Superbike berwarna hitam itu terus meluncur laju diatas jalan seakan dikejar hantu . Jantungnya seakan mahu lepas dari dada . Jam tangan yang menunjukkan pukul 7:45 pagi itu makin membuatkan Ammar panik . Dia hanya pulang untuk satu malam kerana ingin menghantarkan Qays dan Qiysya dibawah jagaan Ammir .
" Puspita... tunggu abang... " Guman Ammar lemah . Dia dapat merasakan kalau perjalanan itu seakan masih jauh . Debaran kian memuncak apabila dia telah sampai di salah satu hospital .
Helmet fullface itu dicabut dan dia dengan cepat berlari masuk . " Amanda Melisha ." Wajahnya panik sambil bertanya pada penjaga kaunter di hospital itu .
" Ada Tuan , di bilik **** " Jawap seorang nurse perempuan yang berjaga disitu . Tanpa berfikir panjang , dia langsung berlari naik .
Kepalanya ligat mencari seseorang ." Papa !" Jeritnya setelah menemui sosok tubuh ayahnya .
" Ammar ." Panggil Dato' seri Ashim . Ammar dengan cepat berlari kearah Dato Ashim .
Nafasnya tercungap-cungap . " Pa... Amanda macam mana pa... " Ribuan kerutan munculnya didahinya . Kerisauan jelas terpancar pada wajah .
" Relax... dia tengah bersalin ." Dato' seri Ashim menepuk bahu Ammar .
SKIP
Husna turun dari tanga dan terus berjalan ke dapur . Dia mengeluarkan beberapa barangan dari peti sejuk .
Sebaik sahaja tubuhnya berpusing ke belakang dia dikejutkan dengan sesuatu . " Ya Allah !" Jerit .
" Uish , maaflah . Saya tak tahu pulak awak mudah terkejut ." Syazwan berundur selangkah .
Husna memegang dadanya yang terasa sakit seketika angkara kejutan itu . " Takpe . Eemm... " Husna mula lagi mengutis kulit di ibu jari tangannya .
" Ye ? Awak nak cakap apa ?" Soal Syazwan sambil memerhatikan gerak langkah Husna .
Husna menggaru kepalanya yang tak gatal itu . " Saya... saya nak minta maaf pasal pagi tadi... saya... tak sepatutnya halau awak... " Suara Husna perlahan . Dia sudah tidak mengenakan tudung didalam rumah namun tetap sahaja dia memakai baju berlengan panjang .
Syazwan tersenyum . " Takpe , salah saya jugak paksa awak . Jangan kutis jari tu , nanti luka , sayang ." Syazwan berjalan kearah singki . Dengan cepat Husna berhenti mengutis kulit di ibu jari tangannya .
" Awak nak masak apa untuk hari pertama kat sini ." Soal Syazwan sambil memandang Husna sekilas .
" Saya tak tahu... awak nak makan apa ?" Soal Husna menatap wajah Syazwan . Setelah puas menangis sepagi . Akhirnya Husna merasakan ketenangan dan perlahan untuk menerima kenyataan .
Syazwan memandang wajah Husna . " Ehm... Apa kata kita masak bihun goreng je la . Pagi lagi ni ." Cadang Syazwan . Husna hanya mengangguk .
Husna mula menghiris bawang yang diperlukan di meja dapur . " Saya nak tanya... " Tiba tiba Husna bersuara .
Syazwan yang pada awalnya sedang leka dengan mengupas kulit udang di singki langsung berpusing kearah Husna . " Ye ? Tanya lah ." Dia kembali kearah singki .
" Awak kerja bila ?"
" Saya kerja lusa . Kenapa ?" Syazwan membasuh tangannya setelah selesai mengupas kulit udang dan diletakkan didalam satu bekas .
" Oh... Sebab esok saya ada test dekat UPSI . Saya ingat saya nak pergi dengan Adila je . Boleh ?" Soal Husna sambil melihat kearah Syazwan yang bersandar pada kabinet dapur .
" Takpe ke ? Why not pergi dengan saya je ?" Sejenak Husna terdiam . Syazwan membaiki kedudukan cermin matanya lalu berjalan kearah Husna yang sedang memotong sayuran setelah selesai memotong bawang .
" Takpe ke ?" Soal Husna perlahan . Syazwan hanya tertawa kecil membuatkan Husna pelik .
" Of course lah takpe . Saya ni suami awak tau ." Syazwan duduk didepan Husna . Husna hanya mengangguk sahaja .
" Oh yeah , saya dapat tahu kalau abang Ammar dah dapat cahaya mata ke tiga ? Betul ke ?" Soal Syazwan sengaja membuka topik .
" Ye , dalam pukul 8 macam tu . Mana awak tahu ?" Soal Husna pada Syazwan .
Syazwan menyandarkan tubuhnya di kerusi . " Awak lupa ke kalau papa awak dengan saya ni partner business ." Kepalanya disengetkan .
Husna memandang Syazwan sekilas . " Oh yeah lupa... " Dia kembali memotong sayur sawi yang terakhir itu . Syazwan terus memerhatikan gerak kerja Husna . Takut pula terhiris jari sendiri nanti .
" Dah... " Husna meletakkan pisau itu diatas papan pemotong .
" Okey good . Jom start masak ." Ajak Syazwan sambil mengambil papan pemotong dan pisau . Dia membiarkan Husna membawa bekas sayur itu .
Untuk kali pertama dalam hidup Husna dia ditemani oleh seseorang lelaki . Kuali yang digapai dan dibilas terlebih dahulu . Syazwan membuka api dapur dan membiarkan kuali itu kering sebelum Husna menuangkan minyak masak untuk menumis bawang .
Cilik kering yang telah dikisar itu dimasukkan setelah udang dan bawang yang ditumis sudah bertukar hampir masak . Syazwan mengambil bahagian untuk mengacau sahaja . Setelah bihun di masukkan Husna menghulurkan garfu pada Syazwan .
" Cuba rasa . Okey ke tak ?" Syazwan mengangguk dan mengambil garfu lalu mencuba sedikit bihun yang berada dalam kuali .
" Bagi saya , saya rasa kurang garam la . Cuba awak rasa ." Syazwan mengambil sedikit lagi untuk menyuapkan bihun itu dalam mulut Husna .
" Eh... " Husna kaku sejenak . Namun tetap tetap mencuba makanan yang disuap oleh Syazwan itu . Pipinya sedikit memerah kerana malu . Syazwan pula hanya tersenyum melihat gelagat Husna.
Husna cuba untuk mencari rasa yang kurang dan benar, rasa agak tawar . Dia mengambil 1/3 sudu teh garam dan menaburkan ia di dalam bihun itu .
" Okey semua dah siap , jom makan ." Ajak Syazwan setelah selesai menghidangkan bihun dan pinggang diatas meja .
Husna tersenyum . " Ni air pun dah siap ." Ujar Husna . Untuk kali pertama Husna cuba untuk menerima takdir dan cuba untuk mendekati dirinya pada seseorang lelaki setelah sekian lama hatinya tertutup rapat .
SKIP
Tangannya gementar hebat . Ketakutan setengah mati . Senyuman itu sinis memandangnya .
" Zariff... kau tahu kan kenapa kau still hidup ?" Soal Khai sambil menggoyangkan segelas wine di dalam gelasnya .
" Kau nak aku buat apa lagi Khai... Aku dah penat tau tak !" Dia mula tertekan .
Khai tersenyum nipis . " Kerja kau tak susah untuk kali ni . Aku nak kau... "
Zariff memandang Khai dengan pandangan tak percaya . " Kau biar betul Khai ? Kau gila ke ?!" Jerkahnya .
Khai tertawa terbahak-bahak . " Kau... kau takut ke ?" Dia sambung tertawa lagi .
" Aku... aku taknak mati dekat tangan orang segila tu Khai... " Air liurnya ditelan terasa kelat .
" Aku akan janjikan kemewahan dan... perempuan pada kau... tapi dengan syarat kau buat la apa yang aku suruh ." Keningnya diangkat menanti persetujuan dari Zariff .
Zariff bingung dengan apa yang harus dia pilih . Baginya lebih baik dia mati dipenjara daripada mati katak ditangan orang gila itu .
Syah takut... korang ni garang naw... jadi syah ubah sikit jalan cerita . Jangan garang ii tau . Dia buat hal lagi , chapter 36 x leh update malam ni... sorry...
Share this novel