Husna hanya duduk di meja solek ibunya yang telah pergi 3 hari lepas . Husna hanya termenung didepan meja itu sebelum dia harus berangkat pergi dari rumah untuk mengikuti Syazwan ke rumahnya .
Helaan nafas Husna berat . Seakan tidak mahu tinggalkan rumah itu . Husna membuka laci meja solek satu persatu dari kiri ke kanan .
Sepucuk surat muncul di laci kanan .
" Untuk anak perempuanku tersayang . Nana ."
Itulah kalimat yang tertulis diatas sampul surat . Dari segi tulisan itu jelas milik Cik Ziah . Wajah Husna bertukar menjadi tanda tanya . Tangannya merobek sampul itu dan sehelai kertas bertulisan tangan dibuka .
Husna membaca setiap huruf dengan seteliti mungkin .
" Assalamualaikum , anak mak yang tersayang . Jika surat ini dibaca maka mak percaya kalau waktu ini mak telah tiada . Ada beberapa pesanan penting mak cuba sampaikan namun mak tahu ajal mak akan datang menjemput sebelum sempat mak bagitau .
Mak minta maaf kerana perkahwinan ini bukanlah yang Nana inginkan namun mak terpaksa kerana banyak sebab kenapa perkahwinan ini tetap di jalankan . Mak tahu kalau Nana langsung tidak mencintai bahkan menyukai Syazwan . Tapi ini untuk kebaikan Nana .
Mak nak Nana baca dan hadam beberapa pesan mak . Mak nak puteri mak ikut cakap suami walaupun dia bukanlah orang yang nana cintai . Apa pun yang jadi... Syazwan lah yang bakal jaga Nana . Jangan percayakan sesiapa melainkan Syazwan , Adila dan Farhan suatu saat nanti .
' Code ' Yang pernah di beri tahu oleh atok dan nenek keluarga Ashim itu nana hanya boleh bagitau Syazwan apabila anak pertama lahir sahaja . Ingat lahir dan hidup . Mak tahu ini berat untuk nana tapi... Nana akan faham suatu hari nanti kenapa semua ni berlaku .
Maafkan mak kerana telah menjerumuskan Nana dalam kesalahan mak dulu . Maafkan mak kerana sudah membuat Nana terpaksa menanggung kelalaian mak dulu .
Tapi mak percaya , Nana wanita yang kuat . Maafkan mak , sayang ." Air mata Husna jatuh namun ribuan persoalan bermain di mindanya . Code yang telah lama dia hafal angkara dipaksa dulu untuk apa ? Apa tujuannya ? Kenapa dia dan apa yang harus Husna buat ?
Air mata Husna jatuh menitis diatas kertas membuatkan kertas itu basah . Tubuh Husna terus melemah . Tak kuat dengan segala ujian yang perlu dia rempuh dari kehilangan seorang ayah , kehilangan ibu angkat & Lily . Kehilangan ibu susuan dan kini , Husna juga telah kehilangan seorang ibu kandungnya yang merupakan syurga satu satunya . Lantas selepas ini siapa pula yang bakal mati hanya untuk melindunginya ?
Syazwan mencari keberadaan Husna di dapur namun tiada . Langkah kakinya naik keatas dan mendengar suara tangisan didalam bilik Cik Ziah . Dia bersandar di frame pintu sambil melihat Husna .
" Husna... " Dia berjalan mendekati Husna . Tangannya menghapuskan air mata Husna . Wajah Syazwan bertukar semakin sedih apabila melihat Husna sedemikian rupa .
Husna menepis perlahan tangan Syazwan . Surat yang berada ditangannya terus dilipat dan diletakkan kembali ke tempat asalnya . Syazwan mengeluh berat . " Jom kita gerak , semua dah siap . Abang An pun dah tunggu kita dekat depan rumah ." Lembut suara Syazwan menyapa telinga Husna .
Husna terus bangun dan meninggalkan Syazwan yang terpacak bagai pohon disana .
SKIP
Tubuh yang terbaring lemas itu hanya ditatap sinis oleh beberapa orang . " Kau yakin ke dengan dia ni ?" Soal seorang wanita yang mengenakan lipstick merah menyala pada bibirnya . Seluar jins skinny dan baju hitam berjaket kulit hitam itu bersandar pada meja .
Khai hanya menghela nafas . " Aku tahu dia boleh . Kalau dia tak boleh mana mungkin dia dapat lari dari penjara tu ." Mata Khai melirik pada wanita itu .
Wanita itu menjeling matanya keatas . " Errhhh ! Masalahnya dah seminggu lebih kita tunggu dia , Master !" Kesalnya tak dapat ditahan lagi .
Khai berdiri kerana tidak diterima dirinya dibentak oleh seorang perempuan . " Liya ! Kau dengar aku ke tak ?!" Matanya membulat kearah Liya .
Liya terdiam sejenak . Kepalanya mengangguk pasrah . Khai tersenyum sinis . " Good . Sekarang kau keluar buat kerja kau . Jangan sampai LH and Queen TBH dapat tahu pasal mamat ni . Dia milik aku sekarang ." Khai berjalan menjauhinya . Sebatang rokok dinyalakan .
" Baik , Master ." Jawap Liya lalu meninggalkan ruangan . Kekesalan menyelubungi dirinya . Dia mengeluh berat dan pergi kearah anak buahnya . Khai hanya tersenyum mendengar kasut high heels milik Liya di hentak geram .
SKIP
Husna hanya diam di sebelah Syazwan . Seakan masih asing bagi Husna . Tambahan pula ibunya baru sahaja meninggal dunia . Tak mungkin mudah bagi Husna untuk semua itu .
" Awak okey ?" Soal Syazwan untuk memastikan keadaan isterinya .
Husna yang dilamun angan segera kembali ke dunia nyata . " Saya okey . Awak takpe ke drive 7 ?" Soal Husna mata nya seakan penuh keraguan .
Syazwan tersenyum . Merasa seakan di kasihi isterinya . " Saya okey je , awak tidurlah kalau ngantuk ." Sekilas Syazwan memandang kearah Husna . Husna hanya mampu diam .
Entah kenapa firasat Syazwan tetap berkata kalau Husna tidak baik baik sahaja . " Husna... cakap betul betul... Awak okey tak , sayang ? Hmm ?" Wajah Syazwan dipenuhi kerisauan .
Husna diam sejenak . " Saya okey ." Jawap Husna perlahan . Husna membuang pandangannya keluar tingkap . Pelbagai soalan terus bermain di mindanya . Syazwan hanya mampu pasrah mendengar ayat Husna dan tak mampu berkata lebih .
Tambahan pula dia baru sahaja masuk dalam hidup Husna bahkan belum tahu siapa Husna sepenuhnya .
Kereta Honda Civic milik Syazwan itu terus melaju di highway menuju ke Tanjung Malim , Kediaman Syazwan . Husna pula mungkin terlalu penat hingga tertidur tidak sedarkan diri .
Syazwan mengusap lembut pipi Husna ketika Husna tertidur . Comel sangat kot . ( Author blushing )
SKIP
Syazwa membersihkan rumah abangnya sebelum ketibaan si abang ke rumah itu . Segala benda di susun rapi bahkan rumput di halaman juga telah di suruh untuk dipotong oleh anak buahnya . Bagi Sayzwa semuanya harus sempurna sebelum ketibaan Syazwan dan Husna dirumah itu .
" Queen , semua dah settle ." Ujar salah satu dari mereka yang masuk dan memberi tunduk hormat pada Syazwa .
Syazwa tersenyum puas . " Good . Korang boleh pergi dulu . Nanti aku bayar lebih ." Balas Syazwa sambil menyusun gelas kaca di dalam almari di dapur itu .
" Baik , Queen ." Lelaki itu sekali lagi tunduk dan beredar dari kawasan rumah Syazwan .
Syazwa melihat kesekeliling kediaman mewah itu sambil memeriksa semua tempat . Puas hatinya apabila melihat semua itu sempurna .
Syah takut tak sempat habis sebelum masuk asrama hmmm . Maafkan syah kalau syah banyak kesalahan ejaan ke apa apa .
Share this novel