Chapter 24

Drama Series 35153

Husna melabuhkan punggungnya didepan sofa . Bakul kain yang dipenuhi dengan pakaian itu ditumpahkan . Helaian demi helaian dilipat rapi oleh Husna . Ketelitian yang didapatkan oleh Husna berkat hasil dari Cik Ziah sendiri . Lagu yang diputarkan memenuhi ruangan yang sedikit sepi . Husna hanya tinggal sendirian apabila Farhan dan Cik Ziah pergi seketika untuk membeli barangan dapur .

Mungkin kerana leka dengan dunia nya sendiri , Husna tidak sedar dengan salam yang telah diberi berkali kali itu sehingga ketukan pintu itu menyedarkan Husna.

Asyraf tersenyum " Assalamualaikum ! Kak Na ." Dia memandang kearah laman depan rumah kerana Husna memakai tudung .

Pantas hal itu membuat Husna panik . " Wa'alaikumusalam , kejap kejap !" Panik Husna berlari masuk ke dalam biliknya mengambil tudung sarung dan menukar bajunya pada baju jersi lengan panjang .

Asyraf hanya tertawa kecil . " Ye Kak Na . Asy ada kat luar ni haa . Jangan risau , Asy tak tengok pun ." Asyraf mengurut keningnya seketika .

" Haa , naiklah ." Panggil Husna setelah keluar dari biliknya .

Asyraf memandang kearah Husna dengan senyuman bermain dibibir . " Kuat sangat ke pasang lagu sampai tak dengar Asy panggil ?" Asyraf mengangkat keningnya .

Husna tersipu malu . " Eish !" Husna mencuit lengan Asyraf dengan telefonnya . Asyraf tertawa besar . " Ni balik sini berapa lama ?" Husna kembali duduk di depan sofa . Asyraf mengangkat beg nya masuk dan meletakkannya didalam ' bilik ' dia . Dah macam rumah tu dia punya .

Asyraf pula duduk di sofa sebelah kanan Husna . " Balik asrama minggu lepas lagi . Hari ni baru boleh datang sini . Kak Na , dengar khabar baru ni Mak masuk hospital? Macam mana ? Dah sihat ke ? Mana Mak ?" Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Asyraf .

" Ouh , ye mak masuk hospital baru ni . Kalau tak sihat takdenya dia keluar dari pukul 10 pagi tadi sampai sekarang tak balik balik lagi . Balik sini berapa hari ?" Soal Husna kembali .

Asyraf mengangguk faham . " Tengoklah tiga ke empat hari , kalau rasa boleh tahan lama , tinggal sini terus ." Asyraf menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil ketawa .

Husna tersengih ingin ketawa . " Banyak la kau . Cuti sekolah eh sekarang ?" Husna memandang kearah Asyraf , pelik tiba tiba budak ni sampai .

Asyraf mengangguk . " Ye , cuti akhir tahun Kak Na . Takkan lepas SPM terus lupa tarikh ke ?" Sindir Asyraf . Husna menjeling tajam kearah Asyraf . Asyraf melirik pada jari Husna yang ber inai simple dihujung jari dengan dihiasi oleh cincin berlian . Asyraf tersenyum melihat itu . Maksudnya majlis tu berjalan lancar lah.

SKIP

Matanya terbuka perlahan , silau akan cahaya lampu menusuk biji matanya . Bau ubat ubatan yang mengalir diruangan ity membuatkan Ammir bingung seketika . Kedengaran suara bisikkan orang ii ada berdekatan dengan katil itu membuatkan Ammir cuba mengangkat kepalanya . Namun terlalu sakit .

" Erhh... " Ammir mengerang sakit . Pagar yang berada disebelah kanan katil Ammir diturunkan .

" Bang , kau okey ?" Wajah Ammar agak tegang .

Ammir cuba menggerakkan tangan kirinya namun tangannya itu digari oleh Ammar takut kalau Ammir tiba tiba menyerang siapa sahaja . Biasalah , mereka juga dikenali dengan panggilan kembar psychopath . Apa apa je mereka boleh lakukan diluar kawalan .

" Lepas lah ! Aku tak gila lagi !" Jerkah Ammir sambil menyentak tangannya yang digari . Ammar mengeluh berat .

" Bang , bukan aku taknak tapi kalau aku biarkan kau , silap hari bulan... Habis anak buah aku , kau bantai ." Sindir Ammar . Ammir hanya mengeluh kasar . Nafasnya sangat berat . Mungkin saja amarahnya masih belum mereda .

Ammir menggosok keningnya dengan tangan kanan , hanya sebelah sahaja tangannya digari .

Ammar duduk diatas kerusi sebelah kiri Ammir . " Mir... aku dah dapat info pasal Khai , tapi kalau tengok aktiviti dia... tiada yang mencurigakan... Kelibat Zariff pun masih tak nampak ." Ujar Ammar cuba untuk merubah topik .

Ammir tidak memandang Ammar . Matanya terus menatap syiling Hospital . "Mungkin dia tengah menyorok tempat lain . Kau tahu la kan kalau nama pun pengedar dadah ni banyak je yang dilindungi ." Suara Ammir serak . Mungkin sahaja kehabisan suaranya habis kerana berteriak seakan orang gila .

Ammar mengangguk membenarkan ayat Ammir . " Aku akan buat Husna jadi milik aku nanti . Dia baru tunang , bukannya nikah dah pun ." Ammir tersenyum sinis seketika . Matanya dipejam . Aura kejamnya muncul .

Ammar menggeleng kepala . " Mir , kalau kau dapat Husna sekali pun... " Belum sempat Ammar menghabiskan ayatnya .

" Hanya Husna saja yang tahu code tu , Mar . Kalau Husna tersalah orang macam mana ?!" Tegas Ammir . Ammar kaku seketika .

Hanya Husna yang tahu ' code ' itu... Benar... Hanya Husna yang tahu . Code yang telah lama disimpan Husna . Code yang dimaksudkan ialah petunjuk kepada mereka terhadap sesuatu yang sangat berharga peninggalan datuk dan nenek mereka . Kenapa hanya Husna ? Kerana nenek dan atuk mereka tahu kalau almarhum Liya takkan hidup lama kerana incaran para musuh .

" Kematian Liya dan mama bukanlah sebuah kemalangan biasa Mar... Tapi dibunuh... " Sebak Ammir apabila mengingati kejadian itu .

FLASHBACK

" Mama ! Lori depan !" Jerit Husna .

" AAAA !"

DUSH ! Semuanya gelap dimata Husna . Husna hilang kesedaran . Pemandu lori yang membawa lori berlawanan arah itu turun . Husna terjatuh ke bawah membuatkan Husna tidak kelihatan oleh orang itu .

Kaca tingkap dipecahkan dan dua das tembakan dilepaskan meragut nyawa Liya dan Mama yang sebenarnya masih bernyawa . Nampak seperti sudah dirancang . Kawasan highway yang jarang dilalui membuat aksi lelaki itu tertutup rapat .

Senyuman sinisnya terukir dibibir , rasa puas apabila dapat membunuh orang yang sangat berharga dalam keluarga Ashim namun dia langsung tidak tahu dengan kehadiran Husna disitu membuatkan dia terlepas sesuatu yang lebih berharga . Sebenarnya , Husna lah yang hanya mengetahui ' code ' itu . Bukannya Liya .

FLASHBACK END .

Sorry lambat up , Syah busy sikit hari ni .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience