Chapter 15

Drama Series 35153

Beg kerjanya dihempas kuat diatas katil . Kekesalan dalam dirinya masih belum pudar . Kesan lebam pada mulutnya jelas kelihatan .

Knock... knock...

Syazwa berdiri didepan pintu bilik abangnya . Melihat tingkah abangnya yang pelik . Tangannya disilang . " Kau ni asal ?" Syazwa masih belum melihat wajah abangnya itu angkara Syazwan membelakangi nya .

" Takde apa ah , kau nak apa ?" Tegas suara Syazwan pada adiknya .

" Abang ? Kau okey tak ?" Langkah Syazwa masuk ke dalam bilik abangnya .

" Ntah lah ." Syazwa berdiri tepat dibelakang abangnya . Syazwan memusingkan badannya menghadap Syazwa .

Mata Syazwa membulat apabila melihat wajah abangnya . " Ya Allah abang ! Kenapa lebam ni !" Tangan Syazwa terus menyentuh lembut wajah abangnya itu yang lebam itu . Wajah Syazwa bertukar kerisauan .

Syazwan sedikit mengelak namun dia hanya membiarkan sahaja . " Kau rasa sapa lagi kalau bukan Abah ?" Kesal Syazwan .

Tangan Syazwa turun dari wajah abangnya . " Abah ? Dia nak apa ." Kening Syazwa hampir bertauk angkara geram .

Dengan nafas yang berat dan nada yang sedikit kesal . " Dia nak beli lagi company astu nak suruh abang jaga . Company yang sedia ada pun tak terurus !" Kesal Syazwan , dia berjalan ke arah sliding door dan membukanya . Cuba mengambil udara yang segar untuk memenangkan jiwanya .

Makin geram Syazwa apabila mendengar ayat abangnya . " Abah ni kan ! Anak jantan dengan bini satu lagi tu ada kan apa masalah nak suruh abang handle semua ? Sayang betul nak guna anak jantan dia tu !" Bentak geram Syazwa sambil berjalan kearah abangnya .

Syazwan memandang kearah Syazwa sambil membuka blazer nya . " Tu yang abang kata . Sayang betul kat jantan tak guna tu ." Wajahnya dibuang pada pemandangan kebun dirumah mewahnya itu .

Syazwa berjalan kearah abangnya dan mengambil blazer abangnya . " Dah la bang , kau rehatlah . Kalau nak makan turunlah . Aku ada masak tapi simple je la ." Syazwa berjalan pula kearah katil abangnya dan mengambil beg abangnya yang dibaling untuk diletakkan di tempatnya .

Syazwan hanya melihat tingkah adiknya yang sudah berperanan seakan seorang isteri . Senyuman Syazwan terukir melihat kerenah Syazwa yang memang dari dulu sukakan benda sempurna . Namun sebenarnya Syazwa tidak suka melihat sesuatu yang tidak diletakkan di tempatnya .

Setelah beberapa minit berbual , Syazwan baru tersedar dengan sesuatu . MACAM MANA BUDAK NI BOLEH MASUK RUMAH DIA ?

Matanya membulat , keningnya hampir bertauk . " Macam mana kau boleh masuk ?" Dahinya berkerut . Sewaktu sampai, tiada pula dia melihat kereta sesiapa melainkan Hilux miliknya yang terparking didepan rumah .

" Kau perasan tak pintu rumah kau pecah? Aku rempuh dengan kereta Hilux kau ." Jeling kesal Syazwa pada abangnya . Kakinya melangkah keluar dari bilik .

" Kau buat apa datang rumah aku ?" Langkah Syazwan cepat ke arah pintu biliknya . Mengejar pergerakan si Syazwa .

Syazwa berpusing kearah abangnya sebelah keningnya diangkat . " Salah ke datang rumah abang sendiri ?" Dia berpusing kembali dan menuruni anak tangga.

Malas melayan abangnya , Syazwa turun membawa beberapa pakaian busuk abangnya yang sudah mungkin 3 hari tidak dibasuh oleh Syazwan . Hanya gelak kecil Syazwan melihat tingkah adiknya . Patutlah rumahnya kelihatan bersih dan tidak berhabuk . Budak ni la yang kemas rupanya kalau tidak , tiada masa untuk Syazwan membuat semua kerja itu .

SKIP

Husna menyusun pakaiannya dengan rapi didalam almari. Walaupun almari itu almari lama tetap saja kelihatan masih baik kerana dijaga rapi oleh Husna . Pakaian uniform polis abangnya digosok sempurna.

" Abang An , ni uniform ni . Nana dah gosokkan ." Husna menggantungkan uniform abangnya dengan hanger sebelum disangkut pada paku .

Farhan tersenyum melihat pakaiannya sudah disiapkan oleh adiknya . " Haa bagus . Terima kasih adik abang yang busuk ni !" Tangannya menepuk lembut kepala Husna .

" Eii jangan lah !" Husna sangat anti dipegang kepalanya namun itu pulalah kebiasaan abangnya .

" Hahaha... nah , duit belanja minggu ni ." 50 ringgit dihulurkan pada Husna .

Pandangan Husna pelik pada abangnya " Untuk apa ?" Walaupun pelik , tangannya tetap sahaja menarik wang itu .

Uniform miliknya diambil . " Untuk belanja la . Abang boleh gaji lebih sikit ." Jawap Farhan sebelum memusingkan badannya untuk berjalan masuk kedalam bilik .

" Okey thank you !" Bahagianya hati seorang adik perempuan apabila si abang memberikan wang kepadanya walaupun tak seberapa bagi orang lain namun itu sangat berharga bagi Husna .

Farhan hanya tersenyum nipis . Senang hatinya apabila Husna gembira diberikan wang . Dia sedar bahawa dia membesar dalam keluarga yang susah . Apatah lagi apabila mereka kehilangan seorang ayah sebelum Husna lahir dan terpaksa diberi pada seseorang untuk dijaga sementara Farhan sendiri harus membanting tulang membantu Cik Ziah untuk mencari sesuap nasi .

Dengan penuh senyuman , Husna masuk ke dalam biliknya . Wang yang diberikan oleh Farhan disimpan dalam dompetnya . Farhan pula memakai uniformnya dan bersedia untuk pergi .

" Nana , kunci pintu ni . Abang An nk gi dah ." Panggil Farhan sebelum turun .

Husna berlari menuju kearah abangnya . " Ye ye , kejap !" Tangan abangnya di salam . Kiri kanan pipi abangnya dicium .

" Hati hati duk rumah . Satu lagi ! Fikir betul betul pasal pertunangan tu . Jangan buat bisu je ." Pesat Farhan sebelum mencium dahi Husna .

Husna menganggukkan kepalanya . " Iyalah . In Sya Allah ." Setelah Farhan pergi . Husna mengunci pintu dan dan melihat kearah jendela kepergian abangnya untuk bertugas . Hembusan nafas Husna sedikit berat namun dia juga tiada pilihan .

Semasa duduk diatas sofa , Husna teringat dengan kata kata Adila pada dua hari lalu .

FLASHBACK

Adila sedikit tersedak . "PFF ! Kau serius la ni ?!" Hampir tersembur air capuchino yang diminum Adila setelah mendengar ayat Husna .

" Yee !" Mahu kesal namun cuba untuk tahan .

" Kau... kau mimpi Syazwan ?!" Soal Adila lagi untuk memastikan kebenaran .

" Ye ! Lepas solat tu kan aku terus tidur . Masa tidur tu la aku mimpi dia... Ya Allah , doa apa la yang dia guna sampai muncul dalam mimpi aku . Tiga kali weh !" Wajah Husna kerisauan .

" Apa ?! 3 kali ?!" Adila menunjuk 3 jarinya . Ingin memastikan kebenaran sekali lagi .

" Yee !" Kesal Husna . Mahu saja dia menendang sahabatnya itu . Hembusan nafasnya berat .

" Kalau macam tu... apa kata... kau terima je dulu... kenal antara satu sama lain... " Cadangan yang biasa diberi namun itulah yang akan menentukan masa depan .

Tangan Husna melilit pada cawan kopi . " Betul jugak... " Renungan Husna seakan pasrah .

" Mak kau dah tahu ? Keluarga Papa dah tahu ?" Soal Adila .

Gelengan kepala menjadi jawapan akhir Husna .

" Tapi aku nak kau tahu satu benda . Kadang kadang , jodoh kita tu bukan yang datang dalam mimpi jugak tapi dengan cara Allah permudahkan urusan kita dengan dia . Tapi kalau kau rasa dia tu betul betullah jodoh kau . Apakata kau terima je dulu . Kalau kau rasa susah takpe . Kita boleh tarik balik dengan cara baik ." Halus suara Adila kepada Husna .

FLASHBACK END

Husna masih mengelamun jauh . TV yang terpasang hanyalah untuk memecahkan kesunyian rumah .

Nah , secepat mungkin dah ni =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience