Kakinya terus melangkah dari satu titik ke titik yang lain . Rumah kayu itu dikemas sebaik mungkin . Jantungnya berdegup kencang . Akhirnya Cik Ziah duduk diatas kerusi untuk bertenang seketika .
Seluruh ruangan rumah itu terlihat sangat kemas dan bersih . Cik Ziah mendengus kepenatan . Biasanya Husna lah yang menguruskan rumah itu namun pada hari itu Husna keluar bersama Adila untuk menyiapkan segala pelengkap untuk ke universiti impiannya nanti .
" Ehmm... " Tangannya dipegang didada . Rasa seperti ditusuk hebat . Sakit yang tak dapat diungkapkan .
Tiba tiba nafas Cik Ziah tak dapat dikawal . Panik dan cuba untuk menggapai telefon pintar untuk menghubungi Husna namun gagal... Cik Ziah jatuh terduduk , cuba mengatur kembali nafasnya . Wajah Cik Ziah bertukar pucat . Mungkin sahaja faktor usia dan kerja yang dilakukan terlalu berat walaupun sudah dipesan banyak kali oleh Husna dan Farhan namun tetap sahaja tidak diendahkan .
" Ahh ! erhh... " Cik Ziah mengeram hebat apabila Cik Ziah tidak dapat mengawal nafasnya . Matanya terbeliak dan Cik Ziah terbaring lemah . Pandangan matanya kabur... dan akhirnya Cik Ziah pengsan .
SKIP
Turun sahaja dari kereta , langkah seribu dibuka oleh Husna . Berlari masuk ke dalam Hospital dan terus menuju ke kaunter untuk pertanyaan .
Tiba tiba Husna mendengar suara seseorang yang memanggilnya ." Husna !" Panggil seseorang . Kepala Husna dipusingkan dan melihat sesosok tubuh lelaki yang dikenalinya .
" Syazwan !" Husna berlari kearah Syazwan . Mata Husna dipenuhi kerisauan dan persoalan . Adila pula hanya mampu mengikuti langkah kaki Husna .
Lengan Husna digenggam lembut ." Husna , relax . Panik takkan dapat ubah apa apa ." Adila memegang lengan Husna . Wajah Husna tak keruan memikirkan apa yang telah terjadi .
" Betul kata Adila , jom naik dulu ." Kening Syazwan berkerut kerisauan apabila melihat Husna panik .
Husna hanya mengangguk dan menggengam tangan Adila seerat mungkin . Tangan Husna menjadi sejuk . Kerisauan melanda dirinya .
Sudah beberapa kali Husna cuba menghubungi Farhan namun gagal . Mungkin sahaja Farhan sedang dalam misinya .
SKIP
Setelah sampai di depan pintu bilik , ternyata doktor masih belum keluar .
" Apa yang jadi sebenarnya ?" Tanya Adila pada Syazwan . Husna pula seakan sudah bisu . Tidak dapat mengeluarkan sepatah katapun . Husna duduk di kerusi sambil tertunduk penuh kerisauan .
Syazwan tidak melihat kearah Adila yang bertanya namun matanya memerhati Husna yang sedang berada dalam kekacauan . " Tak tahu . Masa aku sampai , aku tengok Mak dah terbaring tak sedarkan diri kat ruang tamu ." Balas Syazwan dengan suara yang agak dingin .
Mengangguk dan hanya keluhan kecil dari mulut Adila yang keluar . Adila mengambil langkah dan duduk disebelah kiri Husna .
Tangannya mengusap lembut belakang Husna . " Mak kau akan okey . Aku yakin ." Senyuman tipis Adila berikan .
" Ya Allah , kalaulah aku tak keluar hari ni mesti semua ni tak jadi... " Husna mengusap keningnya dengan wajah yang penuh kesedihan dan rasa bersalah .
" Tak baik cakap macam tu , Husna . Sekarang ni mak awak dalam rawatan kan... Semuanya akan okey ." Syazwan tersenyum nipis namun manis . Adila mengangguk setuju dengan kata Syazwan .
Dring dring...
Telefon Adila bergetar menandakan sebuah panggilan masuk . Adila bangun dan mengambil jarak sedikit jauh untuk bercakap dengan pemanggil itu .
Syazwan yang melihat Adila pergi . Syazwan melutut didepan Husna dengan wajah yang sedih apabila melihat Husna yang dalam kacau .
" Jangan risau sangat , mak akan okey... " Pujuknya .
Husna mengangkat wajahnya melihat kearah Syazwan yang melutut didepannya . " Terima kasih sebab dah jumpa mak , kalau tak... "
" Takpe , jangan nak rasa bersalah sangat . Awak keluar pun untuk urusan penting ." Pantas dia memotong ayat Husna . Tak mahu rasa bersalah muncul lagi dimata Husna .
Syazwan bangun dari melutut , dan memandang Husna dengan lembut .
" Husna , aku kena balik dulu tau . Sorry sangat sangat tak dapat teman kau kat sini ." Adila datang pada Husna setelah meletakkan panggilan yang ternyata dari suaminya itu .
Husna bangun dari duduknya . " Oh , takpe . Aku faham . Kau gerak la dulu , hati hati ." Husna memeluk tubuh Adila dan mencium pipi kiri kanan .
Dengan wajah rasa bersalah . " Takpe ke ? Nanti nak balik naik apa ?" Soal Adila sambil memegang tangan Husna yang sejuk itu .
" Takpe... taxi ada... " Jawap Husna tersenyum pada Adila walaupun hakikatnya Husna masih merisaukan Cik Ziah yang masih didalam rawatan .
" Takpe , Husna aku boleh hantar balik ." Syazwan menyelit dengan suara yang agak dingin . Ya , kerana lembutnya hanya pada Husna .
Husna terkejut seketika , memandang wajah Syazwan dengan tatapan tidak percaya .
Pandangan Husna kembali kearah Adila apabila Adila menggoncang sedikit tangannya . " Ohh , okeylah . Jaga Husna baik baik . Na , aku gi dulu deh , assalamualaikum ." Adila melangkah pergi setelah mengucap salam .
Syazwan hanya mengangguk kecil dan tidak melihat Adila pergi . Mata Syazwan hanya tertumpu pada Husna .
Setelah Adila hilang dalam penglihatan Husna , Husna memandang kearah Syazwan yang berdiri disebelahnya .
" Betul ke awak nak hantar saya ?" Soal Husna ragu .
Syazwan tersenyum manis kearah Husna . " Ye , saya hantar . Lagipun rumah kita dekat je kan ?"
Belum sempat menjawap , Doktor dan beberapa nurse keluar dari bilik . Husna pantas berjalan kearah doktor dan bertanya tentang keadaan Cik Ziah . Mujurlah tiada apa yang cukup serius namun Cik Ziah masih belum sedarkan diri .
" Baiklah , doktor terima kasih ." Husna tersenyum lega apabila mendengar khabar kalau Cik Ziah sudah stabil namun masih dalam keadaan belum sedar .
" Awak nak balik dulu ke ? Ambil pakaian apa semua ?" Syazwan menatap Husna .
" Eemm... iya... " Husna ragu .
SKIP
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , Husna dan Syazwan keduanya hanya membisu . Suasana jalan yang hening dan malam yang hanya dihiasi oleh lampu itu membuatkan Husna sedikit seram sejuk tambahan pula dengan hawa dingin dari air conditioner dari kereta honda civic milik Syazwan itu .
" Husna , eemm... " Syazwan sedikit gementar untuk mulakan percakapan .
" Ye ? Ada apa ?" Husna memandang Syazwan dengan tatapan biasa .
Syazwan menggigit bibir bawahnya . " Pasal... " Syazwan takut untuk meneruskan kalimatnya .
" Pasal ?" Kening Husna diangkat , menanti sambungan dari Syazwan .
" Eemm... " Ragu , entah kenapa dia takut untuk mula bicara .
Husna tersenyum tipis sambil melihat ke luar tingkap kereta . " Takpe , cakap je ." Husna kembali memandang Syazwan yang sedikit gugup .
Syazwan cuba untuk mengekalkan nada suaranya . " Saya tahu ni bukan waktu yang tepat tapi... Awak dah ada jawapan ?" Syazwan memandang sekilas pada Husna ketika mereka tepat berhenti di lampu merah .
Senyuman tipis Husna hilang membuatkan Syazwan sedikit terkejut . Husna mengangguk perlahan memberi jawapan pada Syazwan . Suasana kembali hening .
" Jangan terlalu berharap... " Kata Husna yang membuat Syazwan semakin merasa pedih dihati .
" Takpe , kita tengok hari Jumaat ni... " Syazwan cuba menyembunyikan rasa sakit hatinya itu .
Walau hakikatnya Husna sendiri tidak tahu apa jawapannya . Husna membuang pandangnya di luar tingkap kereta . Banyak benda yang bermain dikepalanya .
Syah cuba untuk buat 1k words in 1 chapter ૮ ’• ˕ •` ა
Share this novel