" King ." Panggil suara itu . Luth yang sedang sibuk dengan kertas diatas mejanya hanya memandang sekilas .
" Apa ?" Soalnya . Suara dingin itu tidak akan pernah bertukar .
" Amanda Melisha dan Syahida Husna dalam bahaya . Beberapa serangan telah berlaku pada mereka berdua . Amanda diracun sedangkan Husna pula dikejar oleh para pemburuannya ." Jelas lelaki itu membuatkan Luth memandang lelaki itu . Mata hijau itu membulat .
" What ?!" Jerkahnya .
" Husna selamat namun Amanda sedang dirawat . Husna dibawah jagaan Queen TBH ." Jelas lelaki itu membuatkan Luth menghela nafas .
" Hantar orang kita untuk jaga aset penting tu . Jangan sampai jatuh pada tangan orang yang salah . Kalau perlu aku turun tangan , aku akan turun sendiri ." Titah yang Mulia Luth Bryan .
" Baik , King ." Lelaki itu memberi tunduk hormat dan keluar dari bilik Luth . Tangannya terus mencapai telefonnya . Satu nombor dihubungi . Dia menunggu telefonnya diangkat .
SKIP
" Apa yang jadi ?" Soal Husna pada Syazwa . Syazwa menghela nafasnya . Entah apa yang harus dia jawap .
" Husna... nanti Syazwan akan jelaskan semuanya . Sekarang ni... Tolong jangan kemana mana ." Balas Syazwa . Dia takut kalau dia yang jelaskan nanti tak sama dengan apa yang Syazwan bakal jelaskan .
" Queen !" Panggil salah seorang daripada anak buahnya yang berjaga di pintu masuk rumah itu .
" What ?" Suara Syazwa dingin .
" Ada orang call ." Balas anak buahnya . Husna kelihatan makin bingung .
" Queen ? Kenapa diorang panggil Syazwa Queen ?" Guman hati Husna . Syazwa langsung berdiri dan menuju kearah anak buahnya . Telefon itu diangkat .
" Apa kau nak ?" Soalnya dingin . Syazwa meninggalkan Husna didalam rumah yang sedang dilanda ribuan soalan . Dia hanya duduk diam diatas sofa termenung jauh . Cuba untuk mentafsir segalanya .
Suara garau dan agak dingin dari hujung talian itu terdengar . " Aku dengar abang kau dalam masalah ? Do you need my help, My Queen ?" Sinis suara itu terdengar .
" Kalau kau ikhlas , hantar je la ." Balas Syazwa singkat . Malas dia nak berbasa basi dengan manusia seperti itu .
Luth tersenyum sinis . " Alright , My Queen ." Dia meletakkan panggilan itu . Syazwa hanya pasrah sahaja . " Dia ingat aku ni bakal jadi bini dia ke ? Kalut duk panggil 'My Queen' ." Syazwa membebel sendiri . Dia kembali masuk ke dalam rumah .
SKIP
" LH , dah kumpul semua ?" Soal Syazwan yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik itu . Suasana dingin .
" Dah boss . Tunggu boss je ." Balas Asyraf datar . Syazwan mengangguk faham .
" So ? Macam mana , Syazwan ? Dah pregnant belum Husna ?" Soal Luth yang duduk bersandar dikerusi .
Syazwan menjeling tajam . " Macam mana nak pregnant , kalau tidur pun bilik asing ii ." Jawap Syazwan perlahan namun datar .
Semua mata tertuju padanya . " Apa maksud kau yang kau tak tidur sebilik dengan Husna ?" Soal ALH dingin .
Syazwan menghela nafas . " Dia yang mintak . Aku tak mampu nak buat apa apa . Kalau aku paksa , nanti dia tertekan dan fikir kalau aku ni hanya mahukan ' code ' tu je ." Syazwan duduk di kerusinya .
" Tapi sekarang ni kita dah kesuntukan masa ." Nada Asyraf sedikit tinggi .
" Asal tak biarkan Husna kahwin dengan Ammir je ? Bukan ke Husna memang suka kan Ammir ?" Soal Luth .
" Kau nak Husna mati awal ? Kau buta ke apa yang dah jadi dengan keluarga Ashim sekarang ? Takkan lah dua dua aset penting nak bagi diorang jaga ?" Kesal Adila menyelit . " Harap je King tapi otak macam takde ." Guman hati Adila .
Syazwan mengeluh berat . " Kesuntukan masa atau tak , Husna pun langsung tak tahu pasal ni kan ? Adila terlibat pun dia tak tahu . Ni kalau dia tahu mahunya dia lari dari kita ." Syazwan menyandarkan tubuhnya pada kerusinya .
" Sekarang ni apa yang penting adalah keselamatan Amanda dan Husna . Rumah keluarga Ashim macam mana ?" Soal Adila .
" Semua dibawah kawalan . Aku dah hantar orang aku untuk jaga kawasan sana ." Jawap Luth .
" Kau ?" Soal Adila tegas pada Syazwan .
Syazwan memandang Adila . " Syazwa jaga Husna . Anak buah aku pun ramai je ." Balas Syazwan . Suasana hening .
" Next plan ?" Asyraf memecah kesunyian .
" Takde pilihan lain . Syazwan kena pujuk Husna jugak . Kalau tak dapat code tu , geng geng durjana ni akan terus berleluasa ." Balas ALH .
" Tapi abang An . Abang tahu kan Husna tu macam mana . Bukannya mudah dipujuk ." Wajah Syazwan bertukar kesal melihat kearah abang iparnya .
" Wan , kau tahu kan susah aku pujuk Husna untuk kahwin dengan kau dulu . Tapi end up dia setuju jugak kan ? Hati perempuan ni lembut , kau kena pandai pandai je ." Balas Farhan yang dikenali sebagai ALH itu .
Syazwan menghela nafasnya .
" Husna ada cakap yang dia akan slowly pujuk hati dia untuk cinta pada kau ." Selit Adila membuatkan Luth memandangnya terkejut .
" Maksud kau ?" Soal Syazwan .
" Maksud aku... mungkin hati dia dah mula untuk belajar mencintai kau . Tapi aku nak tanya kau satu soalan ." Adila menyilangkan tangannya .
" Apa ?" Soal Syazwan dingin .
" Kau... betul betul cintakan Husna atau... kau hanya berlakon cintakan dia ?" Soal Adila . Dia tak mahu kalau perasaan sahabatnya dijadikan mainan .
Syazwan tersenyum . " Aku betul betul cintakan dia ." Hampir muntah Farhan mendengar ayat itu .
" Okey kita move pada next plan... " Farhan tak maju mendengar kata-kata dari mulut Syazwan lagi . Dia tahu Syazwan sudah lama inginkan Husna .
SKIP
Husna duduk di dapurnya . Entah kenapa hatinya terdetik untuk menelefon sahabatnya . Telefon pintarnya digapai . Mencari nama sahabatnya dan mula membuat panggilan namun tiada jawapan .
" Busy lah kot ." Keluh Husna lalu meletakkan telefonnya di meja kembali . Dia bangun dan membasuh pinggan mangkuk yang ada . Dari sebalik cermin . Husna melihat tak kurang dari 10 orang menjaga kawasan belakang rumah itu saja .
" Bahaya sangat ke sampai macam ni sekali kawalan ? Apa yang penting sangat ? Code apa sebenarnya yang aku pegang ni ? Ya Allah... selamatkanlah aku... " Bisik hatinya .
Setelah selesai mencuci segala mak nenek yang ada dalam singki , Husna baru berada di muka pintu rumah .
" Puan , Puan tak boleh keluar . Tuan tak izinkan ." Sergah lelaki bertubuh gah didepannya tiba tiba .
BUK...
" Ahh !" Husna terkejut dan jatuh terduduk diatas lantai . Lelaki itu panik . Tak sangka pula dia boleh buat orang penting jatuh .
" Puan ! Maafkan saya !" Dia langsung duduk melutut . Panik .
" Apa yang dah jadi ?! Husna ? Awak okey tak ?!" Panik Syazwa berlari kearah Husna yang telah terduduk di lantai itu .
" Tak... takpe , saya okey . Maafkan saya , saya yang terkejut dengan awak ." Husna tersenyum kelat kearah lelaki itu . Sekilas Syazwa memandang anak buahnya dengan tatapan sinis .
Husna bangun berdiri dari jatuhnya sambil disokong oleh Syazwa . " Maafkan saya , Puan ." Lelaki itu memberi tundukkan hormat pada Husna . Wajah Husna langsung berubah pelik .
" Aa... takpe . Tak payah tunduk macam tu... saya bukan boss awak... " Jawap Husna kekok . Dia tak tahu apa yang harus dia buat . Syazwa menjeling lelaki itu memberi isyarat padanya agar menjauh dari Husna .
Husna dan Syazwa duduk di sofa . Syazwa sedar dengan sesuatu . Husna tak memakai apa apa perhiasan ? Pelik . Dia rasa abangnya manusia yang kaya .
" Emm... Abang tak belikan Husna apa apa perhiasan ke ?" soal Syazwa sambil melihat tangan Husna .
" Ohh... Ada je , cuma saya yang tak pakai ." Balas Husna dengan senyuman manis .
Syazwa pelik . " Kenapa tak pakai ? Rugilah ." Syazwa memandang Husna .
Husna ketawa kecil . " Bukan apa , saya ni jenis buas sikit . Takut rosak nanti . Jadi saya simpan lah ." Balas Husna . Syazwa memandang Husna curiga . Ntah ntah memang Syazwan tak belikan Husna apa apa hiasan . Tunggu sajalah nanti . Sudah pelbagai ayat disusun dikepalanya untuk menceramahinya abangnya .
Huh ! ALH ialahhhhhh....
Share this novel