Chapter 32

Drama Series 35153

Sebaik sahaja kakinya melangkah turun dari kereta itu matanya langsung terpana melihat kemegahan rumah barunya .

Mata Husna seakan tak lepas dari melihat rumah itu . " Rumah awak ?" Soal Husna ragu .

Syazwan tertawa kecil sambil berbisik pada Husna . " Rumah kita ." Husna terkejut dan sedikit menjauh . Syazwan pula hanya tersenyum .

" Sampai dah menantu kesayangan ibu !" Dengan penuh keceriaan , Datin Rahayu datang menyapa Husna .

Husna seakan bingung seketika . " Aa... ye... " Entah kenapa Husna merasa tidak selesa .

Datin Rahayu menarik tangan Husna lembut . " Meh masuk , sayang . Biar Syazwan yang angka semua barang tu ." Syazwan hanya mampu pasrah sahaja . Husna memandang Syazwan sekilas untuk memastikan bahawa benarkah dia mampu mengangkat barangan itu . Syazwan hanya mengangguk dan membiarkan Husna terlebih dahulu .

Dato seri Kamel tersenyum dengan kehadiran Husna . " My daughter-in-law..." Dato seri Kamal berjalan kearah Husna yang baru masuk . Husna langsung bersalaman dengan ayah mertuanya.

Syazwa yang berada di dapur langsung berlari kearah ruang tamu apabila mendengar suara Abahnya menyebut nama menantunya . " Welcome home , Husna ." Syazwa tersenyum manis . Dia melihat abangnya di belakang seakan kesusahan membawa barangan . " Ehm lemah ! Sini Wawa tolong ." Syazwa mengambil beberapa bag dari tangan Syazwan .

" Eh , maafkan saya . Biar saya bawak barang saya ." Husna berasa bersalah dengan Syazwan kerana meninggalkannya begitu sahaja .

Syazwan tersenyum ." Takpe , lagipun ni berat ." Syazwan menepis lembut tangan Husna dari memegang bag nya itu .

Setelah makan dan borak bersama . Husna masih lagi kelihatan asing dengan keluarga Syazwan . Syazwan hanya melihat Husna tanpa bertanya apa , tak mahu pula buat Husna malu .

" Kami balik dulu ye . Husna , kalau Syazwan ada pukul ke apa bagitau je Ibu . Nanti ibu pukul dia balik ." Canda Datin Rahayu . Husna tersenyum kekok .

" Ahh... baik ibu... " Husna hanya mampu membalas dua tiga patah perkataan sahaja dari tadi .

" Eish ibu ni , takde nya Wan nak pukul isteri Wan . Wan tahu la hukum hakam ." Jeling Syazwan pada Dato' seri Kamel .

Setelah mereka pergi , kini yang tinggal di rumah hanyalah Syazwan dan Husna . Kereta Alphard itu keluar dari pagar rumah gah milik Syazwan dan seketika wajah Husna bertukar sayu .

Syazwan melihat perubahan wajah Husna yang begitu drastik . " Husna ? Awak okey ?" Soal Syazwan sambil memegang lembut lengan Husna .

Husna cuba untuk meleraikan genggaman itu . " Saya okey... " Syazwan melepaskan genggamannya . Sedar kalau Husna seakan masih belum selesa .

" Jom naik atas , saya tunjukkan bilik kita ." Mendengar sahaja perkataan ' kita ' mata Husna langsung menatap Syazwan namun dia hanya mengikuti sahaja .

Pintu bilik dibuka . Husna masuk ke dalam dan melihat kesekeliling . Husna memegang lengannya sendiri . Ketidakselesaan menyelubungi dirinya .

" Awak duduk la dulu ." Kata Syazwan lembut pada Husna sebelum menutup pintu biliknya .

Husna semakin kurang nyaman namun memilih untuk membisukan diri . Husna duduk diatas katil sambil memandang kearah sliding door . Syazwan membuka jam tangannya dan letak diatas meja sebelum duduk disebelah Husna . Dia tersenyum manis melihat Husna yang seakan leka dengan bilik itu .

" Awak..." Husna bersuara tiba tiba .

" Ye saya ?" Syazwan tersenyum kearah Husna sambil menunggu balasnya .

Husna menghela nafas berat . " Sa... saya nak bilik terpisah boleh ?" Husna takut . Suaranya bergetar .

Pandangan Syazwan langsung berubah . " Maksud awak ?" Dia cuba untuk mentafsir maksud Husna .

Husna menunduk sebelum menjawap . " Awak tahu kan kalau saya kahwin dengan awak ni pun hati saya tak rela... " Suara Husna perlahan . Sebenarnya dia langsung tiada maksud untuk menyakiti hati Syazwan .

Syazwan langsung menjauhkan sedikit tubuhnya . " Wait wait... does that mean this is a forced marriage ?" Suara Syazwan bertukar sedikit keras .

Husna ketakutan . Kulit di bahagian ibu jarinya dikutis . " Ehm... Ye... " Husna tak mampu untuk membalas apa apa . Dengusan nafas Syazwan penuh kemarahan .

Keluhan kasar yang keluar dari mulut Syazwan membuatkan Husna diam membisu seribu bahasa .

" Habistu ? Lepas kahwin baru nak bagitau ? Kenapa tak jujur dari awal lagi ?" Sedikit garam namun dia cuba untuk tahan amarahnya .

" Mak paksa ." Perlahan namun jelas kedengaran di telingan suaminya .

" Dah tahu hati tak rela , kenapa tak lari je ?" Keningnya berkerut . Husna semakin menunduk . Lari dia kata ?

Dengan secebis kekuatan . " Sebab saya taknak jadi anak derhaka . Biarlah mak saya pergi dengan keinginan dia untuk melihat saya di pelamin dengan awak tercapai ." Airmata Husna mula mengalir .

Mata Syazwan mengecil memandang Husna . " Jangan cuba cuba untuk lari sekarang , awak dah sah isteri saya ." Kasarnya namun hanya di mulut . Kakinya melangkah menuju ke pintu bilik dan ketika sudah separuh dia membuka pintu itu dia berhenti seketika .

" Saya takkan sentuh awak selagi awak belum bersedia ." Dia keluar dari bilik itu tanpa melihat kearah Husna lagi . Rasa geram dan amarah tak dapat ditahan .

Air mata Husna jatuh membasahi luka di jarinya . Ketakutan dan kedinginan . Tak pernah pula Husna dimarahi atau di bentak oleh seseorang .

Di jaga bagai berlian oleh mak dan dijadikan puteri oleh abang abang . Tak pernah dimarahi paling tidak dinasihati . Terlalu manja ? Husna hanya berdiri di balkoni bilik itu sambil melihat kesekeliling .

" Husna . Awak tidur bilik depan ni ." Suaranya berubah dari lembut menjadi tegas . Husna langsung memusingkan badannya melihat kearah Syazwan . Husna hanya mengangguk sahaja dan Husna berjalan kearah pintu untuk keluar . Namun belum sempat dia keluar , dia dihalang oleh sebatang tangan yang menutupi pintu .

" Awak tetap milik saya . Walaupun saya tak sentuh awak sekarang tapi nanti saya akan claim apa yang milik saya ." Matanya memandang tajam kearah Husna yang sudah kaku didepan pintu menatapnya .

" Dan jangan kunci pintu bilik . Saya akan kunci dari luar . Faham ? " Suara Syazwan bertukar garau apabila berbisik pada telinga Husna . Seperti melihat seekor hantu , Husna membeku ketakutan . Tangannya gementar hebat . Husna hanya mampu mengangguk .

Syazwan seakan baru sedar dari amarahnya . " Maa... Maafkan saya... " Dia menjauhkan tubuhnya dari Husna dan membiarkan Husna pergi .

Husna masuk ke bilik itu dan menutupnya . Baru sahaja mahu mengunci dia ingat dengan pesan suaminya . Husna menjauhkan tangannya dari tombol pintu dan melihat biliknya . Beg bagasi miliknya telah ada di situ dan beberapa barangan lain . Husna hanya mampu menghela nafas panjang .

Syazwan ni flag apa sebenarnya ? Hmmm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience