti dia kata aku macam ii pulak !" Husna menyiku lengan Dila yang sedang leka memandang sinis wajah Firdaus .
" Lantak dia la ! Panas hati aku yang semalam pun tak settle lagi tau !" Bisiknya .
" Eish ko ni !" Husna dan Dila meletakkan bag sekolah mereka dan duduk ditempat duduk mereka . Husna yang duduk membelakangi para pelajar lelaki sedangkan Dila pula tepat menghadap mereka .
Pandangan tajam mata Dila masih tertuju pada lelaki itu . Sudah diberi amaran namun tahap kesabarannya sudah senipis kulit bawang .
SKIP
Akhirnya hari yang penuh dengan tekanan bagi Husna dan Dila akhirnya berakhir juga .
" Nak balik terus ?" Soal Dila sambil memikul beg galas .
" Ye la , ke ko nak singgah mana mana ?" Soal Husna sambil memandang wajah sahabatnya .
" Takde kot ." Dalam perjalanan untuk ke pintu kelas , dengan tidak sengaja Husna terlanggar Firdaus yang ingin masuk ke dalam kelas .
" Kau ni buta ke !" Tengking Firdaus tanpa bertapis lagi .
" Aku pulak ! Kau tu yang masuk tak reti pandang depan !" Jerkah Husna kembali .
" Lain kali nak jalan tengok depan la bongok ! Dah Husna , jom bla !" Hampir bertauk kening Dila . Dia menarik tangan Husna dan keluar dari pintu .
" Kalau dah nama perempuan memang tak reti mengaku salah !" Guman Firdaus .
" EIII geramnya aku !!!" Kesal Dila .
" Jangan kan kau , aku lagi la ! Dia langgar aku lepas tu cakap aku yang buta . Padahal dia yang jalan tak tengok depan !" Keluh kesal keluar dari mulut Husna .
" Kalau halal untuk dibunuh ! Dah lama aku cincang - cincang halus mamat tu !" Kata Dila sambil menunding jari kearah kelas .
Hanya amarah yang terus merebak dalam hati mereka . Segala binatang yang hidup di hutan semuanya dilontarkan oleh Dila kepada Firdaus .
Share this novel