Chapter 43

Drama Series 35153

Husna menanti kepulangan suaminya . " Awak kat mana... " Guman Husna yang sudah tak senang duduk . Sikit sikit intai jendela menanti masuknya sebuah kereta Honda Civic milik suaminya .

" Husna ?" Satu tangan menyentuh bahu Husna yang sedang asyik menanti kepulangan Syazwan .

" Eh , Syazwa ." Husna langsung berpusing arah ke arah Syazwa yang berada di belakangnya .

" Husna tunggu abang ke ?" Soal Syazwa sambil tersenyum . Dia tersenyum kerana tak sangka abangnya mampu meluluhkan hati Husna .

Husna menghela nafasnya . Telefon pintarnya tak dilepas dari genggaman . " Emm... ye... Saya cuba chat tapi tak balas... " Wajah Husna terpancar kerisauan .

Syazwa tersenyum . " Kejap lagi sampai la tu . Husna naik lah tidur dulu . Nak pukul 10:30 dah ni ." Ujar Syazwa . Dia tahu kalau Husna jenis bukan tidur lambat .

Wajah Husna masih kerisauan . Mana tak nya , petang tadi pun dah hampir kena tembak . Ni pulak suami dia belum balik lagi . Apa apa pun boleh jadi kat luar tu .

Husna memandang kearah Syazwa dan mengangguk . Dia terus berjalan meninggalkan ruang tamu itu dan melangkah naik keatas . Setelah Husna hilang dari pandangan , Syazwa terus mencapai telefonnya dan menghubungi abangnya .

" Angkatlah !" Kesal Syazwa apabila handphone itu hanya terus berdering tampa sebarang jawapan .

" Mana kau ni bang ?! Kau asal tidur asing dengan Husna ?" Gumannya sendiri . Ketika berada diatas untuk mengawasi keadaan . Dia sedar kalau dalam bilik Syazwan langsung tiada pakaian mahupun skincare milik Husna .

SKIP

" Aku harap plan kali ni menjadi . Ingat , aset penting ialah segalanya dan nyawa adik aku dalam ancaman . Aku taknak adik aku mati di tangan musuh ." Wajah Farhan serius memandang kearah semua yang ada diruangan itu .

Syazwan dan yang lain mengangguk faham . " But... Queen pun perlu dibawah kawalan juga . Boleh jadi kalau diorang akan target Syazwa untuk umpan kita ." Tambah Farhan membuatkan Syazwan berkerut .

" Ma... maksud Alpha ?" Soal Syazwan bingung . Dia faham maksud Farhan namun dia tetap bertanya .

Farhan menghela nafas . " Syazwa pun perempuan . Dia pun penting untuk dijaga ." Balas Farhan . Luth tersenyum sinis . Syazwan seakan masih belum dapat mentafsir maksud itu .

" Pasal Queen , korang jangan risau . King dia ada ." Mata Luth tajam memandang Syazwan . Sengaja Luth mahu membuat Syazwan marah .

Syazwan langsung berdiri dari duduknya . " Kau jangan nak macam macam dengan adik aku !" Dia memukul kuat meja dihadapannya .

" Cukup !" Jerkah Farhan membuatkan semua terdiam . Luth tersenyum puas apabila dapat membuat Syazwan kesal .

" Syazwan . Apa pun kau kena terima kalau Luth akan jaga Syazwa buat sementara waktu . Kita takde pilihan lain . Kau perlu fokus pada Husna ." Tambah Asyraf . Syazwan memandang Asyraf dengan pandangan tak percaya . Dadanya berombak angkara geram .

" Aku boleh jaga Syazwa . Kalau bagi dekat orang gila macam ni , silap hari bulan adik aku mati kat tangan dia !" Syazwan menunding jari telunjuk kearah Luth membuatkan Luth kesal .

Luth berdiri dari duduknya . " Kau ingat aku hamak sangat ke dekat adik kau tu ?! Sombong sama macam abang dia ! Aku tak gila lah nak bunuh perempuan !" Suara serak dan dingin darinya ditekan kuat membuatkan suasana semakin mencengkam .

Syazwan tersenyum senget . " Kau memang tak bunuh lagi tapi kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat bawahan kau masa dia kantoi nak curi data kau ?! Kau rogol dia kan ?!" Bentak Syazwan kembali . Luth mengepal tangannya geram . Mahu saja dia melepaskan tumbukannya itu .

Luth dengan pantas menarik kolar baju Syazwan membuatkan Farhan , Adila dan Asyraf berdiri . " Kau jaga sikit mulut kau !"Mata hijau Luth tajam memerhati mata coklat muda milik Syazwan .

" AKU KATA CUKUP !" Bentak Farhan membuat keduanya berhenti . Luth melepaskan genggaman tangannya dari kolar baju Syazwan .

" Tolonglah jadi matang sikit ! Kita ni dalam misi besar tau tak !" Dahi Adila berkerut angkara geram . Syazwan dan Luth sama sama terdiam .

Mereka berdua hanya mampu diam . " Abang An . Dila balik dulu . Ni pun Husna dah call banyak kali . Takut pulak dia syak bukan bukan nanti lain jadinya ." Suara Adila sedikit datar . Dia mengambil beg galasnya dan berjalan keluar dari ruangan itu .

Farhan hanya mengangguk dan melihat Adila keluar . Dia memandang ke arah semua yang lain dengan pandangan geram . " Bubar ." Arah Farhan pada yang lain . Mereka semua terus berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan Farhan yang hilang kata katanya .

Sampai bila adiknya harus hidup dalam dunia yang penuh dengan lakonan ini ?

SKIP

Setibanya di parking kereta , Syazwan membuka telefonnya . 3 chat dari Husna dan 12 missed call dari Syazwa . Dia hanya mampu menghela nafas .

Langkah kaki yang kedengaran dari belakang itu membuatkan Syazwan langsung berpusing arah memegang lengan seseorang yang cuba menyentuhnya .

" Wouu... calm down... Bakal adik ipar kau je pun ." Sinis Luth sambil menepis tangan Syazwan .

Syazwan memerhati mata Luth dengan tatapan dingin . " Kau nak apa ?" Soalnya datar . Dia menghidupkan enjin keretanya.

" Takde , just kirim salam dekat bakal bini aku ." Luth sengaja mahu memanaskan hati Syazwan .

Syazwan tertawa sinis . " Sedar diri boleh tak ? Kau dengan dia pun tak seagama ." Syazwan menutup pintu keretanya dan berlalu pergi meninggalkan Luth disitu sendirian.

Senyuman sinis terukir dibibir Luth . " Adik dengan abang sama je ." Gumannya lalu berjalan kearah kereta Lamborghini Aventador miliknya dan pergi meninggalkan tempat itu .

SKIP

Syazwa menonton tv di rumah abangnya itu .Remote control itu ditekan berkali kali hingga kedengaran bunyi dan silauan lampu kereta masuk ke dalam pagar rumah abangnya itu . Syazwa langsung berdiri dan membuka pintu . Dia bersandar di bingkai pintu menunggu abangnya keluar dari perut kereta .

Beberapa anak buah memberi tunduk hormat pada Syazwan yang baru sahaja tiba dan kembali ke posisi masing-masing .

Syazwa menyilangkan tangannya . " Kau pergi mana ?" Abangnya yang baru sahaja keluar itu ditatap dingin .

" Meeting . Kau asal tak tidur lagi ? Husna mana ?" Soal Syazwan sambil membuka kasut kulitnya .

" Ada kat atas , dah tidur . Macam mana aku nak tidur kalau bilik yang selalu aku guna jadi bilik Husna ." Sindir Syazwa . Dia berpusing arah dan ingin meninggalkan Syazwan .

Syazwan menatap Syazwa dengan dahi yang berkerut . Lengan Syazwa ditarik paksa . " Aku dah kata kan jangan naik atas !" Tegas suaranya berbisik pada telinga Syazwa .

" Auch ! Abang , sakit lah !" Teriak Syazwa . Syazwan menarik Syazwa semakin dekat dengannya .

" Jangan nak menjerit , bini aku tengah tidur kat atas ." Matanya memandang tajam kearah Syazwa .

" Awak ?" Suara itu lembut menyapa telinga Syazwan dan Syazwa . Syazwan langsung melepaskan genggamannya itu dan berjalan kearah Husna yang tercegat di tangga .

" Sayang ? Kenapa tak tidur lagi ?" Syazwan memandang lembut kearah Husna yang sudah berdiri tepat di depannya .

" Saya... saya dah tidur tadi lepas tu dengar suara Syazwa . Saya ingat apa lah tadi . Awak dah makan ?" Balas Husna . Suaranya lembut pada Syazwan . Entah kenapa Syazwan tersenyum manis .

Husna memandang Syazwan dengan pandangan bingung . " Saya dah makan . Awak pergilah naik tidur sebelum saya kunci pintu awak dan awak kena tidur dengan saya ." Ugut Syazwan lembut . Syazwa yang berada dibelakang hanya memerhati sahaja tingkah kedua makhluk itu .

Agak random baginya . " Abang , aku balik dulu ." Syazwa mengambil handbagnya yang berada diatas meja dan berjalan kearah pintu rumah .

" Syazwa , dah lewat malam ni . Tak payah nak gatal . Bilik bawah tu ada . Kau tidur sana ." Suaranya berubah menjadi lebih tegas .

" Orang dah tunggu depan rumah ." Syazwa tak mengendahkan abangnya dan berjalan keluar . Syazwan langsung panik dan mengejar adiknya namun dia melihat sebuah Lamborghini Aventador berada didepan pagar rumahnya . Sah Luth !

Tak sempat untuk Syazwan menghalang Syazwa sudahpun masuk ke dalam perut kereta itu . " Syazwa !" Laungnya geram namun ketera itu terus berlalu pergi .

Dia menampar dinding rumahnya kesal . Husna terlihat kebingungan . " Awak... " Panggil Husna . Syazwan langsung berpusing arah melihatnya .

" Kenapa tak naik lagi ? Nak tidur dengan saya ke ?!" Suaranya jelas kedengaran agak tegas namun senyuman nakal bermain dibibirnya tepat dituju pada Husna membuatkan Husna sedikit gerun dan terus berlari naik keatas dan masuk ke dalam biliknya . Syazwan hanya mamp

SKIP

Boxer diatas lantai itu diambil . Wanita yang entah siapa itu tertidur lena tanpa sehelai kain pun ditubuh . " Argh... " Dia membetulkan lehetnya . Wine diatas meja sebelehanya diteguk hingga habis .

Knock knock knock...

Pintu bilik itu diketuk . " Sapa ?" Soalnya dingin .

" Liya ." Balas Liya yang berada disebalik pintu . Khai bangun mengambil tuala dan melilitkan di pinggangnya . Pintu bilik itu dibuka .

" Kau nak apa ?" Soal Khai dingin pada Liya .

Liya menghela nafas berat . " Abang , Zariff kata impossible untuk ceroboh masuk rumah Syazwan . Tak kurang dari 100 orang berkawal rumah dia . Aku syak dia ada kaitan dengan IK ." Terang Liya pada abangnya .

Khai bersandar pada bingkai pintu . " Okey , kalau kita tak boleh masuk . Kita umpan dia keluar ." Balas Khai simple . Liya menjeling ke arah dalam bilik itu .

" Kau x serit eh ?" sebelah kening Liya terangkat . Senyuman sinis terukir diwajahnya .

Khai mendekati Liya . " Kau tak payah nak kalut sangat dengan hal aku . Aku tahu kau dah puas lepas kena dengan IK baru ni ." Sindir Khai lalu masuk ke dalam biliknya kembali . Pintu itu dikunci . Liya hanya menjeling pintu bilik itu sebelum teriakan wanita bergema . Liya meninggalkan tempat itu dan pergi ke arah anak buahnya .

SKIP

Syazwan masuk ke dalam bilik Husna melihat Husna yang telah tertidur lena . Dia duduk di birai katil sambil memerhatikan lenanya Husna dibuai mimpi .

Tangannya mengusap lembut kepala Husna . " Saya janji saya akan jaga awak ." Biliknya perlahan ditelinga Husna sebelum satu ciuman hinggap di dahi Husna . Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik .

Pintu bilik itu dikunci sebelum dia masuk ke dalam biliknya sendiri dan berehat .

Syah rasa pelik sikit dengan update baru ni... Syah tak tahulah . Macam susah nak menulis dalam ni jdi Syah terpaksa tulis tempat lain then baru paste kat sini... Atau syah je ke yng pelik hm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience