Sebaik saja turun dari tangga , hampir saja dia melanggar suaminya . " Eh , awak... " Sempat Husna berhenti sebelum berlakunya kemalangan . Tangannya mengangkat sebakul kain busuk dari biliknya dan Syazwan .
" Sayang... terkejut saya . Meh sini saya bawak bakul tu ." Syazwan tersenyum lembut pada Husna .
" Eh , takpe saya boleh bawak . Bukannya berat pun ." Balas Husna . Dia melarikan sedikit bakul itu dari diambil Syazwan .
Syazwan merampas lembut bakul kain dari Husna . " Alah , takpe... Eh ? Kenapa awak ambil hoodie ni ? Bukan ke saya dah gantung ?" Soal Syazwan pada Husna apabila hoodie yang dipakainya pagi tadi diambil untuk basuh .
" Ye lah , kan dah kena air mata dengan hingus saya... " Perlahan suara Husna . Wajahnya bertukar merah apabila mengingati kejadian pagi tadi . " ERRHH kenapalah aku pergi peluk dia ? Tapi best peluk dia... " Getus hati Husna .
Syazwan tersenyum apabila melihat wajah Husna yang bertukar merah . " Alah takde apa lah... Dah , awak pergi masak saya jemur kain ni ." Syazwan mengusap keplaa Husna lembut dan berjalan kebahagiaan laundry rumahnya yang berada di belakang dapur .
Husna merasakan satu rasa yang sudah lama lenyap dalam hatinya kini muncul kembali . Rasa cinta ?
Husna masuk ke dapur lalu memikirkan menu apa yang boleh dia masak . Syazwan memasukkan semua baju ke dalam mesin basuh dan berhenti apabila hoodie yang dia pakai pagi tadi berada ditangannya . Dia tersenyum mengingati kejadian itu . Dia memasukkan hoodie itu ke dalam mesin dan membiarkan mesin itu mencuci pakaiannya .
Husna termenung memikirkan menu sehingga satu tangan melingkar di pinggangnya . " Eh ?!" Matanya membulat terkejut . Dia dapat merasakan hangatnya nafas seseorang yang memeluk tubuhnya dari belakang itu . Tak lain tak bukan mestilah suaminya .
" Makin berani ye Syazwan sekarang . Mentang mentang aku dah peluk dia dulu... " Guman hati Husna .
Husna cuba untuk melepaskan pelukkan Syazwan namun Syazwan tidak ingin melepaskannya . " Awak ?... " Wajah Husna bertukar merah lagi .
" Eemm ? Kenapa ?" Pipi Syazwan melekat pada pipi Husna yang separas bahu Syazwan itu .
" Sa... saya malu lah... " Husna cuba untuk melepaskan dirinya lagi . Syazwan semakin mengetatkan pelukkan itu .
" Pagi tadi awak dah peluk saya kan ? Sekarang giliran saya pulak peluk awak... " Hidung Syazwan turun ke leher Husna dan menghidu haruman Husna . Husna jeda seketika .
" Eemm.. wanginya awak... Bau baby... " Husna tersenyum malu . Dia tak lagi melawan pelukkan Syazwan cuma dia merasa geli apabila Syazwan menghidu bau di lehernya .
" Baa... bau baby ? Taa... tapi... " Husna menolak perlahan wajah Syazwan menjauh dari lehernya .
" Yes , bau baby... Tapi apa hmm ?" Soal Syazwan dan sekali lagi menghendus bau di leher Husna . Ketagih dah mamat ni .
" Tapi... saya tak mandi lagi... " Sekali lagi Husna menolak perlahan wajah Syazwan . Syazwa kaku seketika . Dia tertawa kecil .
" Ye ke ? Tak mandi pun dah wangi . Bau baby... i like it... awak pakai apa boleh keluar bau baby ni ?" Syazwan mengeratkan pelukkannya dan pipinya bertembung dengan pipi Husna yang gebu itu . dia menggeselkan pipinya pada pipi Husna dan dapat merasakan gebu dan kehalusan pipi Husna .
" Sa.. saya pakai minyak angin Yuyi tu... Aa... awak... Bila saya boleh masak kalau awak duk peluk macam ni..." Jangan kan merah , sikit lagi nak biru muka si Husna kerana malu .
Syazwan tersenyum manis . Syazwan melepaskan pinggang Husna dan bersandar pada kabinet dapur sebelah Husna . " Iyalah . Awak nak masak apa ?" Syazwan memerhati sahaja wajah Husna yang merah itu . Sampai ke telinga . Kalau menangis hidung tu sikit lagi nak jadi badut .
" Eemm... saya tak tahu lah... awak nak makan apa ?" Soal Husna kembali . Sekilas dia memandang Syazwan yang memerhatikannya . Cepat Husna mengalihkan pandangannya dari terus melihat Syazwan .
Syazwan mendekati Husna . "Ehehem... Masak yang simple je lah . Saya tak kisah pun... " Syazwan mengunci pergerakkan Husna . Tangannya menyekat kiri dan kanan pinggang Husna . Matanya tepat menatap mata coklat gelap milik Husna. Senyuman nakal bermain dibibirnya .
Mata Husna membulat . " Aa... awak... jangan lah... " Syazwan semakin mendekatkan wajahnya pada wajah Husna . Macam nak telan orang dah rupanya . Husna cuba untuk menjauh .
Dring dring...
Panggilan telefon itu menganggu rancangan Syazwan membuatkan wajah Syazwan bertukar kesal . " Awak masaklah apa apa tau . Nanti saya makan . Eh tak... Kita makan sama sama... " Syazwan mencuit pipi gebu Husna itu sebelum dia pergi dan mengangkat panggilan .
Husna menghela nafasnya dan mengusap dadanya . " Nasib baik... Sapalah yang call tu ? Selamat nyawa aku ." Getus Husna perlahan dan mula menghiris bawang .
" Okey , 3:30 petang ni aku sampai sana ." Ujar Syazwan lalu mematikan panggilan itu . Dia kembali berjalan kearah Husna dan melihatnya yang sedang fokus menghiris bawang .
" Awak ." Panggil Syazwan sedikit kuat dari biasa . Husna langsung berpusing namun tangannya masih menghiris bawang .
" Auch !" Tanpa sengaja Husna menghiris tangannya sendiri . Syazwan dengan cepat berlari kearah Husna .
" Sayang ? Saya mintak maaf !" Syazwan memegang jari Husna yang telah terluka itu . Syazwan kelihatan lebih panik berbanding dirinya .
Husna membuka paip air dan meletakkan tangannya di bawah air yang mengalir . Syazwan langsung berlari mendapatkan first aid kit .
" Saya minta maaf... Saya tak sengaja panggil awak kuat kuat... " Sayu Syazwan sambil mengeluarkan ubat dan membalut jari Husna yang terluka .
" Takpe... " Balas Husna sambil menahan sakit .
SKIP
Ruangan itu hening . " Kau bawah jagaan aku sekarang . Nak ke mana mana kena mintak izin aku . Faham ?" Tegas suara Luth pada Syazwa .
" Eh , kau ingat kau siapa ? Suami aku ke nak kemana mana kena mintak izin ?" Marah Syazwa .
Luth tergelak kecil lalu bersandar pada kerusinya . " My Queen... you need to know that you under my control right now... this is also for your safety, My Queen ." Luth tersenyum sinis . Menikmati kuasa yang dia dapat keatas Syazwa .
Sebelah bibir Syazwa naik . Geram sangat tu . " Eh , kau kena ingat yang aku dengan kau takde apa apa ! Cukup partner business ." Syazwa bangun dan menggapai handbagnya bersedia untuk pergi .
Luth langsung berdiri menatap Syazwa tajam ." Kau nak pergi mana ?" Tegas Luth membuatkan Syazwa kaku sejenak .
Syazwa memusingkan arahnya pada Luth dengan wajah riak . Cover takut . " Shopping ." Balasnya lalu berjalan beberapa langkah .
" Aku ikut ." Luth berjalan ke pintu dan membuka pintu itu sebelum Syazwa membukanya .
" Tak payah ." Syazwa menjeling matanya .
Luth menggigit bibir bawahnya angkara geram . Dia berjalan mendekati Syazwa dan membongkokkan sedikit tubuhnya .
" Jangan nak bantah kata aku . Kau bahawa jagaan aku sekarang . Kalau apa apa jadi dekat kau... Apa aku nak jawab dekat abang kau ?" Mata hijau Luth tepat merenung mata coklat muda milik Syazwa .
Syazwa mengambil langkah mundur selangkah . " Kau... kau tak payah nak over protective sangatlah ! Aku tahu cara bela diri ." Bantah Syazwa . Mahu saja dia memukul lelaki itu namun sedar bahawa mereka bukan mahram dan terus membatalkan niatnya .
SKIP
Tubuh itu dipapah keatas katil . " Puspita abang rehat tau . Mulai saat ini , abang akan jaga sayang 24 jam . Abang tak boleh maafkan diri abang pasal beberapa hari lepas ." Ammar duduk dibirai katil sambil menggenggam erat tangan Amanda .
Amanda tersenyum kelat . " Tu bukan salah abang . Abang tak perlu nak rasa bersalah ." Amanda mengusap lembut pipi Ammar .
" Ibu !" Jerit suara kecil itu sambil berlari naik keatas katil bersaiz king itu .
" Ehh ! Jangan lompat atas ibu ! Ibu tak sihat lagi ." Cepat Ammar menahan si kecil untuk melompat keatas ibunya .
" Kenapa ? Qiysya rindu ibu !" Rengek Qiysya . Matanya berkaca apabila Ammar menahannya .
" Qiysya ! Along dah kata kan ibu cakit ! Jangan buat ibu !" Marah Qays sambil berjalan santai kearah Ammar yang berada di sebelah Amanda . Ammar dan Amanda tersenyum manis melihat tingkah kedua anaknya itu .
Kepala Qays diusap lembut oleh Ammar . Ammar mengangkat Qays naik duduk dihadapannya sambil Qiysya pula tidur lengan Amanda .
" Abi... Mana Qayyum ?" Soal Qays merisaukan adiknya .
Ammar memandang Qays . " Qayyum dengan mama . Nanti petang ni mama datang duduk sini jaga Qayyum dengan kita . Ibu tak larat lagi ." Balas Ammar sambil tersenyum manis .
" Ohh , mama datang cini la nanti ! Yeayy ! Mama tinggal cini !" Sorak Qiysya bahagia . Dia bangun dan melompat lompat diatas katil .
" Amboii , happy nya dia ye . Tapi ingat... Mama datang sini nak jaga Qayyum tau . Jangan nak susahkan mama dengan permintaan bukan bukan ." Pesan Amanda sambil menarik anak perempuannya dalam pelukkan .
Ammar tersenyum namun Qays kelihatan seakan ingin bertanyakan sesuatu . " Sayang Abi ni okey tak ?" Soal Ammar sambil memegang bahu Qays .
" Takde lah Abi... Ari tu Qays ada dengar bunyi piuu piuuu kat ruang tamu rumah... Bila Qays nak bangun nak pegi tengok , mama tak bagi . Katanya bahaya . Bunyi apa tu Abi ?" Kata kata Qays membuatkan Ammar kelu seketika dan membuatkan Ammar berfikir panjang . Amanda pula bingung mendengar luahan Qays .
" Oh , takde apa lah . Bunyi burung je tu kot . Mama tak bagi sebab dah lewat malam... " Alasan Ammar . Amanda memerhati sahaja tingkah pelik Ammar . Kenapa macam takut sangat ?
SKIP
Raisya dan Ammir berjalan seiringan sebelum masuk ke dalam dewan itu . Langkah Ammir terhenti apabila satu message masuk dalam telefonya . " Oh , you . I kena pergi bahagian belakang . I'm sorry i kena tinggal you dekat sini ." Raisya berpusing memandang Ammir .
" Oh , iyalah . Saya pergi dulu . Assalamualaikum ." Raisya sedikit tunduk dan berpusing tubuh kemudia berlalu pergi .
" Wa'alaikumusalam ." Ammir melihat Raisya yang masuk terlebih dahulu ke dalam dewan itu kemudian Ammir pun meninggalkan tempat itu dan pergi ke bahagian belakang .
Raisya masuk dan duduk di meja bersama kawan kawannya yang lain . " Asal kau lambat ?" Soal salah seorang kawan kerjanya .
" Kereta rosak tadi . Nasib baik lau jumpa someone dia hantar ." Jelas Raisya . Yang lain hanya mengangguk sahaja .
" Dengan ini dijemput Dato seri Kamel , CEO of **** ." Pengecara majlis mula memanggil nama nama penting dari 5 company yang berbeza itu . Mereka berkumpul di satu tempat untuk meraikan kejayaan mereka bersama . Dato' seri Kamel berjalan diatas karpet merah sambil diiringi oleh beberapa pegawainya untuk ke meja VVIP .
Raisya memilih untuk tidak menghiraukan mana kerana langsung tidak tertarik .
" Seterusnya , di jemput Tuan Muda Ammir Alfian , CEO of Empayar Askara ." Mendengar sahaja nama yang disebut pantas kepala nya diangkat sambil melihat kearah Ammir yang berjalan masuk dengan dengan tersenyum manis kearah semua orang .
Mata Raisya membulat terkejut . Tak dia sangka orang yang memberikannya tumpangan bukanlah orang biasa biasa .
" Handsome kan ?! Aku nak try lah !" Ujar Siffa yang duduk semeja Raisya membuatkan Raisya berpusing kearahnya . Dia hanya diam membisu .
Mawar menjeling Siffa tajam , dia sudah muak dengan perangai Siffa yang suka menggoda orang atasan . " Eleh , macam lah dia nak kau . Raisya ! Dia dah dekat lah dengan meja kita !" Teruja Mawar melihat Ammir berjalan di karpet merah yang berada disebelah mereka .
Masing masing mempersiapkan diri untuk dipandang oleh lelaki setampan itu namun ketika melintas , mata Ammir tertuju tepat pada Raisya dan mereka saling menatap dengan senyuman diwajah . Ammir berlalu pergi untuk ke meja vvip .
" Wait ?! Why Raisya je ?! Dia tak pandang aku pun ! Padahal aku lagi cantik berbanding si Raisya !" Kesalnya . Mawar memghela nafasnya . Mahu saja dia rendam Siffa dalam mangkuk tandas .
" Apa apa je la Siffa ." Balas Raisya malas .
SKIP
Setelah acara selesai semua sibuk untuk bergambar dengan Ammir namun tidak dengan Raisya yang hanya memerhatikan sahaja tingkah gedik Siffa yang sengaja memeluk tangan Ammir semasa sesi bergambar .
" One more please..." Rayu Siffa tanpa malunya . Ammir hanya melayan . Setelah flash itu bernyala , Ammir sedar dengan kehadiran Raisya dari kejauah yang merenungnya .
Raisya berlalu pergi meninggalkan tempat itu dan mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi seseorang .
Ammir cuba menyelit keluar dari kerumunan orang hanya untuk mengejar Raisya . " Excuse me ." Dia berlari mengejar Raisya .
" Raisya !" Panggilnya . Raisya yang baru sahaja ingin menghubungi seseorang itu terbatal dan menoleh kearah belakang .
" Awak... eh , emm... Tuan muda ." Raisya berhenti dan tunduk sedikit tanda hormat .
Ammir berhenti tepat didepan Raisya . " Ahaha... tak perlu panggil I macam tu . Cukup panggil Ammir je . Eh you ni nak balik pakai apa ?" Soal Ammir dengan kening yang berkerut .
" Saya ingat nak call grab . Kenapa ?" Soal Raisya kembali .
Ammir hanya mengangguk faham . " Balik dengan I . sekarang bahaya grab ni , boleh jadi kes colek . You pulak kecik molek ni makin lah . Jom , I hantar you balik ." Ammir tersenyum manis sambil mengusik Raisya .
Raisya tertawa kecil . " Aa... i... iya lah ." Balasnya . Lift didepan ditekan oleh Ammir dan mereka pun turun ke aras parking kereta .
Semasa berjalan Ammir terhenti seketika . " You ! Kejap . I tertinggal wallet dekat meja tadi . Ni kunci kereta , you panaskan dulu . I akan turun secepat mungkin ." Ammir menghulurkan kunci keretanya pada Raisya dan terus berlari kearah lift kembali .
" Eh mamat ni... " Getus hati Raisya . Tanpa soal banyak dia terus memanaskan enjin kereta dan kembali duduk di seat sebelah kiri driver . Sambil bosan menunggu , Raisya touch up lipstick dan menyembur sedikit minyak wangi pada tubuhnya .
" Eh , ya Allah ! Aku lupa ni kereta orang !" Dia baru sedar kalau dia bakal meninggalkan bau nya dalam kereta Ammir angkara perfume itu .
BUK...
Telefonnya jatuh dari riba . Parfum dan lipstick di tangan dia letakkan di cup holder ditengah pengantara dua seat itu . ( Korang boleh bayangkan kan ?)
Knock knock knock...
Pintu jendela kereta di ketuk . Ammir berdiri diluar kerana pintu itu dikunci oleh Raisya . Raisya membuka kunci dan Ammir masuk .
Ammir terdiam sejenak apabila hidungnya menghirup haruman dari Raisya . " You ada nak kemana mana ke ?" Soal Ammir .
Raisya menggelengkan kepala . " Takde dah kot... Pergi ambil kereta saya je lah ." Balas Raisya .
Kereta milik Ammir pun meluncur laju meninggalkan tempat . Raisya dan Ammir sempat berbual sejenak .
Share this novel