Chapter 41

Drama Series 35153

Semua maid dirumah itu dikumpulkan oleh Ammir di laman rumah . Matanya tajam memerhati setiap orang yang berbaris ketakutan didepannya .

" Aku tahu ada diantara korang yang cuba untuk racun Puan Amanda !" Jeritnya memulakan bicara . Semua disana hanya mampu tertunduk dan mengigil ketakutan . Anak buah Alfian yang dilengkapi dengan senjata api sedia berjaga disetiap sudut hanya tunggu arahan sahaja untuk menembak .

" Jangan sampai aku buat benda gila baru nak ngaku !" Jerkahnya membuatkan semua ketakutan .

" MakTeh !" Panggil Ammir .

" Ye... ye Tuan ?" Suara Mak Teh gementar .

" Siapa yang masak makanan ni tadi ?!" Jerkah Ammir bertanya . MakTeh tahu jika dia menipu sekali pun takkan mudah untuk dia melarikan diri .

" Maa... MakTeh sendiri yang masak... " Suara MakTeh jelas kedengaran ketakutan . Wajahnya bertukar pucat .

Ammir tersenyum sinis . Dia tahu pasti bukan MakTeh kerana MakTeh telah menjaga Amanda sewaktu Amanda melahirkan Qiysya dan tiada apa yang terjadi .

DOMMM !

Beberapa buah Hilux datang merempuh pagar rumah itu dengan kuat membuatkan ramai panik . Gerbang yang besar lagikan gah itu jatuh menyembah bumi .

BANG BANG BANG...

Tembakkan acak itu dilepaskan dalam kerumunan .

" AAAAA !" Masing masing berteriak panik . Ammir cuba mencari siapa yang melepaskan tembakkan acak itu . Bom asap yang dilemparkan oleh seseorang dari Hilux membuat pemandangan agak kabur m

" Masuk !" Satu kepala keluar dari Hilux itu dan mengarahkan seseorang untuk masuk . Liya mengheret sesosok tubuh .

" Tuan ! Tolong !" Rayu MakTeh yang diheret oleh Liya yang kini sudah berada didepan Hilux itu . Beberapa orang keluar dari Hilux dan menembak secara acak kearah anak buah Ammir membuatkan ramai antara mereka cedera . Namun tiada yang kehilangan nyawa kerana semuanya memakai baju anti peluru .

" Get down !" Arah Ammir . Semua maid perempuan dirumah itu dilindungi oleh anak buah Ammir .

" What happened ?!" Jerit Dato' seri Ashim yang tiba didepan pintu rumah .

" Papa ! Masuk !" Arah Ammir . Namun Dato' seri Ashim mengeluarkan senjatannya dan bersedia untuk menembak .

" Jangan tembak kalau kau nak orang tua ni selamat ." Sepucuk pistol diarahkan kearah kepala Makteh .

" MakTeh !" Jerit Ammir lalu mengambil pistol dari samping salah seorang anak buah yang melindunginya .

" Tak guna punya perempuan ! Apa yang kau nak ?!" Jerkah Ammir . Senyuman sinis terukir dibibir Liya .

" Aku nak Syahida Husna dan Amanda Melisha ." Matanya tajam memandang Ammir dan anak buahnya . Mujurlah 3 beradik itu dibawa oleh Kashmina semasa Amanda sedang nazak dibawa ke hospital pagi tadi .

SKIP

Husna dan Syazwan berjalan beriringan di pantai itu setelah makan bersama dan solat Asar di surau yang berdekatan .

" Awak... kejap saya nak bukak kasut saya... " Pinta Husna . Syazwan yang berjalan disebelahnya menunggu sahaja . Husna tunduk dan membuka kasutnya namun tidak membuka stokin nya .

" Dah , jom ." Ajak Husna sambil membibik kasutnya ditangan .

" Meh sini saya pegang ." Tanpa persetujuan Husna , kasut ditangannya dirampas oleh Syazwan . Mereka berjalan di tepi hempasan ombak pantai sambil mencelup kaki sedikit .

" Awak ! Janganlah... Basah kain saya... " Marah manja Husna namun dia juga turut tertawa apabila Syazwan memercikkan air padanya .

" Hahaha ." Syazwan ketawa kecil .

" Ehh ada cengkerang lah !" Jari Husna menunjuk kearah cengkerang yang agak banyak bertimbun . Husna dan Syazwan bercangkung lalu mengangkat cengkerang itu .

" Ah !" Husna terkejut dengan sesuatu cengkerang . Syazwan tertawa melihat Husna yang terkejut .

Dia tersenyum kearah Husna . " Sayang , tu umang - umang . Tak bahaya pun ." Wajah Husna masih kelihatan takut .

" Umang - umang ?" Husna menyoal sekali lagi walaupun sudah mendengar Syazwan .

" Ye ." Balas Syazwan sambil membelek belek beberapa cengkerang lain . Saja nak layan bini .

Husna mengangguk dan kembali membelek belek juga cengkerang yang ada .

Dring dring...

Telefon Syazwan berdering . Husna hanya melihatnya sekilas . " Saya angkat call kejap , awak duk sini . Jangan gi mana mana ." Arah Syazwan . Husna hanya mengangguk dan kembali bermain dengan cengkerang itu .

Syazwan berjalan sedikit jauh dari Husna dan mengangkat telefon itu . " Ada apa ?" Suaranya bertukar 360° .

Nafasnya tercungap-cungap dihujung talian jelas kedengaran oleh Syazwan . " Boss... sebaiknya boss bawa Puan Husna berlindung sekarang . Keluarga Ashim diserang !" Suaranya agak gementar.

Syazwan langsung menoleh kearah Husna . Dari jauh Syazwan melihat beberapa lelaki yang memakai serba hitam seakan mencari mereka . Syazwan langsung mematikan panggilan . Dia berlari kearah Husna .

" Husna , dah jom ! Kita balik sekarang ." Syazwan menarik tangan Husna . Pantas Husna bangun dan kebingungan .

" Awak... jangan tarik macam tu ! Sakit... " Husna bingung . Tangannya ditarik agak kasar . Melihat Syazwan dengan wajah yang agak serius dan tidak mendengarkan Husna .

Sebaik sahaja mereka tiba di kereta , Husna masuk ke dalam perut kereta dan juga Syazwan . " Awak , ada apa ni ? Kenapa tiba tiba... "

" Kita balik . Saya akan explain semuanya bila semua dah settle nanti ." Syazwan terlihat sangat tergesa gesa . Husna bingung dan hanya mampu diam seribu bahasa .

Kereta Honda Civic milik Syazwan meluncur laju diatas jalan . Tak disangka , beberapa buah kereta hitam berkilat mengikuti mereka membuatkan Syazwan kelihatan makin panik .

" Awak okey tak ?" Soal Husna . Dia masih lagi bingung . Tak tahu apa yang terjadi .

BANG BANG BANG !

Tembakkan yang mengarahkan kearah kereta Syazwan itu sempat dielak oleh Syazwan .

" Ahh !" Husna terkejut dan menutup telinganya . Panik . Tak tahu apa yang sedang berlaku .

" Sayang ! Tunduk !" Syazwan menahan kepala Husna untuk tunduk . Syazwan menekan minyak keretanya semakin melaju hingga keretanya hilang disetiap selekoh .

SKIP

Ammar masuk ke dalam bilik isterinya . Melihat seorang doktor yang sedang menyuntikkan sesuatu di dalam crystalloid milik Amanda yang sedang terbaring diatas katil . Ammar agak ragu .

" Apa tu ?" Suara Ammar dingin bertanya .

Lelaki itu kaku sejenak sebelum berpusing kearah Ammar . " Ubat , Tuan . Ini untuk meneutralkan asid dalam badan ." Jelas doktor tersebut .

Ammar hanya mengangguk dan doktor itu keluar dari bilik . Ammar duduk disebelah Amanda sambil memerhatikan isterinya .

" NURSE !" Jerit Ammar panik .

" Ada apa tuan ?"

" Perlu masukkan ubat apa apa ke dalam air ni ?" Soal Ammar sambil menunjukkan air crystalloid .

" Tak perlu pun , Tuan ." Balas Nurse itu sambil melihat ke arah Ammar pelik .

Dia sedar kalau air crystalloid yang sedang mengalir itu agak mencurigakan . " Shit !" Pantas dia mencabut cannula ditangan Amanda .

" Tuan ?! Kenapa ?!" Panik Nurse tersebut .

" Ada perawat yang suntikkan cecair dalam air ni !" Jelas Ammar membuatkan nurse perempuan itu panik .

" Tapi... takde sesiapa yang arahkan pun ." Mendengar saja kata nurse itu , mata Ammar terus membulat . Dia keluar dari bilik itu melihat ke arah kiri dan kanan .

" Mar !" Suara itu menyapa telinga Ammar . Tak asing lagi .

" Ilham !" Ilham datang dengan beberapa anak buah Ammar .

" Mar , rumah kau kena attack . Anak anak kau selamat dengan bini aku . Ammir dah handle semua . MakTeh je yang mengalami kecederaan . Tu pun kena tembak kat kaki . " Jelas Ilham membuatkan mata Ammar membulat terkejut . Tapi mujurlah Ammir ada .

" Yang lain stay sini . Jaga bini aku . Ilham kau ikut aku cari seseorang . Dia cuba nak bunuh bini aku ." Arah Ammar . Anak buahnya mengangguk faham . Ammar dan Ilham pantas berjalan kesekeliling mencari seseorang .

Ketika mata mereka sedang ligat memerhati sekeliling . Lalu seorang lelaki yang berpakaian agak mencurigakan . " Kejar dia !" Arah Ammar pada Ilham . Dengar sahaja suara Ammar , lelaki itu membuka seribu langkah .

Tidak perlu lagi mencari . Dialah yang Ammar incari . Lelaki itu berlari dan melompat dari tingkat 2 hospital itu . " Woi !" Jerit Ilham . Lelaki itu mendongak keatas dan tersenyum sinis pada Ilham sebelum melarikan diri lagi .

" Sh*t ! I lost him !" Jerkah Ilham geram .

" F*ck !" Ammar memukul besi penghalang yang berada didepan . Geram . Mereka berpusing untuk kembali ke bilik Amanda . Takut pula apa apa terjadi .

SKIP

Kereta Syazwan masuk ke pekarangan rumahnya . Puluhan kereta Hilux anak buahnya telah tiba terlebih dahulu sebelum Syazwan tiba . Syazwa berlari keluar apabila melihat kereta Syazwan sampai .

" Awak... siapa diorang ?" Soal Husna takut . Mana taknya lebih 100 orang yang berkawal di rumah itu dengan dilengkapi senjata ditangan mereka .

" Awak jangan risau . Diorang akan jaga awak ." Wajah Syazwan serius memandang Husna .

Syazwan keluar dari kereta sama juga dengan Husna . Syazwa berlari kearah Husna . " Husna ! Awak tak apa apa kan ?!" Panik . Jelas wajah Syazwa kerisauan .

" Dia tak apa apa . Syazwa , kau jaga Husna and Sayang , jangan pergi mana mana . Stay sini ." Arah Syazwan . Syazwa hanya mengangguk . Memang itulah tugas mereka .

" Jom masuk !" Ajak Syazwa pada Husna . Husna kaku kebingungan .

" Sayang , listen... nanti saya explain everything . Sekarang , saya nak awak duduk dalam ni . Walau apa pun yang jadi , jangan berjauhan dari Syazwa ." Syazwan memegang bahu Husna . Dahi Husna berkerut .

" Awak nak kemana ?" Soal Husna risau . Syazwan tersenyum . Tak sangka Husna merisaukan dia juga .

" Saya ada hal . Jangan risau . Semua yang ada kat sini akan jaga awak ." Syazwan mencium dahi Husna . Syazwa memandang sinis . Nak bersweet pun ni bukan masanya lah !

Syazwan masuk kembali kedalam perut keretanya dan pergi dari rumah itu . Syazwa menarik Husna masuk kedalam rumah . Takut jika apa apa terjadi .

The war will begin .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience