Chapter 30

Drama Series 35153

Husna tak mampu untuk melelapkan matanya . Entah kenapa dia merasa sangatlah aneh ketika harus tidur disamping lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya itu . Syazwan telah lena angkara dibuai dengan kepenatan sedangkan Husna langsung tidak rasa mengantuk .

Mata Husna terus berkelip didalam kegelapan . Hela nafasnya kedengaran agak berat . Akhirnya dia bangun dari baringnya dan meninggalkan bilik tidur . Langkah kakinya berjalan masuk ke dapur . Segelas air suam diambil . Husna hanya duduk di meja makan dapur sambil dihanyutkan dengan lamunan .

" Nana ?" Suara itu lembut menyapa telinga Husna . Sekilas Husna mencari punca suara dan melihat sesosok tubuh lelaki berdiri di pintu dapur .

Dalam samar malam Husna cuba memerhati sosok tubuh itu . " Abang An rupanya . Terkejut nana ingatkan sapa dah tadi ." Husna tersenyum nipis melihat kearah abangnya .

Farhan tersengih . " Kenapa x tidur lagi ?" Soal Farhan sambil berjalan kearah Husna .

Husna mengeluh perlahan . " Tak ngantuk ." Jawap Husna sambil melihat kearah gelas ditangannya .

" Tak ngantuk ke takut ?" Sengaja Farhan memerli adiknya .

Wajah Husna bertukar kesal . " Eish abang ni ! Nama jugak first time kan ." Sambil menepuk tangan abangnya yang berasa diatas meja itu .

Farhan tertawa kecil . " Dah , pergi masuk tidur . Abang An nak pergi tandas kejap ." Farhan berdiri dan mencuit lengan adiknya . Husna hanya mengangguk dan melihat abangnya masuk ke tandas . Husna mengeluh berat dan berdiri meletakkan gelas di singki sebelum naik ke atas .

Sebelum masuk ke dalam biliknya , Husna melihat cahaya yang terang di bilik Cik Ziah . " Mak tak tidur lagi ke ?" Guman Husna seorang diri . Entah kenapa hatinya bergerak untuk melangkah pergi ke bilik ibunya . Suasana hening...

SKIP

BANG ! BANG ! BANG !

Suara tembakan yang tak henti henti membuat bising di dalam bilik itu terus memenuhi ruangan . Anak buahnya yang terus berbaris dibelakang hanya menyaksikan sahaja kegilaan King nya .

Kaca mata hitam miliknya dibuka setelah peluru habis digunakan . Dia berjalan dan duduk di kerusi . " Apa yang kau nak sampai datang sini memalam macam ni ?" Suaranya garau . Soalan itu terus ditujukan pada sesosok tubuh seorang perempuan yang duduk di sampingnya . Wanita itu mengenakan serban serbi hitam . Siapa lagi kalau bukan Syazwa on her Queen mood . Mereka langsung tak saling menatap .

" Aku rasa kau tahu apa yang aku nak ." Syazwa memandang kearah IK .

IK menggelengkan kepalanya sedikit akibat kesal . " Cakap cepat . Aku takde masa nak main main dengan kau ." IK langsung tak memandang Syazwa . Mata hijaunya terus mengecil memandang kesekeliling .

Syazwa tertawa kecil . " Luth Bryan... I know you were very depressed when you heard about the marriage of Husna and my brother . Tapi nak buat macam mana , hidup mesti diteruskan ." Syazwa tersenyum sinis kearah Luth .

Mata hijau Luth memandang geram terhadap Syazwa . " Told me what you want and leave me ." Suara Luth geram . Syazwa tertawa .

" Okey okey... I just need a supplier of weapons ." Syazwa membetulkan jubahnya sedikit .

Mata Luth kembali ke asal . " Berapa banyak ?" Luth memandang kesekeliling .

Syazwa terus memberikan segala dan menandatangani segala persetujuan yang perlu . TBH dan TN memang sudah lama menjalankan urus niaga bersama . Mereka juga menjalankan urusan dengan pihak berkuasa , jadi mereka bukan lah sebarangan orang atau bukan juga mafia seperti Khai .

SKIP

Husna duduk diatas katil sebelah ibunya sambil melihat ibunya yang sedang sujud namun ada sesuatu yang pelik dengan sujud ibunya . Sudah 15 minit Cik Ziah sujud tanpa sebarang bergerak lagi .

Husna turun dan menyentuh perlahan belakang Cik Ziah .

BUK...

Tubuh Cik Ziah jatuh keatas pangkuan Husna . Wajah Husna langsung panik .

" MAKK !" Jerit Husna sambil cuba menepuk nepuk perlahan pipi Cik Ziah yang sudah pucat . Mata Cik Ziah sudah tertutup rapat .

" Sayang ?!" Syazwan yang tersedar dan langsung berlari kearah bilik Cik Ziah melihat kalau Cik Ziah sudah terbaring berada dalam pangkuan Husna . Husna mencari punca nadi Cik Ziah namun tak ditemui .

Farhan pula muncul disebelah Syazwan yang kaku . " Kenapa ni ? Nana ? Kenapa dengan Mak ?!" Farhan panik melihat kejadian itu langsung berlari disebelah adiknya yang sudah sebak .

Husna mula tak tentu arah . " Abang... " Air mata Husna menitis membasahi pipinya . Syazwan duduk disebelah didepan Husna sambil mencari nadi Cik Ziah . Namun hampa . Gelenggang kepala Syazwan berikan pada Farhan .

Tangisan Husna semakin menjadi jadi . " Makk !" Husna memeluk tubuh yang tak bernyawa dengan erat . Air matanya menitis diatas wajah Cik Ziah . Belum sampai sehari digelar sebagai pengantin , Husna sudah kehilangan satu jiwa yang merupakan syurganya .

Tak kalah juga , Farhan pun turut menitiskan airmata nya . Tubuh Cik Ziah yang berada didalam dakapan Husna diangkat perlahan . Wajah Cik Ziah ditutup dengan sehelai kain putih .

SKIP

Adila dan beberapa warga turut serta memandikan jenazah Cik Ziah . Sebak didada Adila tak mampu dia tahan . Beberapa orang silih berganti memandikan jenazah Cik Ziah kerana sebak . Cik Doh yang terus menerus mengalir tumpah .

Kafan yang sudah tersedia perlahan Husna balutkan pada tubuh ibunya . Walaupun airmata terus membasahi pipi , dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya . Sebelum wajah Cik Ziah ditutupi oleh kain kafan , satu persatu antara mereka mencium wajah Cik Ziah .

" Husna... " Panggil Adila . Melihat Husna lemah seakan tak berdaya .

Husna menjadi orang terakhir mencium pipi Cik Ziah . Tubuh itu dipeluk seketika . Entah kenapa Husna seakan tidak ingin melepaskan tubuh itu sehingga Syazwan perlahan menarik tubuh Husna ke belakang .

" Sayang... jangan macam tu... " Pujuk Syazwan perlahan . Husna hanya diam sedangkan hanya air mata sahaja yang dapat menjadi jawapan . Farhan yang ada disebelahnya pula yang dipeluk . Syazwan hanya mampu mengusap perlahan belakang Husna .

Pengebumian Cik Ziah berjalan lancar dengan kehadiran beberapa orang . Luth dan Syazwa juga turut serta namun Luth tidak memasuki kawasan perkuburan . Mungkin tidak kuat melihat Husna yang terus menangis .

Adila terus berada disamping Husna . Mencuba memberikan sokongan kepada Husna sebaik mungkin .

Cover baru y'all :3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience