" Nenek , Wan gerak dulu eh dengan budak pendek ni . Nenek duduk elok elok dekat rumah ni . Apa apa call la , jangan susahkan orang lain tau nek ." Dengan pantas tangan Syazwa memukul bahu abangnya .
" Eish kamu berdua ni , gaduh aje kerjanya ! Yeee... Kirim salam dekat Ibu . Nenek rindu Ibu kamu ." Senyuman Cik Doh yang manis itu sedikit terserlah kerinduannya kepada anakknya .
" In sya Allah , Nek . Nanti Syazwa cuti sekolah lagi , Wan heret Ibu sekali ." Gurau Syazwan .
" Nenek , Syazwa balik dulu tau . Nenek duduk elok elok dekat rumah ni . Kalau ada apa apa tu , Cik Ziah ada . Mintak bantuan dia ." Syazwa yang menyampuk disebelah .
" Ye la , geraklah . Nanti jem pulak jalan tu . Hati-hati cucu kesayangan nenek !" Cik Doh melambaikan tangan kearah cucu-cucunya.
" Assalamualaikum nenek !" Jerit Syazwa .
" Wa'alaikumusalam !" Balas Cik Doh .
Maka berlalu pergilah kereta Syazwan yang berjenis Honda Civic itu meninggalkan kawasan rumah neneknya . Seketika kesunyian menyelubungi diri Cik Doh .
" Dah besar dah cucu cucu aku... " Gumannya .
" Assalamualaikum !" Jerit Cik Ziah yang baru sahaja sampai .
" Wa'alaikumusalam . Kamu ni Ziah ! Terkejut Mah tau !" Mahu marah namun dia harus sabar .
" Ahahahah... Cucuk kamu dah balik ke ?" Cik Ziah mencuit lengan Cik Doh .
" Ye , dah balik dah ." Balas Cik Doh .
" Sian , kena tinggal lagi ehehehe... " Celoteh Cik Ziah .
" Eish , dah jom naik . Ni kamu ni kenapa datang ?" Soal Cik Doh .
" Saje nak datang . Kenapa ?"
Mereka berdua pun masuk ke rumah dan berbual-bual .
SKIP
" Dila !!!" Jerit Husna tiba tiba .
" Apa ?!" Terkejut Dila apabila dipanggil sedemikian rupa .
" KATAK !" Tangannya menunjuk kearah almari dibelakang kelas .
Angkara jeritan Husna , seisi kelas menjerit seakan kerasukkan .
" WOI HAIKAL ! BUANG KATAK TU !" Jerit Natasha .
" AKU PUN GELI ! Kau la buang !" Jerit Haikal kembali .
" Kau jantan kot ! Takkan dengan katak pun geli ?!" Hampir terkeluar mata Raisya melihat kearah Haikal .
" Kau berani sangat ke ?!" Balas Haikal .
" Luth ! Kau la !" Syazlin mula menunding jari kearah Luth yang sedang berdiri diatas meja angkara geli akan katak .
" Aku pulak ! Kau la !" Luth Bryan tak mahu mengalah .
Maka perdebatan antara rakyat sekelas pun berlangsung selama 20 minit sehingga akhirnya Amjad yang menangkap dan membuang katak itu ke keluar kelas .
" Dah settle . Semua boleh bertenang ." Amjad yang baru sahaja masuk ke kelas setelah membuang katak tersebut .
" Akhirnya ad jugak yg function ." Guman Syazlin .
" Katak pun bising ." Firdaus yang dari tadi hanya mendengarkan sahaja dan langsung tak membantu .
" Dari pada kau langsung tak function ." Bidas Syazlin tanpa berfikir panjang lagi .
Tatapan tajam Firdaus beralih kepada Syazlin .
" Apa ? Betullah ." Jeling Syazlin kembali .
Husna dan Dila hanya memandang antara satu sama lain . Ya , memang sekarang sekelas murid perempuan sudah tidak menyukai Firdaus angkara meruntuhkan nama baik kelas .
FLASHBACK
" Cinta , cinta bercakap lagi ke dengan perempuan tu ?" Tanya Liya kepada kekasih hatinya .
" Tak dah sayang . Don't worry , I dah takde hati dengan dia ." Tangan Firdaus mula mengusap lembut pipi kanan Liya .
Suasana kelas yang hening dan tertutup itu membolehkan mereka berzina sesuka hati .
" HOI ! Amboi... Siap pegang pegang pipi lagi kau ye !" Suara itu jelas membuatkan Firdaus dan Liya terkejut .
Maka keesokkan harinya mereka berdua harus ke bilik disiplin dan dikenakan hukuman . Dengan sekejap berita itu tersebar ke seluruh murid .
FLASHBACK END .
Sekarang yang kedengaran hanyalah suara canda tawa nya pelajar perempuan .
" Dila , kau nak tahu tak ?" Soal Husna sambil mencuit siku sahabatnya .
" Apadia ?" Soal Dila yang sedang asyik menulis .
" Adalah... dia ni cucu jiran depan rumah aku... lepas tu... dia sem gila !" Sudah seakan tidak betul tindakan Husna .
" Then ?" Soal Dila lagi seakan tiada perasaan .
" Eish ko ni ! Dengarlah !" Marah Husna .
" Yeee , lepas tu kau nak ke dia ?" Dila seakan sudah faham dengan maksud sahabatnya .
" Takdelah nak . Cuma dia tu boleh dikatakan handsome jugaklah . Tapi dia dah balik Perak ." Sambung Husna .
" Husna , ingat . Tak semua rasa itu harus kau layan . Kau kena ingat satu benda . Banggakan mak kau dulu ." Pesan Dila .
" Fokus pada masa depan . That would be better , right ?" Senyuman menghiasi wajah Husna .
" Yes ." Balas Dila sambil menatap lembut Husna .
" Dah , sambung buat kerja nanti kat umah x payah buat kerja dah ." Sambung Dila .
Entah kerana malu atau apa , Firdaus hanya diam membisu untuk beberapa hari ini .
Sorry lupa nak up :(
Share this novel